Thursday, September 6, 2012

Kangkung : Berbudi Pada Tanah Nampak Hasilnya

Assalamualaikum


Kehidupan sebagai anak kampung memang banyak mengajar kitorang untuk lebih menghargai alam sekeliling. Menanam sayur, menanam pokok buah-buahan, menanam pokok hiasan sememangnya sudah menjadi kebiasaan sejak zaman nenek moyang lagi.  
Sayur Kangkung yang ditanam di atas batas kebun tepi rumah.
 Masa tabur biji benih masa tu dekat nak puasa, bila dah mula berpuasa semua malas nak turun ke kebun. Just sesekali. Siram pun tak sebabnya selalu hujan. 
 Jadinya, daun kangkung ni tak gemuk seperti kebiasaan kitorang belai cukup-cukup bagi baja dan buang pokok-pokok kecil yang tumbuh di sekitar
Nampak tu kitorang da petik sikit untuk masak time dinner. Ada 2 row yang panjang. Lagi satu kami tanam lobak putih. Tapi lobak ni tahulah sensitif sikit kalau tak jaga betul-betul. Daun lobak tu mulalah berlubang-lubang tak cukup khasiat.

Rumah i pagar kebun ni belum siap lagi kalau tidak habislah mama dan i akan tanam pelbagai jenis pokok. OHH, buah rambutan gula batu mula berbunga. Tak sabar nak makan.

9 comments:

  1. ye dikk
    kalau berbudi banyak hasilnyaaa
    sedap2 lak tuu
    freshhh
    akk kat kg ada juga ... mak akk rajin ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errah mkn kangkung je..sawi xmkn..sbb tu suka lau dpt tnm sndiri..

      Delete
  2. tak rugi berbudi pada tanah.... byk kangkung.. best ni masak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..mmg best masak..tp lau xmasak pun we all makan ulam mentah camtu je

      Delete
  3. bestnye.... kangkung memang sedap...
    kawasan rumah sy kecil sangat... susah nak bertanam... ;'(

    ReplyDelete
  4. sedapnya kangkung...wat rebus sedap..wat goreng belacan pun sedap..
    jeleslah dengan errah, sbb boleh petik2 je nak mkn kangkong..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah nur sdp sgt2..mcm2 leh bt dgn kangkung ni kan

      Delete
  5. wah..banyaknya kangkong..bawak dtg johor tak? hehe :p

    ReplyDelete

Thanks for Comment