Monday, July 17, 2017

Syawal 2017

Assalamualaikum

Masih di bulan Syawal lagi ni jadinya masih berpeluang nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kenalan, sahabat, saudara mara yang berkunjung ke blog ni. Mohon maaf zahir dan batin jika ada kesilapan yang sengaja atau yang tak disengajakan.

Hari ni free sikit so bolehlah layan blog ni. Sepanjang syawal ni pon boleh tahan juga sibuknya. Sibuk berjalan raya la kan. Asyik buat rumah terbuka je kan, so kita memang suka meriahkan majlis. Bab rumah terbuka ni ada masa kita story lain yer. Sebabnya banyak sangat. Kena cut and edit dulu kita gabung jadi 1 post jer. Inshaallah ada masa terluang lepas ni.

Esok ada lagi satu open house pelancaran rumah contoh. Dan minggu ni berderet open house. Dah nak habis syawal kan semua berebut nak buat. Tapi i suka, time ni lah nak makan free, nak makan sedap2 kan, nak melawa ke apa kan. Lepas tu mengembang dengan jayanya. Yang tu kita fikir lain, janji hati senang, gembira serta bahagia.