Monday, February 27, 2012

Cantiknya Ana Raffali..!!!

Assalamualaikum...

Hye semua..dah breakfast ker..???mesti dah makan sedap-sedap kan...actually i belum breakfast lagi..very the lapar maa...oheyyy...

Jom pagi-pagi ni i sajikan anda-anda semua dengan kecantikan Ana Raffali ni during her solemnization day...Even I tertinggal bas, but i nak kongsikan jugak pasal Ana Raffali...Dulu pernah ingin ketemu Ana semasa dia datang ke JB, but tidak berkesempatan lah...Sempat jumpa Uncle Sohaimi Mior Hasan jer..hye uncle..ingat i lagi tak???..dua kali kot kita pernah ketemu...(macam la uncle sohaimi nak baca blog i kan)..hehe...u know what. suara dia memang best la..borak biasa-biasa pun suara dia memang sedap...Malangnya, the pictures all gone..=(
Ana Raffali...she's so pretty...
 credited pictures to RotiKaya
 Manis dan ayu bertudung..Thumbs up..
Love her personality..tak ada angin ribut tiba-tiba dah kahwin...=)
credited pictures to Ministry of Moment

Sedikit cerita perkenalan mereka...
Source:Gua.Com

Selepas menyulam kasih selama tujuh tahun, hubungan cinta yang dibina penyanyi Ana Raffali dengan pengurusnya Ahmad Aznaim Abdullah akhirnya dimeterai dengan ikatan suci perkahwinan. Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz, di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, jam 11.55 pagi tadi.



Ana yang berwalikan sendiri oleh bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor menerima mas kahwin sebanyak RM 11, 412. Sebelum majlis akad nikah, Ana terlebih dahulu melangsungkan majlis pertunangan jam 11.20 pagi.

"Masa nampak Naim datang dengan segak berbaju Melayu, saya rasa macam tak percaya dah nak jadi isteri orang. Mula-mula rasa berdebar, tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya rasa gembira sangat dapat kahwin dengan kawan baik sendiri," ujar Ana ketika ditemui sejurus selesai akad nikah.

Naim yang berada di sisi Ana pula berkata, "Syukur, Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya dah jadi suami Ana. Sebelum akad nikah, saya rasa berdebar sangat, namun lepas itu, saya rasa lega, Alhamdulillah.

"Saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami berjalan lancar. Terima kasih kepada Ana sebab menerima lamaran saya. Saya berjanji akan menyayangi dia sepenuh hati dan menjaganya dengan sebaik mungkin."



Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Ana memberitahu, "Saya kenal Naim sebelum saya menjejakkan diri dalam industri muzik lagi. Sejak itu, hubungan kami bertambah rapat dan kami mula menyulam kasih. Alhamdulillah, dia dah jadi suami saya sekarang," ujar Ana mengakui tidak menyangka akan menamatkan zaman bujangnya dengan kawan baik sendiri.

Pada majlis akad nikah tersebut, Ana menerima tujuh dulang hantaran antaranya gelang tangan, mas kahwin, telekung, wangian Mont Blanc, coklat, sirih junjung dan pulut semangat. Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, jam tangan jenama Stuhrling dan wangian Lacoste, iPad2, kamera, dompet Hard Graft, kek, buah-buahan dan bunga rampai.


credited pictures to Gua.Com

Apabila ditanya mengenai simbolik angka mas kahwin, 11412, Ana memberitahu, "Itu merupakan gabungan tarikh lahir kami berdua. Saya lahir 14 November manakala Naim, 24 Februari," ujar Ana yang ayu dengan persalinan kurung moden berwarna kelabu, rekaan Ezuwan Ismail.



Menyentuh mengenai lokasi bulan madu dan perancangan mereka untuk menimang cahaya mata, Ana sambil tersenyum memberitahu, "Kami akan cuti-cuti Malaysia. Kami mengambil cuti selama dua minggu dan tempoh itu kami akan gunakannnya untuk berbulan madu di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan. Dalam masa yang sama juga, kami akan melawat sanak-saudara kami di sana. Mengenai anak, itu semua terletak pada rezeki. Kalau boleh kami nak keluarga yang besar sebab keluarga saya sendiri mempunyai bilangan ahli yang besar."

Selepas majlis akad nikah, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi khas di perkarangan Masjid Al-Hidayah. Antara penggiat seni yang hadir ialah Datuk Yusof Haslam, komposer, Aidit Alfian, Ramli Sarip, Jaclyn Victor dan ramai lagi.



Tahniah ANA RAFFALI dan NAIM...Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

8 comments:

  1. Baguslah diorang ni..simple je tengok..honeymoon pun xyah jauh2 sgt..hantaran pun xdelah sampai berbelas..hehe~


    p/s:Errah, apa kata hilangkan word verification kat comment box ni? hehe~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu...ana ni pon gosip pun xde..imej baik2 je..

      Delete
  2. opsss..skang ni musim 'retis' kawin kan..ana & naim..lisa & yusry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..musim org kawin, musim org beranak sumerlah..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. cantik kan ana..skrg pakai tudung lagi nmpak ayu jer

      Delete
  4. ana sangat cantik bertudung

    ReplyDelete

Thanks for Comment