Thursday, February 23, 2012

Luahan Jiwa Lara...

Assalamualaikum..

Perasan tak sejak beberapa minggu i ni kurang mengupdate blog???kalau yang suka skodeng-skodeng sini mesti perasan kan...yang baru masuk tu of course la tak perasan kan....Ok, padahal i yang perasan sebenarnya..perasan baguss...!!!

Pertamanya, bila dah semester bermula biasalah semangat berkobar-kobar nak belajar...So, agak kurang la sikit masa untuk menjenguk blog sendiri juga blog rakan-rakan blogger..... penyebab kedua yang buat i malas nak online kerana kelembapan internet tahap maksima.....serius rasa tak best bila readers yang komen tapi i tak dapat nak pergi blog mereka...maafkan i, pasti nanti i akan ke blog anda...

Nama universiti dah teknologi tapi teknologi pun tak sampai-sampai..nak connect ke WIFI memang jauh panggang dari api lah..memang tak sudi langsung nak singgah laptop ni..aishhh...nasib ler ada mr berukbeng tapi ituler macam tinggal dekat gua, lembap bukan main...

So today, i nak rehat-rehat kejap..lagi 1 jam nak ke bilik PA, after dat ke faculty office and jumpa ketua jabatan...hectic week for me but i'm sure i can finish this by tomorrow..pray for me...

Alhamdullillah, everything is going well so far....JPA please be kind to me..

Wednesday, February 22, 2012

Denda Berlengan Pendek


Assalamualaikum....


KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.
Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.


BUAT RENUNGAN SEMUA...

Yang baik jadikan teladan, yang buruk itu jadikan sempadan....

Monday, February 20, 2012

Kek Mentega a.k.a Butter Cake

Assalamualaikum..


Apa khabar semua??? Ada baikkah??? i sedikit penat hari ni, but tak nak manjakan diri sangat...Nanti makin bertambah penat manja...Tadi siang tidur kejap..tapi tak lena pun sebab sebab itu bulan datang la..Patut la dari semalam i sakit perut...Bila memulas-mulas tu datang, aiyoo i nak mama i lah..boleh???sebab kalau dekat rumah, mama yang akan gosok-gosokkan perut i, urut-urutkan i..sedihnya bila teringat rumah...sob..sob=(


Hmmm...mukadimmah yang tak berkaitan..ok abaikan...tujuan utama i menaip di tengah-tengah hujung malam ni, ialah nak share satu resepi kek mentega...I selalu baca magazine yang ada food recipe ni, eh memang kebanyakan magazine pun ada resepi-resepi bagai nih kan....yes, if cake magazine like SAJI...kenapa SAJI..???dulu-dulu kan i kerja part time dekat kedai kek, majalah ni antara majalah yang bos i suruh beli...dia bagi duit and then i pergi beli lah...


Bos i bagitahu i kek paling senang mau bikin itu kek mentega lah..ya, i pun rasa camtu...sebab simple sangat persembahannya kan...kalau time raya kek-kek butter , marble ni lah yang mak-mak kita duk beli kan...sebab ringkas, sedap, enak dan senang nak serve...


Nak dijadikan cerita, suatu hari dalam bulan lepas i buat kek ni...bulan lepas ok...Nampak.???..lama beno i peram gambar-gambar ni dalam camera...malas nak transfer walau cable dah jumpa...


Pertama sekali i nak cakap, uwaaa....kenapa..kek i tak sedap ke??? bukan, kek i boleh tahan lah, tak berani nak jamin kek kita sedap sebab first time jugak try buat butter cake ni..tapi, kalau habis licin tu kira camano pulak ekk...kira sedap lah tu kan...hehe, masuk bakul angkat sendiri~


Sebenarnya i tak puas hati dekat warna dia, kenapa jadi gelap ek..ke sebab i tak guna telur??? ke sebab i guna pengukus...???musykil lah...I nak guna oven tapi kan oven mama sudah rosak...malas nak pinjam orang sebelah rumah, so i kukus saja..
Adunan butter cake yang dah dimasukkan ke dalam loyang...Sebenarnya awal-awal tak ada pun colour-colour tu semua...i nak kukus kosong je..lepas tu datanglah budak-budak suruh i letak pewarna...
Ini dah half cook...macam nak masak dah kan...tapi kan, cara i ni salah sebenarnya...if nak buat ada colour-colour camni, i sepatutnya bahagikan adunan tu dengan warna-warna berlainan kemudian lorekkan baru nampak efek berbelang-belang..ini tidak, i main letak atas permukaan jer..sebab tu bila dah masak, semuanya tak bewarna sebab dah habis tenggelam
See, tak ada dah kan warna-warna tu semua..yang ada yang tepi-tepi tu i taburkan manik-manik panjang pelbagai warna tu..Lagi satu i tak suka sebab bila guna pengukus, air wap tu akan jatuh ke atas kek..so, jadi macam kek ni lah...tak rata, sebab air menitis...jadi, kalau nak mengukus pastikan letak aluminium foil kat atas menutupi permukaan kek tu
Walaupun i tak puas hati dengan rupanya, but syukur rasanya masih sedap...pangg sekali...tidaklah boleh menandingi rasa di bakery..kalau nak compare, awal-awal i dah surrender tau..makan je apa yang i buat...=)
huduh huduh huduh....sengsara tengok gambar ni...
Kek mentega setelah dipotong...kek i ni sangat lembut ok, nak potong pon sampai hancur lembut sangat...


Kebetulan ada orang datang rumah i, so adalah kuih muih yang boleh dihidangkan...kerana merekalah kek i laku...nak suruh i makan, i makan sepotong je..tak pun i simpan lagi buat makan esok harinya...(^-^) ok, stop membebel panjang lebar..


let's see the recipe yukk***resepi butter cake yang tidak menggunakan telur..


I ambil resepi dekat sini : LINK


225 g tepung gandum* - (2 cwn rata)
1 sb baking powder*
175 g mentega - (3/4 buku)
1 sb madu----i tak letak sebab i tak nak bermadu..hehe..sebab tak adalah tak letak
1 sk esen vanilla
125 g gula halus - ( 3/4 cwn rata)
150 ml susu segar - (10 sb)---i guna susu cair...


Nak buat camana???


Ok, mula-mula ayak bahan bertanda*.Dalam mangkuk mixer,pukul mentega dan esen hingga sebati.
Masukkan gula dan pukul terus hingga kembang.
Masukkan susu berselang-seli dgn campuran tepung dan pukul terus hingga sebati.
 Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu dengan mentega,ratakan adunan dan bakar hingga kukus selama 45 minit atau sehingga keperangan.
Biarkan kek didalam loyang selama 15 min. Kemudian bolehlah ditelangkupkan loyang apabila sudah sejuk..Siap untuk dihidangkan...


TIPS
Nak tahu kek itu masak or tidak, ambil  kayu sate dan cucukkan ke atas kek, jika kek tak melekat pada kayu tersebut, bermakna kek itu telah masak


If nak cuba buat, i suggest better search other recipe..bukan i kata resipi ni tak ok..no no yer...i buat guna resepi ni pun sebab bila i google resepi lain, nak kena guna banyak bahan..rumah i plak bahan-bahan pun tak ada...haa,,nak buat kek tapi tak ada telur..bila dah jumpa resepi ni, apa lagi i terus mencuba..sebab bahan-bahan dah ada...i buat pun tak plan, nampak ada barang yang boleh guna, i guna lah...maybe next time nak buat lagi proper from this..tak nak mengukus dah, nak baking-membaking plak...


fuhh, panjangnya...i stop sini dulu lah yer


SELAMAT MALAM UNTUK ANDA-ANDA SEMUA...


***harap boleh tido lena malam ni...
rindu rumah..baru lepas mama call ucap selamat malam...=(


thanks for reading

Jpj Test Success

Assalamualaikum

Petang-petang ni bosan plak tak ada buat apa...mood nak berkraf hilang sebab ada barang-barang yang i terlupa bawa sini...geramnya rasa, padahal dah simpan awal-awal dah, boleh jugak tertinggal....=(

Minggu lepas, Isnin bersamaan 13 Februari adik lelaki i ni pergi ujian jpj untuk lesen B2 dan D...nasiblah yang guru memandu tu orang kampung dan juga kawan i..kalau tak ada dia, susah jugak adik laki i ni nak pergi...bukan susah apa, dia jenis kena orang push dia..lagi orang tak suruh lagi tu dia tak buat lesen...

Penat berleter dah..kalau diikutkan dah daftar lesen motor after dia cukup umur 16 tahun..bayangkan dekat setahun dia tak pergi , jadi bila umur dia cukup je 17 tahun , parents i terus suruh dia tambah untuk buat lesen kereta plak...nasiblah kawan i tu dah menjadi tenaga pengajar pusat memandu so senang terus ambil dengan dia..kalau ambil dengan pusat memandu tu memang lambat..

Mujurlah adik i ni memang dah biasa bawa kereta just membawa secara haram la, lesen takde....jadi, tempoh belajar pun tak lama, dia buat seminggu je..terus nak test jpj...

Alhamdulillah dia lulus..
 Ini bukan picture hari kejadian..ni hari last before dia nak test Isnin tu, hari Sabtu kalau tak silap..
 See, VIOS pun dah ada sekarang...zaman i pakai kancil je....
The motor-motor...i dulu pakai motor berkarat jer..dahlah payah nak hidup..
Untunglah zaman sekarang kan...

Dah lulus lesen, apa lagi..abah i suruh dia jadi driver sepanjang perjalanan ke Johor Bahru minggu lepas..hari Isnin lulus, hari Rabu tengahari dah dapat lesen...terus selepas Asar bertolak ke JB...firt time dia bawa kereta jauh-jauh, memang asyik tanya lama lagi ke....berkali-kali....memang la puas kan sebab tak biasa lagi...dah biasa dan dah mahir nanti oklah...senang sikit kan...

***wanna sleep...ZZZzzzzz

20.2.2012-Monday

Assalamualaikum

Hari ni dah start semester baru...walaupun begitu, setiap hari Isnin tak ada kuliah...sebab no studio's for this semester..if ada studio memang dah tercangak depan studio dah...same with friday too...cotiii...

Hari ni juga pagi-pagi lagi i dah keluar ke pejabat kolej, bendahari dan juga ke hep...Penat memang penat sebab panas yang amat tadi..sebab tulah sekarang hujan dengan lebatnya...suhu dah bertukar jadi sejuk plak...

Plannya tadi pukul 2 nak ke pejabat fakulti dan nak jumpa lecturer, tapi lecturer plak tak ada hari ni..so dia suruh jumpa esok pagi..kebetulan class untuk esok pagi juga dibatalkan but mesti berganti jugak nanti..
it's ok..nak menuntut ilmu jangan merungut...nanti tak berkat..

Masih ada beberapa urusan yang belum selesai dan perlu diselesaikan minggu ni jugak..hopefully by this week all documents berjaya disettlekan...

***hope for the best in this semester...InsyaALLAH

Kalau engkau jatuh, Jangan engkau lemah, Kerana hidup mengajar kita, Jangan cepat mengalah.

Assalamualaikum

GEMURUH SUARA


Lirik Lagu Gemuruh Suara 



Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!
Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,

Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,

Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Sunday, February 19, 2012

Anak Kampung-Jimmy Palikat


Assalamualaikum..

I ni tak adalah suka sangat dengar lagu..if nak pasang sendiri tu memang payah la..yang selalu suka pasang lagu, adik i lah...berdentam-dentum macam kilat sabung-menyabung dia pasang lagu-lagu..kuat macam rumah nak roboh...dan terbaru, sejak semenjak dua menjak ni, lagu ni antara carta top yang asyik diulang tayang..Memula i memang bosan dengar..lagu apa lah ni..bila lama-lama dengar baru terasa lagu ni best...

Anak Kampung
by
Jimmy Palikat
Lirik Lagu Anak Kampung

Memang aku ini
Anak orang miskin
Tiada apa-apa
Yang dapat ku berikan
Mngkau memang cantik
Memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung
Tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja
Memang tidak pandan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada keretaku
Bawa kau jalan-jalan
Rumah ku pun tiada
Ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar
Berian kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak
Suka sama kamu
Tapi aku takut 
Hidup kau senggara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau
Sama orang lain

Engkau masih muda
Cantik lagi menawan
Janganlah kau cari
Lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal 
Tiada guna

Lirik asal lagu Anak Kampung ini adalah nyanyian Jimmy Palikat untuk lagu Tanak Kampung versi Melayu. Lirik ini betul-betul Sabahan menggunakan perkataan slang Sabah.

Jimmy Palikat telah menyanyikan semula lagu Tanak Kampung dalam versi Melayu menggunakan lirik ini dengan membuat sedikit olahan mengikut kesesuaian.

~Enjoy the song~

Makan Steamboat Lagi..Special from my Village

Assalamualaikum..

Jumaat terakhir di kampung sebelum ke selatan ni, i sempatlah ke pasar malam di kampung i...Memang setiap hari Jumaat malam Sabtu , terdapat pasar malam di sini..Walaupun begitu, pasar malam ni dah tak semeriah dulu...Kalau dulu, zaman i kecik-kecik penuh orang berniaga macam pasar malam besar dekat bandar jugak..semua ada, makanan, pakaian, barang-barang mainan, beg dan macam-macam lagilah...

But now, wuuu..sedih plak rasa...I dah lama tak masuk ke dalam kampung, selepas nenek i meninggal, i tak jengah langsung ke hujung-hujung kampung tu..jadi agak terkejut lah sebab ada beberapa je gerai yang ada..if tak silap ada lah 6 7 gerai...gerai jual ayam madu, jual ice-blended, steamboat, cendol, mee goreng, keropok lekor goreng, nasi lemak, nugget, roti khurasan dan ada lah lagi..tak ingat coz malas nak melilau-lilau sebab bukan itu pun yang i nak beli...i dah aim awal-awal nak makanan apa, so terus pergi gerai tu sajalah...

Tengok tajuk entry pun dah tau apa i beli kan...
Layannnn...
 I suka yang kangkung tu sebab tu i beli banyak...kalau tak ada yang lain pun takper, but wajib kangkung tu mesti ada..
Semua ni cukup-cukup 10 ringgit..sekarang harga dah naik, 5 batang RM2...kalau dulu-dulu, 3 batang RM1 je...so, dah kurang 1 batang...sob sob=(
Sedap and special from my village...
Aiseyyymennn...i kena tahan mengidam nak makan ni...even dekat jb ni banyak, siap ada dataran stemboat lagi tapi takde satu pun yang boleh lawan kesedapan sos ni...If ada, tolong suggestkan kat i yer..please please...
Kerang-kerang penambah selera...
Ini pun termengidam jugak..Kalau tak, tak denye nak beli-beli ni..
Mee and beehoon goreng ...Mama dan Mubin yang punya....
Nampak kecik kan, tapi banyak isinya..RM1 je..murah-murah
 Makan mee goreng kalau tak ada keropok lekor mana nak ada umppphhhh kan...
Keropok lekor fresh from our kitchen..Tak cukup yang beli, so goreng sendiri keropok yang ada dalam fridge...Tak garing kan i goreng sebab malas nak menunggu dan lagi satu faktor minyak masak kurang...Apapun keropok lekor tetap best walau dimakan begitu saja...

***jangan muak yer dengan geng-geng steamboat dalm blog i ni..hehe=)

Have a nice day peeps and happy weekend