Wednesday, October 3, 2012

Macam-Macam Cerita

Assalamualaikum

Minggu Keempat di Skudai

Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Beberapa minggu ni memang sibuk sangat-sangat dan lepas-lepas ni lagilah nak kejar dateline kerja semua. Everyweek sentiasa ada assignment dan memang sangat mencabar. Biasa kalau ada pun, minggu akan datang kena submit, but now everyweek u. Memang jadual kerja yang nak submit sepanjang hari dalam seminggu tu. Dari Isnin hingga Khamis, setiap kerja berlainan wajib disiapkan. I dah buat yang termampu, so berserahlah dengan apa hasilnya.=)

Ok, hurmm. Nak cerita apa lagi yer. Otak pun dah jem, blog pun dah bersawang dengan hebatnya. But, syukur masih ada kunjungan yang tak putus-putus dari korang. Ada yang add fb, dan macam-macam soalan yang ditanya. Salah satunya, akak jual kek kat mana? Awak ada buka kedai ni ke? Kedai apa? tettttttttttt..biarlah i dan reader i jer yang tahu. 

Ni cerita lain lak, i ni jenis huru-hara sikit. Jenis yang tak tetap pendirian. Sekali nak buat ini, sekali nak buat itu. Last-last naluri pertama jugak yang menang. Bila fikir balik, nyesal awal-awal lagi tak buat sehabis baik. Actually  ni pasal cari supervisor tesis. Dari sem lepas lagi dalam hati dah tetapkan nak buat bahagian transport, dan awal-awal jumpa lecturer pun memang cari lecturer transport. Tapi biasalah pertama kali jumpa takkan la approve lagi tajuk tu. Ada la penambahbaikan yang kena buat.

Dalam pada tu, i cuba beralih angin ke tourism. Jumpa jugak dah lecturer tourism, dan memang dah dapat idea nak buat. Sekali nak gi buat appointment semula, sampai ke minggu-minggu depan lecturer tu tak ada kat uni. So, tukar angin balik ke transport semula. Dua hari bersengkang mata cuba buat yang termampu, esoknya cepat-cepat pergi jumpa. Alhamdulillah, tajuk tu dah approve by lecturer dan dia suruh i buat cepat-cepat dan guna manual tesis terus. But, banyak lah jugak yang kena baiki. Nanti ada presentation tuk defend our research proposal, takutnya nak sampai ke stage tu. Harap aku mampu. Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak aku? Moga semuanya dipermudahkan.

Ada kelas kejap lagi pukul 9. Kelas Dr N tapi dia tak ada, kena operate. Makanya kelas i nanti dekat library. Ada orang library nak tunjuk pasal search info guna PSZ Portal. 

Miss my angels~

Monday, October 1, 2012

Jalan-jalan ke Zoo Johor

Assalamualaikum.

Terimalah entry bergambar jer dulu. Tak larat nak buh caption ag. Nanti i continue~
















The hectic sem i ever had. Doakan i kuat tuk lalui. Papai~masih banyak kerja menanti

Tuesday, September 25, 2012

@Johor Land Berhad, Bandar Dato' Onn

Assalamualaikum

Live from KFC Jusco Taman U. Haha, curi line TM Secret Recipe. Dari pukul 3 petang lagi i dan Farihah kat sini. Sambil buat assignment law, sambil cari maklumat, sambil tengok orang, sambil makan. Arghhh, peningnya kepala. Macam-macam nak kena fikir. Memang dugaan belajar yang sangat dasyat. 







Studio oh studio. Tension lah camana nak dapat maklumat nih. Semalam pergi Johor Land ingat bolehlah dapat maklumat sikit tapi nampaknya kena gali sendiri la. Apa mau jawab nanti..Arghhh, tension lagi sekali..!

Monday, September 24, 2012

Dinner Nasi Ayam Penyet di Restoran Pinang

Assalamualaikum

Lepas geram sebab lama sangat tak makan nih. Mula-mula borak-borak kosong jer pasal ni, last-last dari cakap kosong tu dah membawa kitorang perasaan terliur yang membuak-buak. Maklumlah dah lebih 3 bulan++ tinggalkan bumi Johor. Dan diet i terbabas lagi. Kesian, asyik makan jer. Bila mau kuyusss nih.
Pandai baca kan
Baru je letak punggung, abang otak-otak ni datang bawak bekas ni. Tapi sorry bang i nak makan nasi ayam penyet jer.hehe!
Satu set lengkap Nasi Ayam Penyet. Ini dari Restoran Pinang, kalau Bibik banyak lagi aksesorinya.
Sepinggan RM5.
Wajiblah mintak sambal lebih kan.
Jeling kamera dulu before makan. Haha, tabiat dah.!
Alhamduliilah kenyang sangat-sangat. Air kitorang tak beli sebab dah ada CoolBlog
Tepi restoran ni pun ada burger bakar. Dah macam trend pulak sekarang semua pakat nak niaga ni.
Masa i datang penuh ni tinggal meja yang i duduk ni je kosong. Lepas i habis makan semua dah blah.
Restoran Bibik pun sedap. Bersebelah jer dengan Pinang ni. Kalau kat Johor ni memang bersepah kedai makan Jawa tinggal cari dan cuba jer. Siapkan duit sekali yer. =)

Kejap lagi nak pergi Johor Land. Tension weh studio.!

Sunday, September 23, 2012

Burger Bakar No.1 Johor Bahru Kini di Taman U Skudai

Assalamualaikum

Hari yang sama i beli CoolBlog ni. Roomate Farihah, Kak Siti pesan burger kat kitorang. Mencari burger biasa tapi tak jumpa plak, last-last jumpa beberapa gerai jual burger bakar. Macam nak try, so pergilah jenguk-jenguk dulu.
 Besar-besar isi daging burger ayam dan daging ni.  
 Time kitorang sampai brader ni baru nak set up, susun-susun barang gerai ni. Pukul 6.30 dia buka, so masa ni dekat nak pukul 7 rasanya. Lokasinya ialah belakang Jusco dan berdepan dengan Al-Ikhsan. Baru lagi berniaga kat sini 1 September yang lalu
 Roti -roti. 
 Sos Blackpepper
 Senarai harga Burger Bakar No.1 Cawangan Taman U. Uwaa, manyak untung ini macam. 
 Safee Sali pun ada. Agak ramai orang yang menunggu, ada berdiri, ada duk depan gerai
 Lepas siap bakar, daging burger ni nanti dia celup dengan sos lada hitam
Ok, ready nak siapkan burger bakar no.1 Johor Bahru

Mesti korang tertanya-tanya kan mana gambar full burger bakar nih. Actually, kitorang cancel semula order . Haha, sebabnya akak roomate Farihah tak nak sebab katanya mahal sangat. Iyalah mahal kot RM7. Dah boleh buat belanja makan tuk 2 hari. Kalau i nak beli pun duit i belum masuk lagi, lagi satu baru jer lepas pekena Ayam Penyet. Kalau tidak, i sambar jugak tu sebijik.=)

Saturday, September 22, 2012

CoolBlog di Arked Cengal, UTM Skudai

Assalamualaikum
 Nombor giliran i. Satu benda yang tak puas hati pasal sistem nombor ni lah. Kiosk CoolBlog dekat luar rasanya tak pernah jumpa lagi pakai sistem nombor giliran ni.
 Awal-awal lepas order muka ada senyum la. Time ni nombor tunjuk 358. Lepas tu jadi 370 la pastu patah balik 363 la and bla bla bla. Hampir 15 minit menunggu dan memang puas la dan yang paling geram orang yang beratur belakang-belakang i ada dah dapat order dorang.
 Kiranya bersabar la dulu kan. Tak sangka terpaksa tunggu sebegini lama. Kalau betul-betul ikut susunan nombor tu ok lagi tapi ini tak, berterabur.! Dekat nak setengah jam jugak lah tunggu nasib i dapat tempat duduk so tak lah rasa lenguh tapi yang menunggu dalam berdiri tu redho je lah dalam hati ek. Sebab dah lama sangat tunggu, i pun bangun nak lah tengok kenapa lama sangat. I tunjuk lah number i ni, time tu baru dorang tengok my order dan terus buat. Kiranya kalau i tak bangun dan tanya kat kaunter tu alamatnya memang tak dapat-dapat lagi lah kan. 
 Tak nak ais pun kena tambah duit?
 Berjalan riang pulang ke blok sebab dah dapat air 30 minit. Payah tau nak buat air nih.
 My rooms up there.!
 Haruslah Posing lagi 
 Dan lagi. Magik sebab tadi ada 1 sekarang ada dua. Sebab lama menunggu, dia bagi free 1
H10 KTF
 Hahahaha...mana ada orang nak layan kau siap nak bagi free lagi.
 Penantian 30 minit
 Lain kali sila manage betul-betul ek. Faham sebab baru lagi so sila sila lah upgrade ur service
Sampai ke luar bawa diri CoolBlog ni

-Continue-