Tuesday, August 2, 2016

Musim Buah Tiba Lagi

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya tak bercerita pasal musim buah ni..last dulu pun rasanya pasal buah duku je...tahun tu tak menjadi sangat durian rambutan manggis segala ni..Dalam 2 3 tahun belakangan ni je alhamdulillah menjadi jugak walau tak semeriah zaman kecik-kecik dulu.


Zaman tu jangan cakaplah siap boleh jual siap boleh makan siap boleh bagi2 dekat sedara mara lagi...Tahun ni ada jugaklah tengah berbuah lagi kat atas pokok..Tengah menunggu durian runtuh ni ha...Rambutan pun tengah masak dah ni..duku pulak tak menjadi sangat tahun ni...

 Atas kepala je haa...ni actually kebun ayahlong yang kebun atuk tak dapat la nak atas kepala camni..pokok tinggi2 semua sebab memang tanam dari i kecik lagi..yang ni baru lagi pokoknya tu yg boleh capai dengan tangan je..

Kegemaran sepanjang zaman ni...letak dalam peti ais bagi sejuk dulu kendian angkut makan depan tv..hehe

Apa2 pon syukur lah ini semua kebun atuk kitorang ni semua sama2 bersyukur dan berkongsi  dengan rezeki yang ada..nak harapkan harta sendiri belum lagi lah...doa-doa kan mudah-mudahan dapat jaga rezeki ni sampai ke anak cucu pulak nanti...