Tuesday, April 5, 2016

Najwa's Turn 11~19.8.2014

Assalamualaikum

Puteri bongsu punya ulangtahun n celebrate sekali dengan mama...Genap 11 tahun di tahun 2014...2 tahun lepas punya cerita ni..hehe...ada gambar2 ni je sebab yang ni sempat masuk fb najwa..laptop rosak terus habis gambar takde..
 Majlis makan2 ni buat petang..paginya dia sekolah jadi dia tak tahu pun ada buat2 semua ni...balik sekolah je habis budak2 ni kerumun nak belon..tunggu petang ye pukul 5...hehe
 Aku tak plan pon nak ada deco prop ni...just guna apa yang ada..cuma cekedis2 tu dan belon ja beli...pakai shawl buat tirai secoet tu dan reben2 lebih yang gubahan hantaran...maka jadilah caca marba ni campur2 sekali warna..haha..cukuplah buat meriah suasana je kan..happykan budak2 yang aku sayang sgt2 ni...
 Kek beli yang dah siap je...kek blueberry cheese...asalnya yang sebelah kiri gatal tangan ada coklat nips pergi letak celah2 yang kosong tu semua..nampak colourful pulak lah kan...
 Antara makanan2 yang disajikan..of course laksa penang..bihun goreng...dan sate tempah kat kawan mama...yang tu je kot buat untuk makan petang orang2 dekat rumah...
 Time ni tak ada orang lagi tak malu lagilah nak bergambar kan..
 Wawa n nana...baju dorang ni tak beli sekali...kira time raya baru tahu...haha..taste sama plak lah bff ni..
 Kawan2 dekat2 kawasan rumah
 Yang sumi snek marshmallow semua tu untuk budak2 je ok
 Pukul 5 lebih semua dah balik kerja..ada jugak kawan2 mama yang datang
 Tengok gambar jelah ye..dah campur2 sekali dah dalam collage ni
 wawa dan kak ema...sesi potong kek...sama tarikh birthday...

 Menikmati hidangan

Sepupu2 dan orang2 dalam kampung


 Abang2 angkatku..family abg enol n maliki
 Geng2 kolam ikan

semestinya nak buat dorang ni happy...kaklong sayang korang semua...

Bye...tunggu next updates k..

Monday, April 4, 2016

Gubahan Hantaran Perkahwinan~Tema Ungu,Turqoise dan Krim

Assalamualaikum

Majlis Perkahwinan Azizi dan Ain
Tema : Ungu, Turqoise ,Krim n add onn pearl rose ribbon






















Saturday, March 12, 2016

My 1st Smartphone~Samsung Galaxy S Advance

Assalamualaikum

Kenangan sangat handphone ni...terlalu sayang sebab hp ni lah kawan rapat yang aku ada masa tu...yang sentiasa menemani hari-hari ku.terlalu banyak suka dan duka yang aku ada bersamanya..segalanya tersimpan dalam ni..dia pergi di saat aku belum bersedia...di saat terlalu banyak benda yang aku bergantung padanya..tapi dah itu takdirnya tetap aku kena terima..mesej..gambar..maklumat2 penting semua disimpan dalam ni...tak pernah terfikir untuk backup kat mana2...susah susah sangat bilamana dia tiba2 rosak di saat aku bertungkus lumus menyiapkan tugasan penting...walaubagaimanapun ia dah berlalu dan semua tu adalah satu memori dan kenangan yang takkan pernah dilupakan..perginya dia juga sama waktu ulangtahun tuannya...dia yang pertama banyak mengajar...berusaha untuk mendapatkannya kembali malangnya dah tak boleh diubati lagi..rosak serosaknya...malah yang dah hilang pun takkan mungkin dapat kembali...mengalah dan kini cahayamata kedua lahir setelah hampir 2 bulan lebih pemergianmu...but i always love u n miss u...💞💞💞💞💞

Tuesday, March 8, 2016

Gubahan Hantaran Tema Krim, Pink, Turqoise dan Ungu (add-on rose ribbon)

Assalamualaikum

Event : Majlis Perkahwinan Maria dan Muzri
Gubahan Hantaran bajet 5 dulang sahaja
 Sirih Junjung
Mas Kahwin
 Kain Pasang
 Buah-buahan
 Coklat







Sunday, March 6, 2016

CIMB Bank Card Promotion di ZALORA

Assalamualaikum

Zaman cyber sekarang ni kan kalau nak kata butik shopping secara online ni memang dah ibarat bagai cendawan tumbuh selepas hujan sampaikan tengok yang itu rasa nak beli, tengok yang ni berkenan, bukak sana pulak alahai memang wajib beli lah kiranya ni. Lebih-lebih lagi orang perempuan memang pantang kan kalau tengok butik online ni tak beli pun tak apa kadang tengok sekadar kepuasan diri. Hasrat di hati memang nak beli kan tapi ada antaranya kita tak mampu jadi di sini I nak bagitahu ada promosi hebat untuk korang sehingga 25% tu.


Sebelum tu, mari baca ni dulu. Kalau korang tak kenal jugak butik yang ni I tak tahula tapi mostly orang kenal kan.Tapi yang tak kenal or tak pernah dengar apa ni meh sini i nak bagitahu.

ZALORA… ZALORA…ZALORA…


Ada pernah dengar tak, kalau-kalau pernah terbuka website, tengok orang share dalam facebook, instagram or twitter, ataupun dalam tv pun memang ada iklan ZALORA ni. Cuba korang ingat balik..hehe

Ok, pada yang tak tahu tu, butik online ZALORA ni kira tak asing lagi lah yang sememangnya sebuah butik online yang dah cukup terkenal dengan pelbagai koleksi fesyen dan ia bukan sahaja untuk wanita malah koleksi untuk lelaki pun ada. Selain itu, terdapat pelbagai pilihan pakaian, kasut, beg, tudung, dan aksesori lain yang terkini dari pelbagai jenama antrabangsa dan juga tempatan yang dijual di ZALORA ini. Menerajui penjualan barangan fesyen secara online di Malaysia, ZALORA ni merupakan satu nama yang dipercayai ramai dan telah melakar beberapa siri penjualan yang cemerlang. Bukan itu sahaja, nama ZALORA juga turut dikenali kerana telah banyak berkolaborasi dengan pereka-pereka fesyen terkenal tanah air seperti Jovian Mandagie, Rizalman, Melinda Looi dan ramai lagi! Teruja tak korang.

Ni ZALORA nak bagi korang teruja lagi. Sebagai menghargai sokongan pembeli-pembeli setia yang sentiasa bersama ZALORA dari mula penubuhan ZALORA di Malaysia ni, ZALORA seringkali memberikan tawaran dan promosi hebat yang menguntungkan. Oleh itu, sekarang para pembeli berpeluang menikmati tawaran hebat dengan memiliki barangan idaman korang daripada jenama-jenama terkemuka dengan harga yang lebih murah.


Salah satu promosi yang ditawarkan di ZALORA adalah CIMB Card Promotion khusus untuk pemegang CIMB Bank Cash Rebate Platinum MasterCard dan Kwik Card. Tawaran sebanyak potongan sehingga 25% ini boleh korang nikmati apabila membuat pembelian di ZALORA dengan menggunakan kad tersebut.

Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah korang dan juga boleh membuat pulangan secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Jadi, tunggu apa lagi? Mari rasai sendiri pengalaman membeli-belah dengan mudah dan menjimatkan dengan tawaran ZALORA CIMB Card Promotion sekarang!

Friday, February 26, 2016

Gubahan Hantaran Tema Hijau, Krim dan Ungu

Assalamualaikum..

Agak lama rasanya tak menulis dekat blog ni..Hampir nak masuk 3 tahun..Nasib masih ingat ada lagi blog ni..kalau tak pasti terkubur camtu je..:-) Dah tak reti nak tulis apa dah lama sangat tak menulis dan bercerita. Entah kenapa hari ni rasa nak sangat mula menulis dalam blog . Oklah tak ada apa nak share sangat buat masa sekarang..padahal banyak sebenarnya nak cerita..Nantilah akan datang...InshaAllah.

Event : Majlis Perkahwinan Raimie dan Kamariah
Tema : Hijau, Krim, Ungu Gelap dan Ungu Lembut (add-on juntaian pearl dan rose ribbon dengan pearl)

Cincin dan cek
Beg
Coklat homemade
Kasut
Kek,
Telekung dan Sejadah
Tuala Bersulam

Ha kat bawah ni gambar kolaj hantaran dari pelbagai sudut..Hehe..almaklum amatur tak pandai nak snap picture cantik-cantik .




Gambar dekat atas ni sekadar selingan je sebab tak tahu sebenarnya nak cerita apa, nak mulakan dari mana. Gubahan hantaran ni salah satu hasil kerja tangan sendiri. Gambar-gambar dalam hampir 3 tahun ni banyak dah hilang sebabnya laptop rosak dan yang terbaru handphone rosak. Sedih jugak lah sebab selama ni memang fikir nak simpan dalam tu je semua, tapi dah rosak semua dah hilang.dahtakdir kan, terpaksa terima jelah. Jadi sebelum yang ni semua pun hilang eloklah simpan siap-siap dalam blog.. harap-harap dalam ni tak hilang lah ye..:)

Semoga dengan permulaan entry ni, jadi lebih rajin lah nak update blog next time..