Friday, September 21, 2012

Mangsa Sambar Petir Itu Sepupuku, Alhamdulillah Dia Selamat.

Assalamualaikum

Seriously, i tak tahu sangat cerita ni. But, malam kejadian ada la mama call dan mesej. Tak silap malam tu i tidur awal bila bangun pagi jer baru lah tengok berpuluh miss call dan mesej. Hihi, i kalau tidur jangan harap i akan sedar. 

Sebab i tak tahu sangat alkisahnya, marilah kita baca apa yang newspaper @Sinar Harian ni tulis(kalau i cerita dari cerita mama i takut i ni terfaham tang lain, so tengok dari sumber ni lah ek). I terperasan jugak ada yang cerita pasal ni kerana ada berlegar-legar di busuk.org atas ni. I tengok macam kenal, so bacalah dan terus baca lagi.
Aniq Syazwan sepupu paling bongsu belah my mom

CHUKAI – “Waktu itu saya sedang caj telefon bimbit dan letakkannya atas paha sambil tangan diletakkan atas telefon itu namun tak semena-mena saya rasakan terkena renjatan elektrik lalu saya yang berada di atas katil dalam bilik tidur tercampak di tepi dinding dengan badan kaku serta kejang,” kata Aniq Syazwan Abu Bakar, 16.

Aniq Syazwan nyaris maut akibat panahan petir menyambar wayar elektrik hingga menyebabkan dia terkena renjatan dalam kejadian ketika hujan lebat dan kilat sambar menyambar kira-kira jam 8.12 malam di rumahnya di Taman Mawar 2, Jalan Tempurung, dekat sini, tiga hari lalu.Pelajar tingkatan empat ini yang masih sedarkan diri sejurus renjatan itu hanya mampu membuka mata dan melihat kedua-dua tangannya bertukar menjadi biru kehitaman sebelum tidak sedarkan diri ketika kedua ibu bapanya memasuki bilik tidurnya.“Semasa terkena renjatan itu saya lihat cahaya menyambar tangan lantas saya tercampak ke tepi dinding. Kejadian ini buatkan saya trauma dan serik untuk memegang telefon bimbit lagi semasa petir atau kilat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, bapa Aniq Syazwan yang juga kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, Abu Bakar Abdullah, 55, berkata, semasa kejadian dia sedang berwirid di ruang solat di rumahnya sebelum terdengar bunyi ‘prakkk’ lalu bekalan elektrik terpadam sebelum terdengar sayup-sayup anak bongsunya daripada lima beradik itu meraung kesakitan.“Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan menuju ke bilik adik (nama panggilan untuk Aniq).

“Bila masuk ke biliknya, saya suruhnya mengucap kerana sangkakan keadaannya sudah tenat tapi Alhamdulillah waktu saya masuk ke dalam biliknya bersama isteri, Pasiah Hamzah, 51, dia masih sedarkan diri tetapi badannya kejang seperti robot sebelum kami menghantarnya ke Hospital Kemaman,” katanya sambil menganggap kejadian berkenaan satu keajaiban dan kebesaran Allah SWT kerana anaknya masih selamat.Difahamkan akibat panahan petir itu, televisyen dan mentol di rumah dua jiran mereka turut meletup. Aniq Syazwan ditahan dalam wad selama dua hari kerana dikhuatiri kesan arus elektrik boleh memudaratkan otak dan jantungnya sebelum dibenarkan pulang petang kelmarin.

Alhamdulillah, tiada perkara buruk yang berlaku. Dengar kata ada superpower ek? Hehehe :)

autopublish entry : tengah kelas studio ni, kerja banyak maa...uwaaarghhhhh...!!!

Thursday, September 20, 2012

UTM Dah Ada Cool Blog...!

Assalamualaikum

Tak tahu lah bila Cool Blog ni menapak dekat dalam UTM. Semalam lepas balik library i perasan dekat Cengal macam ramai orang dan nampak macam ada kiosk minuman. Buka facebook group UTM Blogger nampak dorang post cakap Cool Blog ada kat Arked Cengal. Rupanya Cool Blog dah ada dalam UTM, so lepas ni tak payah lah keluar pergi JUSCO Taman U if rasa nak minum sangat-sangat. But, kalau ada KFC pun bagus jugak kan. Haha.! Nanti semua student UTM gemuk macam i. Syuhhh syuhh....!
 Kiosk Cool Blog di Arked Cengal. Siap ada sistem nombor but hmmmphh.. Later i story k
 Boleh tahan ramai student yang membeli.
Mine.Cappucino Blog With Black Pearl. RM 4.10

Makan-Makan di Restoran Sri Kalong Bukit Kuang, Kemaman

Assalamualaikum

Beberapa hari before i datang Johor ni, cousin i pelawa untuk makan-makan dekat luar. Orang nak belanja apa lagi we all cepat-cepat je setuju. Kebetulan hari tu adalah hari first adik i kerja. Dah ada OT bagai kerja hari pertama pun. Kira celebrate sekali ke hape nih. Haha, what ever lah kan. Orang nak belanja so marilah kita meriahkan lagi. 

Setakat tinggal di Kemaman ni rasanya ini kali kedua kot i makan kat sini, ker kali ketiga? Haha, memang jarang makan area sini biasa belah-belah bandar or menghala ke Kuantan jer.

Meh tengok je la apa yang kitorang makan ek. Edisi bergambar jer ni, semua i letak. Tak tahu mana nak pilih. Elok tak elok kabur semua i letak. Biarkan.!
Tak larat i nak buh caption satu-satu ek. Lagipun kalau gambar makanan tu sure la korang tahu. Thanks Pok Man's for the treat that night. Huhu, i dengar semalam makan besar lagi. Time i tak ada semua lah nak gi makan besar kan, Steamboat lah apa lah. Ok, motifnya i memang jeles.

Wednesday, September 19, 2012

64 Comments Awaiting ?

Assalamualaikum

Masih tak sempat nak habiskan BW. Masa , masa dan masa begitu jeles denganku. Suatu hari yang betul-betul free insyaallah i akan balas semua komen-komen korang.

Mood : Pening dengan assignment law. Tido dulu lah kejap.!

Sunday, September 16, 2012

Gubahan Makanan Beradab Pengantin Nan Indah

Assalamualaikum

Kali ni pun tiba-tiba jadi bidan terjun untuk menggubah makanan beradap di meja makan pengantin. Alahai memang tak ready langsung so semua gubahan ni adalah on the spot tanpa we all prepare nak bagi meriah lagi indah lagi meletoppss.

So, mari-mari tengok hasilnya.
 Gubahan buah-buahan. Hasil kerjasama i dan Kery. Kery yang potong buah tembikai ni. Cun kan cun kan.
 Udang goreng dan telur puyuh.Hasil kerja Mizah dan Zizah kalau tak silap. Wahh semuanya berbakat nih.
 Ikan Siakap Masak apa tah. Betul eh ikan siakap? hehe, lupa tak kenal rope ikan. I punya tangan keras yang hias
 Daging ke hati ni? Mizah artwork
Ayam Bakar Madu yang sangat-sangat sedap. Nak lagi Dinottttttt..hehe. Ohh, ini i yang hias. Biasa main cucuk-cucuk apa yang nak cucuk.=)
Our bidan terjun's work. Setiap makanan we all hidangkan untuk 2 set 
Pengantin udah datang. Puas hati tak servis kitorang? Hehe.!
Pengantin mana makan banyak sangat, so ini hasil rembatan kami.
Our team work. Jemput makan meh
Tuan rumah biasalah kena layan tetamu dulu kan.
See my pinggan ok. Berapa banyak i ratah udang. Hohoho.Makan besar wehh
Dan my frens too. Ihik. miss u all

So, amacam ada tak orang nak hire kami semua? Haha..

Saturday, September 15, 2012

Beraya di Kediaman Menteri Besar Terengganu

Assalamualaikum.

Aci tak letak gambar je dulu. I penat penat dan sangat penat. Korang tengok je la dulu ek, just ini yang i letak dulu, banyak lagi but malas lah mau edit mau resize. Huhu.!
 Di mana ada makanan di situ ada i. T______________T
 Kehkehkeh. lama dah baru nak cerita kan
 Boleh pulak jumpa kawan lama kan.
 Nak Sate? Sila pergi mana-mana open house sekarang. Sekarang musim banyak open house nak penutup Syawal ni.
 Fullamak ..! Mega banyak rakyat Terengganu
Sate tumpuan ramai. Ini last cedok dah. Asyik muka ni duk tunggu kat gerai sate. Haha, sampai ada yang perasan. 

Cukup sampai sini dulu yer. Ada masa i cerita lagi. 

Love,
Errah