Sunday, February 3, 2013

Kuantan~Taman Gelora || 1 Februari 2013

Assalamualaikum

Jumaat kali ni pergi lagi ke Kuantan, tujuannya just nak sambung roadtax kereta adik i jer sekalian cuci-cuci mata di hujung minggu. Biasa hari Jumaat ni memang ramai orang Kemaman turun Kuantan, memang sesak bandar Kuantan yang dah makin pesat ni.

Bayar dekat Ambank dekat Jalan Beserah, Kuantan.
Time ni tunggu daddy masuk bank berurusan. Bila dah puasan dan boring menunggu maka kamera pun terpaksa menghadap wajah kami .Satu-satunya adik perempuan aku dengan beza umur 15 tahun. 
Okeh dah bereh semua jom jalan-jalan. Memula Najwa nak pergi Zoo Teruntum, dah sampai dah pun kat situ tapi sebab ada monyet dia yang excited nak pergi sangat pun tak mahu keluar dah. Jadi gerak lagi depan dan sampai ke Taman Gelora.

Sampai Taman Gelora ni pun dah nak masuk Solat Jumaat dah dan memang ramai lah orang termasuk student dan orang-orang berdekatan kat situ. Tambah lagi ada gerai-gerai dan memang ramai sangat orang. Masjid pun tak jauh so sambil tunggu orang Solat Jumaat, aku, mama dan Wawa duduk lepak makan-makan dekat area situ.
Ais Batu Campur for me. Biasa-biasa je rasanya, kedai Wan Semerang best lagi.

Gambar-gambar kat bawah ni aku main taram jer, malas nak ikut susunan.
Jalan-jalan dekat kawasan tasik jumpa kayu ni.
Ini abah dah balik Solat Jumaat
Dipakainya tudung puteri islam ni muka yang dah sedia lebar makin melebar
Sangat tenang dan cantik suasana kat area tasik ni
Makan ringan-ringan dulu. Dapnyer pisang goreng.
Duduk dekat kedai orang tak berniaga malas nak makan depan gerai ramai sangat orang.
Kepok leko
Cendol, ABC dan Air Tebu
Kopok keping
Lawa benda kayu nih
Lepakss lagi makan lagi before keluar dari taman ni
Tengok jelah gambar-gambar ni yer i dah malas nak bercaption
Bye-bye Taman Gelora. Next destination nanti yer.

No comments:

Post a Comment

Thanks for Comment