Sunday, May 13, 2012

Saya Malu nak cakap depan-depan, even dalam telepon ponnnn...

Assalamualaikum

Hari ini, bangun-bangun pagi je (padahal dah tengahari) terus buka laptop dan on fesbuk, aku tengok punyalah banyak kat home fb, rakan2 fb wish itu 'Selamat Hari Ibu', 'Happy Mothers Day' la, 'I love u mom' n mcm2 bentuk wish lagi la la..tapi aku jahat, aku xwish pon ..dalam fesbuk, mahupun dalam telepon...jahat kan aku...

Actually, aku ni bukanlah seorang yang senang nak meluahkan isi hati aku....Serius...dengan kawan-kawan pon aku macam tu...aku xpandai nak katakan yang aku sayang seseorang tu...dalam penulisan macam ini saja mungkin aku dapat luahkan apa saja but in reality, aku tak mampu nak ungkapkan kata-kata tu....

Pernah orang cakap, kalau nak eratkan lagi hubungan itu, ucapan itu penting agar orang itu tahu kita menghargainya...tapi, bagi aku even aku xboleh nak ucapkan itu semua, aku tetap sayang dan hargai mereka dengan cara aku sendiri...

ok, tak nak cerita panjang-panjang nanti aku sedih (padahal,aku dah nangis pon td..mata bengkak suda) ...dahla aku balik lambat sebab tiket habis...lagi aku rasa nak meraung dari puncak balai cerap agar orang tahu apa aku rase sekarang.....

Aku xwish dalam fesbuk yang terang-terang memang mama aku akan baca lau aku letak status tu, wish dalam tepon apatah lagi...bukan berat nak cakap tapi entahlah tak terkeluar kata-kata tu....nak sangat cakap, nak sangat peluk mama aku sampai nangis2...hehe...aku tak penah nangis depan mama or abah(kecik-kecik dulu memang la kuat nangis kan) seboleh-bolehnya aku xnak mereka tahu aku sedih n mereka risau dekat aku ....kalau aku sedih sangat-sangat pon, aku akan tahan dan nangis belakang mereka...aku akan cuba elak agar air mata aku xjatuh depan mereka..baik x aku...!!!=)

Dan di sini, di saat ini, di waktu ini aku ingin memberitahu seluruh dunia bahawa tiada orang yang paling penting dan teristimewa dalam hidup aku melainkan seorang insan ini, Puan Nailan bt Abdullah yang merupakan mama serta kawan baik aku sendiri...yela, sebab kalau kami keluar bersama, orang-orang akan ngusik aku cakap ni yang mana  satu kakak dan mana satu adik ni...sebab aku lagi besar dari mama aku....huwaaa...
bencikkkk..=)

***actually entry ini adalah entry yang dah bertahun duduk dalam draft blog ni... tahun-tahun lepas punya tapi tak pernah dipublish..NON-EDITED ENTRY..but now, if i menulis lagi mungkin kisahnye dah jadi lain..dan sangat lain..my life before and now is very different...!!!

No comments:

Post a Comment

Thanks for Comment