Sunday, January 29, 2012

Anugerah Juara Lagu ke 26 / 29 Januari 2012

Assalamualaikum


Seingat i dah bertahun-tahun i tak tengok Anugerah Juara Lagu ni..Last tengok betul-betul rasanya time form 2 ke form 3 camtulah...Dulu AJL ni antara rancangan hiburan yang paling popularlah bagi i sebab time tu semua orang tak mampu nak pakai astro lagi...Lepas masing-masing dah guna astro, pelbagai program realiti hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan...dan AJL ni adalah salah satu program hiburan yang i lupakan..memang tak tengok dan tak pernah nak ambil tahu pun bila AJL ni berlangsung....

Zaman kecik-kecik dulu best sangat tengok AJL ni, tonton ramai-ramai dengan family, mak sedara, pak sedara, sepupu, dua pupu juga kupu-kupu...=) Ingat lagi bila nak start je, semua  bising-bising berkumpul ramai-ramai depan tv..time tu AJL zaman Siti Nurhaliza..memang happening sangat...!!! Sekarang tengok pun sorang-sorang je, tak pun berdua, bertiga, berempat... dah tak meriah macam dulu, penuh rumah tokwan tengok AJL ni..

Tahun ni i terlihat iklan di tv dan of course lah i tahu bila AJL ni ke udara...Maybe tengok kot malam ni... I nak lagu Beribu Sesalan yang jadi juara malam ni..Boleh tak?? Hehe,,,i suka sangat lagu ni..first time dengar lagu ni time drama ANNISA..memang boleh buat kering air mata...berjujuran air mata keluar ibarat hujan lebat...

Antara finalis-finalis yang akan beraksi malam ni

1. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
2. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
3. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
4. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
8. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
9. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)


Agak-agak siapa yang bakal dinobatkan juara AJL yer..???

Me..The Specky Girl

Assalamualaikum
Serious tak suka bila tengok muka sendiri pakai spek..terasa muka makin lebar even sememangnya dah lebar .sebab itu i jenis pakai buang..kejap pakai kejap tak..dan i selalu cuai tentang spek ni..sejak 4 tahun bermata empat (actually dari form 3 lagi i rabun,pakai spek skjap lepas tu dah xpkai2 dah), dah 5 kali juga i bertukar spek...ini semua sebab kecuaian i..speck i yg kedua i buat dekat focus point seminggu after minggu haluan siswa..but 2 years later, i hilangkannya..after dat, dah 3 kali beli speck baru and now, i terpaksa buat speck lagi buat kali yang keenam..semalam speck i tercicir semasa keluar hantar duku-duku untuk dijual...lepas hilang, baru sedar susahnya jika tak ada speck ni..time ada tak nak hargai..bila dah tak ada baru nak menyesal kan..

Moral of the story, please appreciate your every single things otherwise u will regret after that..
=(

Tasik UTM

Assalamualaikum

Selamat pagi dan selamat bertemu kembali di pagi hari Ahad yang indah nan permai ini..Alhamdullillah kita masih dipanjangkan umur untuk melihat keagungan dan kebesaran Allah pencipta sekalian alam..

Kali ni i nak sharekan beberapa keping gambar tasik UTM yang superpower tu..

gambar kredit kepada Ustaz Azhar Idrus 
Penangan ustaz azhar memang power...cantik sangat beliau shoot..edit apatah lagi kan..awesome..!!!
Model cilik, adik Nur Aisyah Humairah yang juga berphotoshoot dekat area tasik ni.
Comel kan dia, rasa nak cubit-cubit je pipi

*** i admit i'm really miss this place, the people and others.. i will be there soon..

Terkena Game Tag ..Jom Jawab dan Tanya

Assalamualaikum

Hari Jumaat hari tu i telah ditag oleh Liyana untuk menjawab beberapa soalan tentang diri i ni..Ada 11 soalan yang perlu i jawab ..nasiblah bukan soalan add math kan...hehehe
First and foremost, mesti cerita tentang diri i dulu

# anak sulung
# punya 1 adik lelaki dan 1 adik perempuan
# sangat suka berkebun especially menanam pokok bunga dan my feveret encik tebu
# suka makan kek, coklat dan aiskrim
# sangat mudah untuk menangis
# sukakan kanak-kanak
# very sensitive person
# love shopping
# love traveling
# love d.i.y

Ok, sekarang dengan senang hatinya i nak bagi jawapan kepada pertanyaan Liyana ni..

Tinggal kat mana?
Di sebuah daerah yang kaya dengan sumber petrolium..

Kerja atau belajar lagi?
Belajar

Nama universiti korang?
UTM rimbun bernaung

Dah kahwin atau belum?
Not yet..

Tempat pelacongan yang korang nak sangat pergi?
Banyak sangat tempat i nak pergi..Salah satunya Maldives..if dalam negara i nak ke Pulau Perhentian, tak pun pulau-pulau yang ada di Sabah...

Benda yang korang paling sayang?
 My gold bracelet..gold ring and necklace..

Dah berapa lama berblogging?
Dah buat blog since 2009..but baru berblog sejak 2011..

Tarikh besday korang?
Kembar dengan tsunami..26 Disember..

Apa aktiviti masa cuti?
I love gardening yaww...n love  to do the creative things..

Makanan favourite?
Nasi ayam, Nasi ayam Penyet, Bakso, Yong TauFU,Laksa Penang, Tom yam, Paprik, Kuey Teow, Sate,KFC, McD, and many2 more..Tak cukup nak list dekat sini sebab i memang suka makan.

Comment tentang blog saya?
nak cakap yang blog yana ni misteri..sebab apa..sebab i tak pernah lagi tengok yana ni..hee..

Soalan Errah pulak ialah
  1. Nama panggilan anda ?
  2. Nama blog anda dan kenapa namanya sedemikian?
  3. Sejak bila anda aktif berblogging?
  4. Perkara yang anda selalu berkongsi ketika berblogging?
  5. Apa perkataan yang anda suka sebut?
  6. Di manakah tempat anda selalu manghabiskan masa?
  7. Destinasi percutian manakah di dalam negara yang anda rasakan sangat menarik?
  8. Dessert apa yang paling anda suka makan?
  9. Apakah makanan yang paling sedap anda pernah buat?
  10. Dekat mana makanan paling sedap yang pernah anda makan?
  11. Akhir sekali, boleh tak beri cadangan or pandangan yang boleh memperbaiki serta menambah baik lagi blog errah najwa ini.
Susah jugak nak buat soalan ni yer..tapi lagi susah nak pilih 11 orang blogger untuk sesi tag mengetag ni..sorry yer kalau tak suka errah tag anda-anda semua..

Inilah mereka-mereka yang bertuah

Saturday, January 28, 2012

Puding Karamel

Assalamualaikum...

Entry ini dah kira backdated story...Ceritanya camni, dalam dua minggu yang lepas, i ada buat puding karamel ni...Memang feveret i lah puding ni..Selama ni i asyik duk beli  je dekat pasar malam, dekat bazar ramadhan dan juga dekat food court pasaraya ...

Senang je nak buat tapi i je yang tak pernah nak belajar dan mencuba..Entah dari mana angin rajin datang, suatu malam yang indah lagi tenang i pun buat this puding karamel...lagipun semua bahan-bahan dah ada dekat rumah...

Mempersembahkan
Puding karamel sebelum dan selepas
My first 'puding karamel' in 2012...nope, first in my life..heee
Puding karamel i menjadi, sedap u..ok, masuk bakul angkat sendiri..
***kidding,,,serius sedap tau...i sendiri tak percaya i yang buat...
Tapi permukaannya tak cantik sebab guna loyang yang dah berlekak-lekuk dasarnya...
Tambahan lagi, i buat sikit je tapi guna loyang sebesar alam..jadi puding karamel i  ni tak tebal, nipis sangat...
Walaupun dengan rupanya yang tak cantik, tak sampai beberapa minit kemudian semuanya lesap..see..
ini i sempat snap before semua orang habiskan puding i ni serakus yang mungkin..
 Najwa yang begitu menikmati
Sedap katanya..jadi, dalam minggu-minggu yang lepas i dah 2 3 kali buat puding karamel ni...cuma satu je , nak buat puding ni agak costly ...telur nak kena banyak kalau sikit tak sedap...yang lain-lain tu just guna susu cair dan susu pekat dan juga sedikit gula...

Yeay..lepas ni i nak belajar masak lauk pauk lak..yang tu i lemah sikit coz tak banyak kenal bahan-bahan dalam masakan lauk-pauk ni...but, it's not too late...
better late than never right..???

thanks again for reading my entry=)

Quote of the DAY #2


Travelers, there is no path, paths are made by walking.

Antonio Machado

I love travel..hope my dream come true one day...AMIN

***kemaman hujan lebat, bestnya kalau dapat tidur...nak pergi jual duku dekat bandar ni...money-money come to me.....=)

Fabric Flower Hair Clip

Assalamualaikum..

Alhamdullillah, hari ni i rasa sihat sikit...kepala dah tak pusing (indonesian loghat) just badan-badan yang sakit-sakit..siang tadi pergi kebun..bersihkan kebun, tebas semak samun, bercangkul, kutip buah duku, tunggu durian jatuh, angkat buah duku berkilo-kilo dan macam-macam lagi lah... mulalah malam ni penyakit lain lak yang datang...
 SAKIT PINGGANG WOO....=(

Nak cerita pasal klip rambut ni ha...Actually i nak buat bunga-bunga ni nak tempek dekat ranting-ranting yang ada dalam rumah i ni je..sebab ranting tu kosong je kan, so bila tempek banyak-banyak mesti bertambah cantik lagi..
Masalahnya plan tu dah bertukar jadi klip rambut lak...
  Alasannya kawan-kawan adik i nak beli
I ikutkan jelah dan buat benda alah ni
 Tadaa...i buat sikit je..sebab kain tak banyak...
I suka buat benda-benda macam ni..memang minat sangat-sangat..tengah belajar nak buat pelbagai bentuk..doakan i berjaya k..

now felt project in progress...(^-^)

till then
bye-bye

Thursday, January 26, 2012

Headache Menyerang...!!!

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari i tak online...rindu sangat-sangat dekat blog ni...rindu juga nak berblogwalking...ini semua gara-gara sakit kepala i menyerang lagi...tak tahu la i ni sakit kepala tahap apa, nak kata migrain i pon tak tau... bila datang je penyakit ni automatik segala-gala benda i tak boleh buat..sakit yang teramat-amat, berdenyut-denyut, rasa loya nak muntah, rasa macam nak pitam...dan paling i tak suka bila nak buka mata pun akan rasa sakit kepala...sekarang tengah menaip pun rasa lagi cuma dah kurang sikit ...tak seperti semalam, kelmarin...i asyik tidur je beberapa hari ni...sememangnya tak larat sangat-sangat...!!!

terpaksa update laju-laju, nak telan pil pastu sleep...bye2 bloggers friend...doakan saya sembuh cepat ya..rindu nak cerita panjang lebar..(^_^)