Saturday, February 11, 2012

Quick Update

Assalamualaikum..


Berbanyak-banyak minta maaf sebab i tak sempat lagi nak blogwalking blog rakan-rakan blogger yang singgah dan memberikan komen pada blog i ...Thanks a lot..I masih tersangat penat, sampai bahu ni dah terseliuh..tersalah urat semalam masa kutip buah duku..Wah, jangan cakap lah macammana, nak palingkan badan ni pun sakit..Orang lain yang panjat pokok lagilah sakit dan penat yang amat...

Hurmmm, dan tadi pagi-pagi lagi dah hantar buah-buah duku tu ke pasar buah...senang, tolak dekat pegerai je walaupun murah dia ambil...ok lah daripada tak de kan..daripada membusuk dekat pokok, baik jual..at least, ada jugak merasa duit hasil kebun..pheww...dekat 40 kg kot tadi, memang untung la hari ni..untung atuk i la, sebab tanah kebun dia..haha..

Lepas tu, makan-makan sekejap sebelum membeli barang...kemudian, ambil adik i plak dekat pusat memandu, hari ni last dia belajar coz isnin ni dah test jpj..harap dia lulus, nanti leh jadi drebar i...hehe..kebetulan pusat memandu tu dah pindah ke Mak Lagam..jadi singgah plak dekat situ sebab atuk i nak pergi tengok tanah dia...Tengah panas terik duk meround dekat situ..memang cair lah otak ni..tanah pun dah bersemak samun...kesian...sebab jauh sangat, jadi tak ada orang nak pergi sana..

Dah ke sini ke sana buat i jadi pening sangat sekarang..mood nak update blog pun dah kelaut..sebab penat-penat yang amat...

***nak pergi berurut dengan nenek i nanti..sakit woo..nak menaip pun sengal-sengal badan..

Friday, February 10, 2012

BEN ASHAARI : TIADA LAMA , TIADA BARU

Assalamualaikum

For the second time i join Abang Ben punya segmen..First segment click here: LINK
Segmen kali ni simple jer..just state 5 new blog and 5 senior's blog yang i tahu..And then cerita sikit pasal blog yang dah disenaraikan itu..

5 Blog Baru
http://thesecretsofleonerz.blogspot.com/
antara follower terawal setelah i kembali aktif berblogging..liyana juga merupakan pengomen setia blog i..thank you yana..=)
http://amyliana86.blogspot.com/
suka masuk blog dia sebab bercerita hal yang i suka seperti pelamin dan persediaan nak kahwin..
http://princessyayah89.blogspot.com/
ini bukan blog baru..tapi blog yang baru i tau..blog seorang cikgu yang sangat cantik..juga membuat business online..
http://citarasanora.blogspot.com/
love the cake yang dia buat...i memang suka sangat dengan orang-orang yang pandai buat kek dan aneka coklat ni
http://nanarez.blogspot.com/
blog yang juga menjadi inspirasi i..cantik sangat handmade handbouquet dia buat


5 Blog Senior
http://www.eyriqazz.com/
blog yang hari-hari i akan terjah..coz eyriqazz memang tiap-tiap hari update..kenapa i suka blog ni??sebab i suka dengan cerita dia yang selalu travel ke sana ke sini, dan juga blog dia ada makanan best-best..hehe
http://madammondoq.com/
first time jumpa blog ni melalui blog senior di atas ni..suka lihat raut wajah madam yang cantik ni..dan yang penting madam tak sombong..selalu juga singgah dan komen di blog i..thanks madam..
http://inibelogsaya.blogspot.com/
siapa yang tak kenal hanis zalikha kan..i pembaca setia blognya jugak..like dengan tips-tips kecantikan, her travel around the world and she's a brilliant girl ok..
http://honeykoyuki.blogspot.com/
bakal doktor yang sangat cantik..suka dengan penulisannya yang santai dan memang best
http://www.benashaari.com/
blog abg ben antara blog terawal i kenal..abg ben pun memang banyak idea tentang blogging..tak sempat nak baca entry dia, bebarapa minit kemudian dah muncul entry baru..salute you..!!!

ok, masa dah makin suntuk..pukul 11 tepat tamat segmen ni..i pun dah terlast minute ni..
ok, jom terjah blog Ben Ashaari sekarang..!!!

Till then,
Bye-bye

Happy Birthday Wan Nor Arissa

Assalamualaikum

23 Januari 2012 hari tu genaplah usia Arissa 2 tahun..Masa sangat pantas berlalu sampaikan terasa budak ni baru je lahir..dan sekarang dah besar dah pun..2 years old already..Tak ada dia dekat area rumah i ni senyap sunyi lah..coz dia je satu-satunya budak kecil yang ada..yang lain dah besar-besar, tak best nak buat main dah.. 

The story begin.....
Arissa masa kecik-kecik dulu..
Masa ni tak silap Arissa nak masuk setahun..
Setahun lebih..masa ni dah pandai berjalan..gigi rabbit pun dah tumbuh..opss..baju tu i yang beli..cantik tak???

Sekarang ni dia dah pandai bercakap walaupun pelat..memang setiap hari melayan keletah si Arissa je..dan she's very funny ok..memang gelak je i tiap-tiap hari melayan dia..
Happy Birhday Arissa sayang...kebetulan 23 Januari tempoh hari Chinese New Year..kedai kek banyak yang tutup..nasib ada Malta ni yang tak raya..hehe=) the words i yang buat..kelakau betul...
 Blueberry Cheese Cake
 Nama salah..Patut double'S', tapi terdouble 'R' plak..
 Nyum nyum nyum...FRESH CREAM always the best...
 Tak tahu motif apa letak daun-daun tu..kelakar plak rasa..kalau tak letak pun still ok..
Selamat Hari Jadi Arissa yang ke dua tahun...

Gambar lain akan menyusul kemudian..sebab battery dah habis time majlis..terlupa mau cas lah..memang spoil mood betul..nak kena ambik dengan abang Arissa, si Najmi..

***nak pergi kebun dah ni nanti pukul 3..so kita makan nasi dulu~

Berposing-posing di Pelaminan

Assalamualaikum...

Masih banyak rupanya gambar-gambar yang i senep-senep time majlis perkahwinan hari tu..tapi banyak yang blur sebab i terlupa nak bawa digital camera..Jadi, camera hp cap ayam ni memang betul-betul menguji perasaan...bila snap dan gambar blur-blur je..oheii..memang mulut nak bising jer menandakan hati yang tak senang...it's ok, i can control my emotion slowly even not rapidly..

So, here we go...
 Najwa dan Syamimi..Syamimi anak jiran i merangkap 2 pupu i kot..
 Budak-budak ni tak nak pergi pun mulanya..last minute nak ikut..tak sempat nak tukar pakaian comel..
 Yeay..merasa duduk di pelaminan walau tidak segah pelamin yang very da glam tu..
 Nak apa?
 Muka tak ready..biasalah photographer import..susah nak jangka..
Tak sempat nak senyum lebar-lebar dah dicapture dek Najwa...
tak apalah wahai budak...asal ada sudahler..

Related ENTRY,

Till then
Adiosz

Dinner Kami Semalam

Assalamualaikum..

Sekejap je masa berlalu..tup tup hari ni dah Jumaat..Hari di mana semua ahli keluarga i ada sepanjang hari..Sebab di Terengganu hari ni dah start weekend...Heyhoo..Rutin family i, setiap hari Jumaat akan keluar jalan-jalan cari makan..hehe..ok, dan petang nanti plak dah plan untuk ke kebun kerana ada lagi beberapa pokok duku yang harus dikait dan dikutip...semua dah masak, kalau tak ambil sayang lah nanti rosak buah tu..siap boleh jual lagi...siapa yang rajin kutip atuk i bagi komisen lah..huhu..

Ok, semalam kalau di Kemaman ni setiap hari Khamis malam Jumaat akan adanya pasar malam..Siang hari ni pun ada di tapak yang sama iaitu di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai...Kalau ada pasar-pasar malam ni, mama i memang jarang masak coz nanti memang akan beli makanan ...

 Makanan yang sempat dibeli semalam tak lain tak bukan nasi kerabu (nasi kerabu pakcik ni memang famous amos, siap kau nak beratur berjam-jam), ayam goreng (boleh tahan), mee goreng (gerai pilihan family, murah plus banyak plus sedap), keropok, steamboat (feveret family), apam balik ( rugi tak beli), coconut shake , air teh bunga, dan air soya
 Ayam goreng, pedal goreng dan juga hati ayam goreng
 Rangka ayam..i suka bahagian ayam yang bertulang..kalau part isi kureng sikit..
 Ini i panggil nyocok..haha..sebab dia ada kayu sate yang cucuk-cucuk tu..nama sebenar tak tahu lah plak..tapi ada orang panggil steamboat tak pon yong tau fu...
 Sedapnyer..ini makanan wajib i beli, kalau tidak mengidam lah i berminggu-minggu..
 Jemput makan..ini orang kampung i yang jual dekat pasar malam tu..
Keliur tak?? i suka sos dia sebab sedap..sedap yang i sendiri tak tahu nak gambarkan camana..ada rasa masam manis, pedas tak sangat, cukup rasa dan ada rasa kacang yang buat sos ni bertambah sedap..

Gambar makanan lain mana??? ok, ini jer yang i sempat snap sebelum abah cakap nak makan pon nak ambil gambar ke..sentap sekejap...tak jadi i nak senep-senep picture bebanyak lagi...takpelah, yang ni pun dah cukup buat y'alls semua keliur terliur ye tak??haha..

***pagi-pagi ni ke pasarlah kita..moh ler ke pasar...

Thursday, February 9, 2012

Edisi Makan-Makan : Yong Tau Fu

Assalamualaikum

Entry gambar-gambar di petang hari...
Kali ni errah dan family makan-makan di foodcourt Kuantan Parade..Sekadar buat alas perut sebelum melantak di Tanjung Lumpur...

Check it out...
 Cendol pulut buat mama
 ABC Fruit untuk i dan Najwa
Yong Tau Fu..My all time favourite...silap pergi ambil mee kuning tu jadi tak sedap..selalu makan dengan kuey-teow jer sedap..nilah padahnya main-main tukar selera..Overall makanannya boleh tahan..Tak boleh lawan yong tau fu dekat Balok lagi yang menjadi kegilaan i sepanjang zaman..
Model ABC yang malu-malu meoww

***ayuh bersihkan kebun ..kangkung i dah tumbuh..hoyeay...!!!

Wedding Cake: Theme Pink Roses

Assalamualaikum..

Entry kali ini masih lagi dalam mood-mood orang kahwin..Kan Sabtu lepas i ada attend wedding saudara i, jadi cerita pasal wedding still tak habis lagi..Tak best la life i kalau tiada cerita kek-kek yang berwarna warni ni..Harus sedia maklum bahawa pemilik blog Errah Najwa adalah peminat nombor 1 kek..sebab tulah badan pun macam dipam-pam macam belon....

Back to our topic, ini adalah kek perkahwinan..diulang kek perkahwinan.. maka tiada kek besday mahupun kek-kek secret recipe di sini..

Jom intai-intai dulu..Mana tahu memberi idea dan sumber inspirasi untuk y'alls cuba membuat kek sendiri...

 Cupcake yang comel lotte...Tapi sayang dah hilang satu..kemanakah???
 Mainan warna warna ini lah yang sentiasa memberi semangat kepada i...
 Fondant cake ...Isi kek yang dalam tu tak tahu flavour apa..tak sempat rasa pun..
How Sweet It Is....mendamaikan jiwa dengan mainan warna pastel yang lembut
3 tiers cake with stand..Panas time ni..sebab tu gambar berbelang..lagipun pakai camera handphone sahaja...but, the quality still cool kan...

Jangan lupa baca yang ni jugak,

Till then...
Bye-bye

Cerita Artis Malaysia : Kalah Dalam Nyanyian, Meletup Dalam Lakonan…Itulah Rezeki Aiman

Assalamualaikum
Sekarang ini ramai yang memperkatakan mengenai drama Vanilla Coklat yang khabarnya mendapat rating yang tinggi di TV3.
Drama Vanila Coklat menceritakan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain.
Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela.
Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing-masing.

Ia dibintangi pelakon terkenal seperti Izara Aishah dan Iqram Dinzly.
Dan yang paling diperkatakan adalah kehadiran pelakon baru dalam drama tersebut, Aiman Hakim Ridza.
Dengan berbekalkan wajah yang tampan, kehadiran Aiman dalam drama tersebut ternyata melonjakkan lagi populariti drama berkenaan.
Namun tak ramai yang tahu, sebelum terjun ke bidang lakonan, Aiman merupakan protege kepada penyanyi rock, Rahim Maarof daripada pertandingan nyanyian Mentor musim kelima (Mentor 5).
Penyingkiran Aiman dalam program tersebut pernah mencetuskan kontroversi apabila Rahim seolah-olah tidak puas hati dengan kritikan pengkritik tetap Datuk Ramli M.S. terhadap Aiman.
Pada penghujung konsert minggu keempat Mentor 5, Rahim mencabar Ramli supaya menyertai Mentor musim akan datang dan melatih protegenya sendiri.
Ia ekoran kritikan-kritikan pedas komposer berasal dari Singapura itu terhadap persembahan Aiman sehingga cabaran Rahim terhadap Ramli itu dilihat agak panas dan serius bunyinya.
pictures : google image
Apapun betullah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Siapa sangka Aiman yang kalah dalam nyanyian boleh meletup dalam lakonan!
Semoga ini boleh memberi perangsang kepada kita semua agar jangan mudah putus asa dalam mengejar cita-cita, manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT sahaja yang berhak menentukan segala perkara yang menjadi ketentuan-Nya. – SYAHRIL A. KADIR
Copy paste from Mynewshub