Sunday, February 5, 2012

Today's Menu-Nangka Goreng

Assalamualaikum..

Apa khabar semua...Ke mana y'alls hari cuti ni..??Errah dan family tak keluar pergi mana-mana pun lagi..Plannya pagi tadi nak keluar, tapi cancel...Sebab nak pergi gotong-royong bersihkan kebun tepi rumah ni..Kalau keluar tadi mesti balik dah petang nanti dah malas nak mengerjakan kebun tu...
Nak tak nak petang ni lah baru keluar ronda-ronda..
Sebelum turun rumah pagi tadi, sempatlah buat nangka goreng ni...Kebetulan ada nangka semalam mama bawa balik ..Jadi inilah makanan kami pagi tadi..
Nangka goreng..???mesti pelik kan..selalunya orang buat cempedak goreng je..
Lain kali bolehlah ubah style plak..Memang tak dapat menandingi cempedak goreng, tapi sedap makan panas-panas..Rasanya pun lebih kurang, cuma rasa lemak-lemak cempedak tu takda lah..

Nak ke resepi?...rasanya tak payahlah sebab senang je..Boleh tanya mak-mak ke kakak-kakak ke..xpun boleh pm mr google kesayangan ramai~

Till then,
Bye-bye

Comelnya Budak Ni....

Assalamualaikum
Alolo..comelnyer..geram tengok mata bulat dia...

Salam Maulidur Rasul 1433H/2012

Assalamualaikum
Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam...

Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


***lagu nasyid kumpulan Hijjaz yang kena nyanyi time pertandingan nasyid zaman sekolah rendah dulu

Saturday, February 4, 2012

Filmshotartifact...You Inspiring Me..!!!

Assalamualaikum..
Siapa di antara pembaca blog i ni yang dah nak kawin or belum nak kawin tapi suka tengok handmade  handbouquet yang cantik-cantik ni??? Mesti suka kan, tipulah kalau ada yang tak suka tengok..
Tak normal if ada yang tak suka tengok benda cantik-cantik ni ..winkk~
 Bagi bride to be, bolehlah jenguk-jenguk blog Filmshotartifact ni...yang tak bride to be pun boleh jugak nak menjamu mata....kalau tak dapat idea lagi nak guna handbouquet macammana time resepsi, bolehlah menggunakan idea ni..
 Pelbagai saiz..
 100% mengunakan fabric dan juga bahan-bahan sampingan yang lain..
 Filmshotartifact ini i memang puji lah sebab segala-gala hasil kerjanya akan nampak sangat perfect terutamanya di hari bahagia anda.
 Bukan sahaja handbouquet, but many more type they can do( hantaran, wedding dais, accecories and lot of pretty design..just bagitahu  nak design apa,warna apa dan mereka akan merealisasikannya sehingga di luar jangkaan anda..it's very amazing u know..


Mata i tak berkelip tau tengok artwork mereka setiap kali singgah dekat blog or facebooknya.
Heart their artwork so much~
I boleh jadi gila bila tengok handmade yang super awesome ni..Setuju sangat awesome bukan?


Sebenarnya, benda-benda macam ni boleh buat sendiri je...bagi yang mampu dan takde masa bolehlah kalau nak order kan..if y'alls yang punya bajet seciput je tapi teringin something yang sangat cantik ni maybe u have to put some effort on that la...Sangat berbaloi...di samping dapat mengurangkan kos y'alls juga mendapat kepuasan yang lain dari yang lain..Kepuasan yang macammna??? yang tu y'alls try la buat dulu k..

Honestly, I memang suka tengok hasil kerja filmshotartifact ni...even simple but kena gaya..
Simple ke..not simple ok..ingat senang ke nak gunting dan jahit satu-satu tu..Memang kena ada minat dan tahap kerajinan yang tinggi nak buat semua ni..

all pictures credited to
Blog: Filmshotartifact
Facebook: Filmshotartifact

***why i'm sharing this to u...???
because i'm works on it now..if menjadi, i will show it..kalau tidak, i diam-diam jelah...hehe~

Cendawan Goreng

Assalamualaikum..

Cendawan goreng sememangnya salah satu makanan sampingan feveret i..Dekat kampus nak makan nasi dekat kafe mesti nak cari cendawan goreng ni..Rasanya yang enak, kenyal-kenyal plus sedap macam ayam.. ...Buat makan saja-saja waktu petang pon sodapppp...

Petang semalam, jiran yang baru pindah dekat sebelah rumah i ni bagi  cendawan..Banyak sangat...bukan rumah i je tapi jiran-jiran lain pun dapat...Cendawan yang dia bagi tu bukan cendawan tiram yang biasa jual kat gerai-gerai tu, ni cendawan apa tah..Tak tahu nama, besar-besar..Silap i duk carik-carikkan dia, jadi kecik tak sedap nak makan ...
Tengok tu..tak nampak rupa cendawan dah sebab i dah koyak-koyakkan cendawan tu kecik-kecik..
jadi melekat semua dengan tepung...
Goreng sikit je buat makan malam ni..Selebihnya simpan dalam peti ais,
esok boleh makan lagi..

Nak buat cendawan goreng ni senang je..Tadi baru mama ajar..Kena simpan dalam kepala ni..Tapi i nak simpan dalam blog ni..Nanti senang tunjuk anak cucu, macam ni lah belajar masak-masak zaman muda..hehe~

Bahan-bahan

Tepung Jagung
Serbuk Kunyit
Telur
Garam
Air

Cara-cara

Ambil tepung jagung..Tepung jagung yang digunakan tu mestilah berpadanan dengan kuantiti cendawan yang ada..I tak tahulah camana nak bagitahu..Pandai-pandai agak lah ehh..

Letak sedikit serbuk kunyit, biar nampak kuning sikit

Tambahkan garam secukup rasa dalam adunan tepung jagung tadi..Kemudian, campurkan air ke dalam adunan tepung jagung tadi .Gaul sampai rata..

Akhir sekali, bolehlah letak telur dan kacau sehingga sebati..Telur tu suka hati  kalau nak letak boleh tak nak letak pun tak apa..Nak rangup letaklah..

Dan cendawan tu dah siap sedia untuk digoreng


~Selamat mencuba~

Hafalan Shalat Delisa-Wajib Tengok

Assalamualaikum....

Sinopsis

Delisa, seorang gadis kecil yang ceria, tinggal di sebuah kampung kecil bernama Lhok Nga di pantai Aceh. Ayahnya bekerja di luar negara dalam sebuah kapal tangki minyak. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dipanggil Ummi. Delisa ditemani Ummi menjalani ujian solat tiba-tiba tsunami melanda, memusnahkan kampung kecil mereka. Delisa diselamatkan oleh seorang askar bernama Smith. Malangnya, Delisa mengalami kecederaan mengakibatkan kaki kanannya terpaksa dipotong..



***cerita-cerita Indonesia genre Islamik best-best kan ...
I'm crying....

Pesta Menggaga Udang

Assalamualaikum...

Pagi-pagi tadi masa i bangun..punyalah bising area rumah i ni..Maklumlah belakang rumah i ni sungai ...Hari ni ramai orang-orang kampung, orang-orang luar pun ada pergi mengaga udang dekat sungai..Rumah i dengan sungai ni tak sampai 8 meter pun rasanya, riuh rendah dengan suara orang..menyahut sesama sendiri..

Y'alls tahu tak apa mengaga udang tu??
Orang terengganu ni panggil mengaga tu untuk mencari or mengorek if i'm not mistaken lah..jadi ianya pesta mencari dan mengorek udang yang ada dalam pasir-pasir sungai...I geli dengan udang-udang hidup ni lagipun memang tak boleh makan udang sungaii... Nanti akan naiklah kegatalan-kegatalan badan yang sangat gatal tu..euwww..udang laut boleh plak...kesian i..
Udang galah sungai ..memang banyak dekat belakang rumah i..ni nak kena memancing baru makan dek umpan..selalu tinggal dekat area lubuk..
picture credited to google
Kalau macam dorang yang mengaga udang ni, udang-udang size kecik camni lah yang dorang dapat..kecik-kecik je udangnya sebab guna tangan je kan..Kalau nak udang galah wajib ambik joran dan mengaillah dekat mana-mana pasti ada yang terkena..
picture credited to google

Wokeyy..nak cerita pun xtahu macammana acara mengaga udang sebab tak penah tengok..Dorang guna tangan je nak korek-korek lubang udang tu...I dah lama tak turun terjun dalam sungai ni..Zaman kecik-kecik dulu yelah sebab abah ada buat jeti..Sekarang dah tak ada dan dah ditutupi dengan pokok mengkuang , pokok nipah serta pokok bakau...

Baru je tadi, mereka-mereka semua dah keluar dari sungai ini..Sejabir sejabir plastik dorang bawak..Banyak tu dapat udangg...Area rumah i jadi kotor lah dengan kaki-kaki dorang yang berselut tu..tak suka..sebab dorang pijak halaman rumah i..pastu pinjam air i plak buat basuh kaki..ingat rumah i pusat kebajikan ke...hoheyyy...takpelah redha itu ikhlas...=)

Laparnya tengok mee udang ni...
Picture:Blogresepi

Kan best kalau i boleh makan udang sungai..hari-hari i suruh adik i pergi cari...tak payah nak beli-beli kalau nak buat tomyam ke apa-apa ke...

***kejap lagi nak pergi makan kenduri...nyum nyum..laparnya nak makan nasi minyak orang kahwin..

Friendship Giveaway

Assalamualaikum

Tadi tengah-tengah blogwalking, i ternampak few bloggers yang join giveaway dari blog ni...Tertarik nak join sebab syarat-syaratnya tak ketat..
Simple and easy as ABC...

Di samping tu, boleh juga untuk menambahkan kenalan di alam maya ni..
dah nama pun Friendship Giveaway kan...

Due date nya lambat lagi,14 Februari..so sempatla  lagi bagi sesaper yang nak join..
 Boleh ke blog ini untuk join ...