Monday, January 9, 2012

UTM ‘pengeluar’ lulusan kejuruteraan


JOHOR BAHRU 6 Jan. – Pertambahan jumlah mahasiswa lepasan ijazah dari dalam dan luar negara mampu mengekalkan kedudukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai universiti paling banyak mengeluarkan lulusan kejuruteraan dan teknologi di peringkat pengajian tersebut selain kekal popular berbanding universiti penyelidikan lain di negara ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, kedudukan UTM dalam senarai 200 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi berdasarkan penarafan oleh QS World University Rankings 2011 turut menyumbang kepada pertambahan bilangan mahasiswa dari luar negara.

“Selain itu, langkah UTM memperkenalkan pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) Industri berjaya menarik ramai tenaga kerja profesional dari sektor industri untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di UTM.
‘‘Pada masa ini seramai 57 kakitangan industri mengikuti program tersebut melalui pembiayaan Kementerian Pengajian Tinggi yang bertujuan melahirkan 500 tenaga kerja industri berkelulusan Ph.D menjelang 2015,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, Zaini berkata, UTM juga adalah antara pusat pengajian tinggi dengan bilangan mahasiswa lepasan ijazah yang ramai dengan catatan sejumlah 10,888 orang iaitu 46 peratus daripada jumlah keseluruhan mahasiswa yang mengikuti pengajian pelbagai peringkat di universiti itu.

“Ia sekali gus menghampiri sasaran universiti untuk mengimbangi bilangan penuntut sarjana muda yang berjumlah 12,955 orang setakat ini,’’ ujarnya.

Setakat ini, UTM menempatkan seramai 3,439 mahasiswa Ph.D membabitkan 1,823 penuntut tempatan dan 1,616 antarabangsa sementara 7,449 lagi adalah mahasiswa sarjana yang terdiri daripada 2,106 warga tempatan dan 5,343 antarabangsa.

***even aku bukan student engineering , aku tetap bangga kerana menjadi sebahagian darinya...

5 comments:

  1. gempak ohhh.. errah najwa eh,, sudi2 jemput datang tgok entry,, :)

    ReplyDelete
  2. errah tgh belajar kat utm lagi ke skang ni?

    course ape?

    saya pun grad utm gak..

    bangga menjadi student engineering utm..hehe..

    ReplyDelete
  3. aku amir..ok..nnti sy p skodeng-skodeng eh,,

    liyana; now,mmg tgh stdy kt utm...sy course town planning..bestnyer dah grad..

    ReplyDelete
  4. best gak la dah grad, tp belajar still best la kot sbb xde nak fikir macam-macam benda..

    pape pun good luck & all the best :)

    ReplyDelete
  5. tq for da wish..all the best to u too

    ReplyDelete

Thanks for Comment