Tuesday, August 2, 2016

Musim Buah Tiba Lagi

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya tak bercerita pasal musim buah ni..last dulu pun rasanya pasal buah duku je...tahun tu tak menjadi sangat durian rambutan manggis segala ni..Dalam 2 3 tahun belakangan ni je alhamdulillah menjadi jugak walau tak semeriah zaman kecik-kecik dulu.


Zaman tu jangan cakaplah siap boleh jual siap boleh makan siap boleh bagi2 dekat sedara mara lagi...Tahun ni ada jugaklah tengah berbuah lagi kat atas pokok..Tengah menunggu durian runtuh ni ha...Rambutan pun tengah masak dah ni..duku pulak tak menjadi sangat tahun ni...

 Atas kepala je haa...ni actually kebun ayahlong yang kebun atuk tak dapat la nak atas kepala camni..pokok tinggi2 semua sebab memang tanam dari i kecik lagi..yang ni baru lagi pokoknya tu yg boleh capai dengan tangan je..

Kegemaran sepanjang zaman ni...letak dalam peti ais bagi sejuk dulu kendian angkut makan depan tv..hehe

Apa2 pon syukur lah ini semua kebun atuk kitorang ni semua sama2 bersyukur dan berkongsi  dengan rezeki yang ada..nak harapkan harta sendiri belum lagi lah...doa-doa kan mudah-mudahan dapat jaga rezeki ni sampai ke anak cucu pulak nanti...

Tuesday, July 19, 2016

Moga~moga


"Senyumlah. 
Tuhan bukan setakat tahu kau sedang terluka. 
Bahkan Tuhan tahu, kau akan mampu melaluinya. 
Bahkan Tuhan tahu, kau akan baik~baik saja".


Moga di balik luka,
Allah salutkan dengan sedikit bahagia.

Moga~moga...

Tuesday, July 12, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalamualaikum...
Salam 7 syawal...


Satu2 nya family picture yang ada untuk syawal 2016 setakat ini..inipun bergambar masa open house cousin...raya 1 langsung tak sempat nak ambil gambar family walaupun dah cantik2 warna sedondon semua..😭😭😭...harus cari free time untuk repeat lagi...huhu...

Di kesempatan ini even dah 7 syawal, kami sekeluarga ingin mengucapkan 'Salam Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali kami...jika ada tersalah silap mohon dimaafkan...jemputlah datang beraya ke teratak kami ye..'

Sunday, July 10, 2016

Perempuan


Perempuan. 
Dia menangis. Dia ketawa. Dia merungut. Dia membebel. Dia berduka. Dia sayang. Dia cinta. Emosi dan perempuan sahabat yang sangat karib. Susah hendak dipisahkan. Perempuan tu fragile. Memang ada perempuan nampak gagah luaran tapi dia tetap perempuan. Hatinya masih lembut. Hatinya masih sensitif.
 
Perempuan.
Tentang suka. Tentang jatuh cinta. Sering sahaja dia tersilap percaturan hati. Fikirnya lelaki itu cinta,dia tunggu untuk sekian lama namun hanya hampa. Lelaki bagi mereka biasa tapi bagi perempuan setiap kata kata manis, perbuatan baik, perhatian dan pujian itu tanda kau suka atau mungkin kau buat dia jatuh cinta.

Perempuan.
Dia belagak kuat di hadapan semua padahal hatinya telah hancur luluh merana. Namun dia tahu dia tak boleh tunjuk lemah selamanya. Dia harus kuat hadapi dunia. Pura pura kebal dengan segala. Hadap semua dengan senyuman palsu semata. Berjalan megah untuk melindungi diri yang jatuh tertiarap di hujung sana.

Wednesday, June 29, 2016

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri 2016


Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat berpuasa dan juga selamat hari raya yang akan menjelang lebih kurang lagi seminggu...korang balik raya mana tahun ni?yang balik kampung tu tak kira jauh or dekat hati2 ye di perjalanan..Pagi ni tak tahu tetibe tak boleh tidur dah lepas sahur dan terbuka blog maka timbullah post ni..

Kat bawah ni pon saja lah nak abadikan gambar kenangan ni sebab ni antara gambar yang masih ada dalam simpanan..handphone rosak jadi sebelum terjadi lagi simpan siap2 dalam blog..harap dalam blog pun takkan hilang dah...☺

 Lama tak letak gambar...lama jugak tak selfie2 ni..me and my sayangs...adik perempuan bongsu sorang ni ja...
 my sweetheart...ni raya tahun lepas ni...banyak gambar dah takde handphone dah arwah...sob2...kene beringat la pasni simpan kat blog boleh jadi kenangan tua2 nanti...
again...geng perempuan suka jalan2..huhu..
My heartbeat..my only 1..my small family...love u all till Jannah..Amin...💕

👉Live update from handphone..1st time guna ni..selalu guna laptop..

Tuesday, June 21, 2016

Mujahid Turns 2 Years Old

Assalamualaikum

Punyalah lama sangat tak menulis dalam blog, tak ada modal nak bercerita. Jadi, gambar-gambar dan kisah-kisah throwback saja lah yang boleh aku cerita. Ini antara gambar yang masih selamat tersimpan dalam laptop. Mujahid ni anak sepupu i, dia baby pra-matang. Lahir masa umur 6 bulan lebih tak silap. Dari umur dia setahun mama jaga kat rumah tapi jaga sekejap je waktu petang setiap hari ahad, isnin dan rabu pukul 2-5 petang sebab umi nya ustazah KAFA.
Kek ultraman for Mujahid
Cengeh aje bila nak snap
Jom potong cara ultraman

Nak potong canèr ni
Tenung sampai terbèliak mata tu
Happynya dia
With Najwa.
Happy Birthday Ahmad Saifuddin Mujahid

Thursday, April 14, 2016

Najwa's Turn 12~19.8.2015

Assalamualaikum...

Kek snowy cheese homemade by me...actually ni kira percubaan kedua...before ni pernah buat dah sekali..yang pertama tak menjadi sangat but alhamdulillah licin..jadi semangat lah nak try buat lagi...sekali ambik 2 biji terus aku buat...kali ni menjadi...ada yang puji sedap dah ok dah ni but ada jugak yang tak boleh masuk dgn cheese so lain pulak kisahnya...bak kata orang citarasa orang tak sama dengan kita...kita boleh telan tak semestinya orang lain pon boleh kan..just take it positive...

Ini cerita memang betul2 throwback punya..huaaaa...dulu memang tak ada mood langsung nak ngendap blog ni nak menulis lagi lah takde rasa...tapi bila difikir balik jika tersimpan saja gambar2 ni dalam laptop mahupun handphone suatu saat nanti pasti hilang segalanya..aku yakin sangat sebab semuanya dah banyak kali terjadi..tapi dulu mungkin lah ada backup jugak sebab letak sikit2 dalam fb sekarang ni fb pun dah tak tengok..mengharap kat blog ni sajalah..harapan blog ni pon janganlah terkubur suatu hari nanti habislah segala kenangan nak tengok balik masa tua nanti...

Ini tahun lepas punya...birthday my sayangs wawa...19.8.2003...genaplah umurnya 12 tahun..sekejap je besar sekarang dah form 1 dah...

Layan gambar jelah ye...banyak lagi gambarnya tapi nanti lain post kita cerita

 Aku ni kalau bab2 camni semangat jugaklah...tapi aku takde lah beli apa pon just beli belon tu je tu pun kat kedai rm2..yang paper lekat tu dari majlis birthday anak kawan sepupu..time tu dorang bagi goodies coklat letak atas piring ni..budak2 ni dapat banyak so aku simpan lah..sebab comel je nengoknya...
Belon tu tiup dan gantung guna benang je kat lampu dinding tu...dan bunga tu buat tambah seri orang kata...jadilah prop yang oklah dari takde kan..just nak happykan budak2...aku jenis suka budak2 ni kalau boleh kalau mampu memang suka sangat nak bagi dorang gembira..

Birthday girl...12 tahun dah
 with mama...actually besday wawa n mama selang 6 hari je so buat skali tu pasal ada 2 kek...cumanya aku tak sempat lah nak deco kek tu sebab sibuk buat makanan lain...gambar tu tak jumpa lah pulak cuma ingat buat bihun goreng..laksa terengganu..kuih-muih..puding..tapai..koktel
 19.8.2003 n 25.8.19??..
Wawa n kak ema sepupu mama...sama tarikh lahir dorang..kak ema jenis kalau tahu orang nak buat makan2 dia memang suka bagi kuih...rasanya puding roti dia bawak...semestinya sedap macam2 jenis kuih pandai buat ni..
Bagi can lah dorang nak bergambar kan...
Dua orang bff ni...sorang pangkat anak sorang pangkat mak tapi dah umo sebaya..memang kemana2 dua orang ni jelah kawannya...
Airin dan arissa ..sorang 5 tahun sorang 6 tahun...
Antara kawan2 kelas najwa yang datang...
Budak2 tecik ni pon nak masuk dalam gambar...doranglah penghibur kalau takda ni memang sunyi lah kawasan rumah
Last but not least..nanti cerita lagi naa...banyak sangat nak cerita dalam masa lebih kurang 3 tahun ni...yang boleh simpan kita simpan yang boleh dikongsi kita kongsi lah kan...

bye...see u next...