Thursday, March 15, 2012

Kayak Kaseh 15 Mac 2012

Assalamualaikum...

Kelas hari ni i mengantuk sangat sebab semalam terlayan drama sampai ke pagi...dah tidur awal dah sampai abah dan mama call i pun tak sedar...terjaga dari tidur lepas tu tak boleh tidur dan tengok movie sampai lebam...mentang-mentang internet connection laju semalam..habis bantai tengok drama online...
Kesimpulannya, i kena pergi depan jawap soalan...ok, tak ada kena mengena...:p


Selepas Seuntai Kaseh , kini tibalah masanya nak berKayak Kaseh pulak...Hehe..Tahun ni asyik berkaseh-kaseh je ek...

picture credited to Fendi...

Petang ni aktiviti beriadah dan berkayak bersama classmates...yippiiii
Nak pergi ke tidak..nak pergi ke tidak...

v
v
v
v

v
v
v
v

v
v
v
v

v
v
v
v

Mestilah nak..!!!.boring la asyik duk mengadap dinding kosong je hari-hari...=)

Tak tidur la i petang ni..selalu petang-petang duk tidur je..
so, hari ni kena cargas sikit (haha, baru tadi berkenalan dengan lecturer from Indonesia)...
umakk aiii...i tak faham apa dia cakap...
Selamat jumpa lagi...kahkahkah...


Thanks for reading
=)

Wednesday, March 14, 2012

Kak Titi Datang Membawa Berita

Assalamualaikum...


Dalam i duk sibuk-sibuk dengan pendaftaran TECS, sampai i tak ambil peduli..Last-last hari ini akak Titi telefon bagitahu i yang sekian sekian sekian...

Apa TECS..???

I think i should write in English start from now...haha..ok, kalau lintang pukang tu faham-faham sajalah yer...

So, here we go..

What is TECS?

The Test of English Communication Skills for Graduating Students (TECS) is a test to assess your ability to communicate in English at the workplace upon graduation from university.

If you are graduating soon, this test will give you and prospective employers an objective measure of your proficiency level in English.

Haaa, understand???? 
Tecs actually is a new subject introduced by UTMSPACE if i'm not mistaken...

And this is what Kak Titi told me just now...

About writing exam...
hah...ohhh man, i'm not ready yet actually...
suddenly got this news make me huarghhh...

Paper 2 - Writing
28th March 2012
Time: 2.30 p.m. - 3.30 p.m.

2 weeks from now..
I must study clearly how to write perfectly in English...
Long time already i left it...and i don't know if i'm still remember what was i learned before..

Give me strength to face this examination...Insyaallah

***Fortunately the date will not overlap with my class trip to Singapore..yipppiiii
Thanks God...

Wordless Wednesday # Addict

Love this..:p

Tuesday, March 13, 2012

Semangat...iringlah daku...

Assalamualaikum
credit to dea

Seseorang itu boleh mendapat kekuatan, keberanian, dan keyakinan dari setiap pengalaman yang dirasakan menggerunkan. Sekiranya kamu berupaya mengharungi detik sukar tersebut maka tiada apa lagi yang mustahil

AKTIVIS,
ELEANOR ROOSEVELT

***have to read an article for tomorrow's quiz...
wish me luck friends...

Payahnya jika Hubungan itu diukur dengan Wang Ringgit...!!!

Assalamualaikum...

Selama 3 hari i berehat dari menulis..Hurmmm, jelas terasa kosong je hidup ni...Kadang-kadang apa yang kita impikan bukan selalu memihak pada kita..To be truth i have dream of many but at the end i always patah hati...kecewa, rasa terseksa dan sakit hati yang i sendiri tak dapat nak control....Sudahnya i biarkan semua tu..yes, i tak perlu untuk fikir sesuatu yang akan merosakkan diri i sendiri...but, susahnya menjadi diri ni, terlalu berat untuk ku tanggung...orang mungkin boleh lihat i seorang yang happy selalu, tapi jauh di sudut hati ni i dah rasa kalah...kalah dan pasrah...i tak kuat....i tak mampu ...!!!

Bila kita tak mampu menolong, kata kita macam-macam...tapi dia tak tahu betapa susahnya kita sekarang ni...Dia hanya ingat kita time kita senang...yes, time senang i memang mampu untuk tolong u apa saja...even u nak pinjam duit beribu pun i boleh bagi...tapi sekarang u kena faham, i guna duit simpanan i jer ...not many but cukup untuk i guna sampai habis semester ni...i tak ada ptptn, i tak ada scholar, so u kena faham...i use my parents money...dan duit tu adalah untuk i spend untuk hari-hari i di sini...bukan untuk senang-senang nak bagi u...

Hari ni pagi-pagi pergi class mata dah macam kena tebuan..bengkak sana bengkak sini sebab u...Sebab apa yang u cakap dekat i...Seriously i bukan orang yang kedekut...kalau boleh i nak bantu semua kawan-kawan i...Cuba u tanya dah ramai mana orang pinjam duit i, tapi berapa sangat jer yang bayar...berapa orang jer???I memang bukan jenis yang suka nak minta balik duit yang orang pinjam, tapi sendiri beringat lah dah pandai pinjam, kenapa tak boleh nak bayar balik...

To be honest, i memang tak dapat nak menolong kalau nak pinjam meminjam duit sekarang...u boleh cakap minggu depan u bayar balik..but, i tak pasti dengan apa yang u cakap..sebab i tahu...i tahu keadaan u sangat terdesak..bila dah terdesak u boleh janji macam-macam..tapi bila u dah senang, u lupa orang yang tolong u...u lupa i, u lupa orang yang benar-benar membantu u...cukup sampai sini, i takkan benarkan orang ambil kesempatan di atas kebaikan i lagi...

***if u baca, i harap u faham..i bukan tak nak berkawan, bukan tak nak tolong..
but, mengerti dulu keadaan i macammana...mengerti bagaimana i bangun perlahan-lahan untuk sampai ke tahun 2012 ni...mengerti bagaimana payahnya kehidupan yang terpaksa i lalui...mengerti bagaimana i harus berhadapan dengan realiti..if u faham, maybe u tak akan sewenangya cakap i bukan-bukan...Allah Maha Pengampun....please  be aware with ur words...belum terlambat...jangan hidup untuk susahkan orang...sekali menyusahkan tak apa lagi, tapi bila dah berkali-kali itu namanya mempergunakan kebaikan yang orang berikan...

i tak dapat nak menahan semua ni...sebab tu i tulis dekat sini...dari menangis sorang-sorang yang tak akan menyelesaikan keadaan....mungkin kawan-kawan kat sini boleh bagi nasihat or apa-apa pandangan yang i boleh buat kerana i memang  rasa serba salah...sebagai kawan, i memang tak nak kawan i susah..tapi....apa perlu i buat...?????

Friday, March 9, 2012

Kuda ku Lari Gagah Berani

Assalamualaikum..

Isnin baru-baru ni, i dan kawan-kawan i semua nak pergi menunggang kuda.Malangnya, kitorang lambat sikit jer..;p....Lambat banyak ok, sebab waktu yang paling cantik nak tunggang kuda ni seelok-eloknya selepas Asar...Pukul 5 pun dah banyak cantik woo...Pergi tanpa dirancang, macam ni lah..Tak tau exact time dia macammana..Sampai-sampai, uncle yang jaga ladang kuda tu cakap pukul 6.30 petang memang tutup dah...Kami sampai pukul 6, so memang tak sempat la..Time tu kuda-kuda ni nak makan....

Satu keistimewaan untuk student UTM, ialah pelbagai aktiviti yang boleh kami lakukan bersama hanya di dalam UTM..Tapi tak semua lah..orang kata aktiviti orang-orang berduit...Kalau dekat luar tak adanya nak dapat harga yang berpatutan kan..Mesti mahal punya...Terutamanya aktiviti berkuda dan berkayak..Ok,    we all plan next week aktiviti untuk berkayak satu class..Hope menjadi...dah lama sangat tak berkayak..Last time PLKN dulu (tapi i asyik ketepi jer, tak reti nak handle)...maybe muatan berat kot..hehe..

Ok lah, i tak tahu nak letak picture mana sebab semua picture kelabu asap jer..Camera i meragam hari tu, malas-malas je dia nak snap cantik-cantik.....



Memula sampai, depa dikerah untuk memberi kuda-kuda ni makan...

Moon Shadow nama diberi
 Sangat manja sekali
Ini makan dia..tak tahu nama apa, lupa nak tanya uncle tu...anyone yang tahu ni???

 Roy Austin yang pemalu
 Bergambar dengan Moon Shadow yang menjadi pujaan hati
 Wani the ketua
 First time i pegang kulit haiwan...Satu pencapaian terbaik dalam hidup...haha
 Kinah dan Aten yang excited ..
 Gambar yang separuh gelap separuh kabur
Yeay..berjaya menyelit badan yang besar tu...:p
 Even gambar ni blur, i suka sangat...The sweet moments together...walah
Ok,dah 6.30, ayuhlah kita pulang...

Penutup entry...ambik ni...
Sekadar gurauan...jangan ambik hati yer...
y'alls know kan bos ni suka bergurau...teeheee...

Jom tengok The Lorax...Dah kat panggung semalam

Kalau suka entry ni boleh like

Barbeque Seuntai Kaseh

Assalamualaikum...

Malam semalam i dan lebih kurang 60++(iyer kot) kawan-kawan sekelas telah berjaya menjayakan acara barbeku ni...Ia dinamakan BBQ Seuntai Kaseh....nama pun nak glam kan...Acara makan-makan ni dah memang menjadi acara wajib kami semua setiap semester...Tak sah muka-muka budak-budak SBW kalau tak ada pesta makan-makan...Dan ini jugak salah satu cara we all gembira bersama dan off course kami semua sememangnya rapat sebab dari tahun 1 memang  berkepit je manjang...
Iyeaahhhhhh..tangan gagah sapa tu...????
Bos, Kinah dan Ain
Semua nak berkerumun depan ni aihhh...
Me and Farihah..ada ke patut dak-dak ni cakap "bos, hang nak pi mana lawa-lawa ni bos...nak pi jusco ka...?" hehe, i rasa i pakai biasa-biasa je, siap baju tidur lagi ...!!!
Yummy yummy....ayam perapan rempah ratus yang siap dibakar....
Memperkenalkan...Otak-otak KEMPAS...
Kerang bakar juga ada....Patutlah sendat giler perut i semalam...wahahahaha
Spoil betul la couple ni...tak comel dah orang kat belakang...:)jangan marah yer ain, bos letak gambar ni...kehkehkeh
Yeay..dengan champion BBQ semalam...berapa round NAB..???
Ini dia otak-otak kempas...Tak sama macam tempat i yang menggunakan ikan yang disalut dengan rempah-rempah beserta dengan nyiur kelapa..eh, betul ke ni..??i tau makan jer..
Tomyam campur...kawan-kawan i yang masak sendiri...
This is mine...Ini baru first round...kenyang sangat-sangat la semalam duk melantak ramai-ramai
Sesi meratah kerang bakar dan otak-otak...agak-agak berapa kali kitorang duk tambah...hahaha..malu weyyy..makan banyak do'oh...
Sampai orang snap picture i buat dekk jer...Nampak sangat tengah lapar..hehe..iyerlerr...semalam i puasa tau...Time buka just minum air kosong...Pastu boleh makan ni around 9 p.m. mana perut tak menggeletak nak makan ....

Last but not least, thanks to all organizer yang susah payah untuk adakan event ni...Dan event semalam memang best...Sampai macam-macam yer kena baling..air sunquick la, minyak masak la, perapan ayam la, sos cili and many more...Siap ada yang mengajuk balik terus...hehe..jangan mara yer...bos gurau jer ...

Dan i jugak nyaris-nyaris kehilangan spek baru..Sampai mood i hilang hari ini dek kerana spek i yang tercicir tu..Nasib baik jumpa..Kalau idokk, melayang lagi lah uwang nyer...

***Actually gambar-gambar dalam camera i tak banyak mana pun..dah kawan ada dslr kan, so i menumpang je lah dalam camera dorang tu...Camera kiut-miut i ni malu nak interframe..hakhak..tengah tunggu picture dari kawan-kawan yang lain...nanti i story mory lagi...

Salam Jumaat hari yang barakah..Assalamualaikum...

Check this peeps.;
Anda Rasa Hotlink Bagus???
Insurans Nyawa : Abadikan Detik-detik Indah di dalam Hidup Anda
Dapatkan Kasut Cantik-cantik di sini
Lampu Garam...Apa Tu????
Celcom 77...Takkan Nak Tengok Jerr...Grab La 1...

Kalau suka entry ni boleh like.

Quote of the DAY #5

Enjoy the little things in life… for one day you’ll look back and realize they were the big things. – Robert Brault