Wednesday, June 13, 2012

Tasik Kenyir Destinasi Percutian Pilihan

Assalamualaikum..
Mengelat kejap dari baca nota nih...hihi..I nak bawa anda melancong dan merehatkan minda sebentar ke Tasik Kenyir..Ada ke yang tak tahu dekat mana Tasik Kenyir ni...Jawapannya ada...haha...Kalau korang pernah tengok rancangan Money Drop versi Malaysia punya dekat ASTRO dulu-dulu tuh, ada yang jawab Tasik Kenyir tu kat Perak ke kat mana tah..Jadi sakit hati plak rasa sebab itu pengetahuan am kot...
Tasik Kenyir ini terletak di Kuala Berang, Terengganu.
Cantik kan???

I pernah tinggal selama 3 tahun dekat Kuala Berang dan even ianya tercorot orang kata kawasan hulu...heyyy, korang silap yer...Dekat sini lah tempat yang sebenar-benar yang boleh bagi ketenangan...Mana ada pagi-pagi ko pergi sekolah kau hidu itu bau tahi getah..Tapi i dan kawan-kawan i melalui, cikgu-cikgu yang juga dah serasi dengan semua tu..Tak semua orang dapat melalui pengalaman macam i dan kawan-kawan yang belajar dekat kawasan macam ni..Memang betul-betul memberi ILHAM..hahah..Dan sampai sekarang, tempat tulah yang mula-mula mengajar i erti berdikari dan juga erti persahabatan..

Ok, i dah menyimpang jauh..Sesaje flashback kenangan indah...Nanti cuti kami sekeluarga nak pergi sini..
Saja-saja nak menggoogle tempat ni padahal dulu-dulu selalu je pergi..Cuma dah tak pergi selepas i form 4...about 8 years jugak lah i tak pergi Tasik Kenyir nih..Mesti dah berubah sangat sekarang nih...

Wow..cantiknya..!!!!.buat i tak sabar nak pergi...

Tasik ini juga merupakan kawasan empangan batu-hidro-elektrik batu- batan terbesar di Malaysia. Apabila kawasan ini dibanjiri air, kebanyakan kawasan pergunungan berada di atas paras air, sekaligus membentuk 340 pulau buatan manusia.Tasik Kenyir yang cantik ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang merentasi 260,000 hektar.
Subhanallah.Mendamaikan dan menenangkan jiwa melihat keindahan alam
Gua Bewah..Salah satu gua yang terdapat di Tasik Kenyir

Tasik Kenyir ni sangat-sangat la sesuai bagi korang yang sukakan keindahan alam semulajadi yang jauh dari hiruk pikuk kota. Memang dah dari dahulu lagi ia menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dan unik di samping ia juga merupakan menyumbang utama kepada pembangunan negara melalui stesen janakuasa hidroelektrik di empangan Jenagor, Hulu Terengganu.

Banyak lagi tempat-tempat yang menarik di dalam kawasan Tasik Kenyir ni..Yang i ingat masa dulu-dulu family i akan naik bot tak kira la bot jenis perlahan tu or speed boat , kami akan pergi ke tempat penternakan ikan dan juga ke kawasan air terjun..Resort, chalet dan banyak lagi penginapan yang terdiri dari seni bina tradisional sehingga bercirikan moden boleh dijumpai di sini..

Hope nanti pergi sini i dapat snap banyak gambar cantik-cantik dan i bolehlah berkongsi apa yang ada dekat sana kan...wee...sungguh tak sabar di hati ini.Nama saja tinggal dekat Terengganu, tapi Terengganu pun belum habis jelajah..:)

Sumber gambar kredit kepada Tasik Kenyir Memang Mengasyikkan dan juga ihsan google

Thanks for reading this entry

10 comments:

  1. ingat dop agi kite g air terjun lasir kat tasik kenyir dulu kene naik tangga tinggi giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah yer...gler kot tinggi..smpai brp kali berenti...huhu..lama xg weh...koleberang mmg da berabad ku tak gi..:p

      Delete
  2. macam best je tgk gambar tu..hehe~ :)

    ReplyDelete
  3. best nye ;))

    btw , bw kamu n follow :))

    ReplyDelete
  4. Tgk gambar gambar kat tasik kenyir ni dah teruja nak pi.. Berapa bajet untuk kesana?

    ReplyDelete
  5. Banyak-banyak tasik kat malaysia, sememangnya Tasik Kenyir tiada tandingan bila terlibat dengan aktivitinya. Baik aktiviti berkelah, memancing, beriadah dan banyak lagi. Pasti menyeronokkan. Cantik koleksi gambar-gambar di atas. :D

    Pakej Tasik Kenyir Terkini

    ReplyDelete

Thanks for Comment