Wednesday, January 18, 2012

Quote of the DAY

########


Clouds come floating into my life, no longer to carry rain or usher storm, but to add color to my sunset sky.

Tuesday, January 17, 2012

Good Night

Assalamualaikum...

Owh baru perasan ada lagi few pictures yang tercicir...i nak letak semua dalam blog sebab tak mahu memberatkan lagi laptop ni..lagipun i dah transfer all of picture dalam external, dan harus delete gambar-gambar yang keciciran ni...laptop i macam nak rosak so terpaksalah guna laptop najwa ....laptop ni edition lama punya, jadi space yang ada seciput je..i really-really miss my lappy, but  dia selalu buat hal...lappy tu masih boleh buka, tapi bila on je keluarlah suara-suara siren macam bom nak meletup tu...lepas tu dia ok kejap and then adalah aksi lampu disko pulak..duk lip lap lip lap jer...hadoiii...yang tu lemah nak buka lappy i tu..

now, tak nak update panjang-panjang..just nak show some picture yang masih ada time pergi pantai itu hari...boleh tengok entry ini dan juga ini for previous picture...











# the picture can tell a thousand words

 Good night and sweet dreams =)

Lasik

Assalamualaikum

Have y'all ever heard the word LASIK...??? 
Lasik, apa tu??oke, actually i pun tak tahu before ni..tapi pernah dengar lah...camana i boleh tergoogle pasal lasik ni...memula i search for contact lens jer tadi and berlarutan sampai ke lasik eye surgery ni...owh, seram sangat tengok videonya..


i tengok video ni 10 saat je and then terus close...tak sampai hati nak tengok coz seriau..kalau y'all boleh tengok,teruskan..

i seorang yang rabun tapi jenis yang pakai buang....teringin juga nak pakai lens tapi sendiri tahu yang diri ni memang jenis penakut, nak letak eye-mo dekat mata pon takut apatah lagi nak pakai lens ni..macammana yer dengan orang yang dah terbiasa pakai lens ni...tak tahu la camana dia pakai...pernah tengok kawan pakai, coz dulu roomate pakai lens, tapi nampak macam seksa je nak letak nak cabut tu...i tak boleh, ngeri kalau bab-bab mata ni..i punya kawan, optometrist la dia memang tak galakkan untuk pakai lens-lens ni coz dia sendiri tahu macam-macam chemicals dalam itu...dia sendiri specky jugak dan memang tak pakai lens..

tapi pakai lens ni ok jugak, tak lah besar sangat muka i ni yang dah sedia besar... ok, cukup la merapu...sebab akhirnya i tak akan guna juga..sensitif tau mata i ni..

Bagi yang nak tahu apa itu LASIK?





Lasik (laser assisted in situ keratomileusis) adalah teknik pembedahan laser, iaitu satu lagi alternatif untuk memulihkan penglihatan. 


Pembedahan lasik memang popular dan menjadi pilihan ramai kerana menggabungkan laser untuk menukar lengkung kornea, selain cepat pulih dengan sedikit kesan sampingan dan komplikasi.


Dalam pembedahan kaedah lasik, sedikit tisu dalam kornea dikeluarkan bagi memulihkan masalah penglihatan. Ia bermula dengan menghasilkan flap kornea (lapisan nipis di atas permukaan kornea), membentuknya mengikut keperluan pesakit dan diletakkan kembali ke atasnya. 

Ok, dah nak maghrib..
sampai sini je i dapat share tentang lasik ni..
others info boleh click sini

Happy Tuesday..My name is Errah

Assalamualaikum..


Hello all..Have a great tuesday everyone...
Nothing to update today..but but. nak bagitahu today i order banyak sangat barang..banyak lah sebab selalu  i beli 1 item sahaja, kali ini dah terlebih-lebih....macam-macam i beli..owh, rambang mata ok bila shopping online ni...hari ni i nak guna i la plak instead of aku tu nampak macam kasar je kan...:)

Excited sangat nak tunggu barang-barang ni sampai...

Barang first i order ialah set felt yang ini...dah lama sebenarnya teringin nak buat craft guna felt ni..i beli 2 set..Senang sikit, tak payah beli banyak kali..Dalam set ini ada macam-macam (refer picture)..so, sangat-sangat sesuai lah untuk beginner macam i ni..yang baru nak belajar..

dan bakul ini juga..=)
jangan tanya kenapa i beli ni sebab tak tahu lah maybe dah jatuh cinta pandang pertama..i'm addict with english deco but kena ada rumah sendiri baru boleh aplikasikan kot sebab rumah saya sekarang rumah kampung je and furniture semua macam tak in dengan english deco coz  rumah kayu papan kan..tak pe, mix and match kan boleyyy...

juga kain bunga-bunga yang comel ini...beli ni sebab  kain-kain corak bunga camni cepat habis..laku macam goreng pisang...itu hari teman mama pergi alamoda (cawangan jakel) kat kuantan, kain-kain corak camni cepat giler sold out..tinggal warna yang buruk-buruk je..nak pergi ssf home decor mahal sangat..romantika ke atas pulak...so malas..tapi mama beli juga yang warna buruk tu, sebab only rm1.50 per meter..siapa tak nak yang murah kan..sebab masa tu sale cuci gudang...berapa banyak sebab daa..enough said, kita borong on9 dah lah..

anyway..goodbye and have a good day today...=)

Monday, January 16, 2012

Tolong Saya..Bantu Saya..Macammana nak ringankan blog..???

Assalamualaikum..

I have a big problem which is my blog  very2 berat yang amat ..Nak buka kemain lambat...Maybe berat sangat..Jadi, siapa-siapa yang tahu camana or boleh bantu saya, please-please let me know..

kenapa??sebab dah ramai cakap blog saya lambat nak loading..  malah saya sendiri rasa cam tu...help me...

Scrapaperclip Anniversary Giveaway

Assalamualaikum


Siapa yang tak join Scrapaperclip punya giveaway ni memang la teramat rugi .Lagi-lagi aku lah kan...Sebab... sebab hasil kerja tangan ownernya sangat-sangat awesome, kagum sangat..Memang amazing dikurniakan bakat yang amat-amat kreatiff..

Hadiahnya juga sangat best

                                              A Free A5 size wedding Mini Signage !!!

Nak tengok camana rupanya..let's scroll down..!!!


See
Serius cantik, lawa, gojes dan very2 kreatif bukan..???
jadi, apa lagi ayuh ramai-ramai join GA ni..tak kan nak tengok je barang free yang super cantik ni..

Jom terjah blog Miss Farah if nak join dan tahu selanjutnya

So Hurry.... 
Closing next Thursday 12pm Noon on 19th January 2012

Makan-makan di Pizza Hut JUSCO Taman U

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sambungan dari entry ini
Selepas dah  penat berjalan seharian ke JB, kami masih lagi tak putus asa dan mencuci mata lagi di Jusco Taman U. Ini juga kerana kami dah berpakat nak celebrate besday kawan. Memandangkan besdaynya dah lepas dan time tengah busy exam, jadi celebrate agak lambat.
Kami tak beli hadiah pun, hanya makan-makan ini sahaja yang dapat kami kongsikan di hari gembira ni..

Ni dia besday girl...
ok, tipu..

Yang ni baru betul..
hasliza nama diberi..
SELAMAT HARI JADI

mizah dan fatin..

air dah sampai...slurppp

garlic bread pun dah sampai

 tapi pizza agak lambat sampai...Boleh tertidur kami menunggu..

Ini pizza Hawaiian Chicken..Kami ambil set family favourites

Hawaiian Tuna

Mushroom soup..Mabeles..

Jemput makan meh

Di saat menunggu pizza...macam-macam reaksi muka boleh tengok

Air pun dah nak habis tunggu pizza masak lambat sangat

Dah sampai, ngap cepat-cepat...

Kek cute miut ni disponsor oleh Mizah dan Fatin

Gambar besday girl potong kek tiada, tapi gambar aku yang banyak...
Inilah aku dulu...suka camwhore.

Alhamdullillah jumpa balik picture-picture ni, boleh remind memori-memori bahagia...
Thanks to my friends whoever always beside me..Hope we can gather like this someday..
AMIN

Sunday, January 15, 2012

Anugerah - Sinetron Kegemaranku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Salam Ahad buat semua...


Anugerah
Pernah tengok tak cerita ni..???
Sinetron ni dah dekat sebulan lebih ditayangkan dekat Malaysia ni bagi menggantikan sinetron Lagu Cinta Nirmala.. bersiaran di TV9 bermula pukul 5.40-6.40 petang..Jadi, siapa-siapa yang tak ada Astro tu tak payah risau la sebab anda juga boleh menontonnya.
Juga boleh menonton di www.tonton.my...

Tapi...
tapi...sinetron ini sangatlah panjang...
sebanyak 460 episod..Hurm..dah makan banyak tahun tu..
Macam drama Hindustan feveret mama, ceritanya hampir 5 tahun, sekarang dah 2 tahun lebih kot bersiaran..Lama sungguh, untung la ada peminat setia...

Sinetron ni memang meruntun jiwa..sedih, haru, geram, benci, marah dan macam-macam perasaan lah yang akan timbul

Sinopsis (sila jadi indonesian sebentar)

Kisah perjalanan hidup Nabila (Nabila Syakieb), gadis cantik, lembut, tegas sangat menyayangi ayahnya yang tercatat sebagai mahasiswa terpintar dan terbaik di universitas dan berpotensi memiliki masa depan cerah, harus berada di posisi dilematis ketika Ayah yang sangat dicintainya, Arif (El Manik), terkena gagal ginjal dan harus segera melakukan operasi.

Nabila benar-benar kehabisan cara untuk menolong ayahnya. Nabila meminta agar Lisa (Cut Memey) ibu tiri Nabila yang gila harta untuk mencari bantuan. Didepan Nabila, Lisa berpura-pura tidak mendapatkan pertolongan untuk Arif. Lisa malah memberikan sekotak perhiasan kepada Shania (Ketrin Agustine) saudara tiri nabila yang egois dan manja. Sampai akhirnya Nabila tanpa sengaja bertemu dengan Endah (Dina Lorenza), seorang wanita kaya raya dan baik hati ikhlas menolong Nabila karena memiliki kisah yang sama dengan Anaknya Rino (Kevin Andrean).

Tanpa sengaja Nabila bertemu dengan Fandy (Samuel Zylgwyn). Fandy adalah anak Sugih (Dwi Yan) seorang pengusaha kaya raya yang sangat menyayangi kedua anaknya. Sugih meminta Fandy untuk berhenti melukis dan bekerja diperusahaannya, serta segera menikah seperti kakak tirinya, Bima. Bima (Giovanni Tobing) yang sudah lama menikah terlebih dahulu dengan Wulan (Dini Aminarti) sangat menginginkan hadirnya buah hati. Apalagi Hera (Annie Anwar) ibu kandung Bima yang sangat membenci Fandy, tahu bahwa Fandy akan segera menikah dan mengenalkan Nabila sebagai calon istrinya. Hera takut kalau Fandy yang terlebih dahulu memiliki anak, sehingga Hera tidak ada kesempatan untuk memiliki harta Sugih. Oleh karena itu Hera meminta wulan untuk melakukan berbagai pengobatan dan meriksakan kandungannya. Namun Wulan tetap tidak bisa memiliki anak...

Erlin (Femmy Permatasari) ibu kandung wulan tahu akan hal itu, membuatnya nekat untuk mencari jasa ibu penganti. Awalnya Wulan syok mendengarnya, namun demi cintanya yang dalam pada Bima, ia pun menyetujui semua itu.

Erlin berhasil menemukan Mawar (Sheila Marchia) yang bersedia melakukan insiminasi, tentunya dengan bayaran yang sangat tinggi. Namun pada akhirnya, Nabila lah yg akan menjadi ibu pengganti untuk Wulan. Diam-diam, Erlin menyuruh Wulan pura-pura hamil. Seluruh keluarga jelas senang, namun ketika Bima tahu itu hanya pura-pura, Bima sangat kecewa. Terlebih lagi saat Wulan bilang kalau bayi mereka sedang dikandung oleh perempuan lain.

Bagaimanakah kisah selanjutnya? Dapatkah Nabila bersatu dengan Fandy? Apakah keluarga Sugih dapat menerima insiminasi Nabila dengan Bima??

 Ikuti kisah selanjutnya di TV9, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 5.40 petang