Assalamualaikum..
Sekejap je masa berlalu..tup tup hari ni dah Jumaat..Hari di mana semua ahli keluarga i ada sepanjang hari..Sebab di Terengganu hari ni dah start weekend...Heyhoo..Rutin family i, setiap hari Jumaat akan keluar jalan-jalan cari makan..hehe..ok, dan petang nanti plak dah plan untuk ke kebun kerana ada lagi beberapa pokok duku yang harus dikait dan dikutip...semua dah masak, kalau tak ambil sayang lah nanti rosak buah tu..siap boleh jual lagi...siapa yang rajin kutip atuk i bagi komisen lah..huhu..
Ok, semalam kalau di Kemaman ni setiap hari Khamis malam Jumaat akan adanya pasar malam..Siang hari ni pun ada di tapak yang sama iaitu di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai...Kalau ada pasar-pasar malam ni, mama i memang jarang masak coz nanti memang akan beli makanan ...
Makanan yang sempat dibeli semalam tak lain tak bukan nasi kerabu (nasi kerabu pakcik ni memang famous amos, siap kau nak beratur berjam-jam), ayam goreng (boleh tahan), mee goreng (gerai pilihan family, murah plus banyak plus sedap), keropok, steamboat (feveret family), apam balik ( rugi tak beli), coconut shake , air teh bunga, dan air soya
Ayam goreng, pedal goreng dan juga hati ayam goreng
Rangka ayam..i suka bahagian ayam yang bertulang..kalau part isi kureng sikit..
Ini i panggil nyocok..haha..sebab dia ada kayu sate yang cucuk-cucuk tu..nama sebenar tak tahu lah plak..tapi ada orang panggil steamboat tak pon yong tau fu...
Sedapnyer..ini makanan wajib i beli, kalau tidak mengidam lah i berminggu-minggu..
Jemput makan..ini orang kampung i yang jual dekat pasar malam tu..
Keliur tak?? i suka sos dia sebab sedap..sedap yang i sendiri tak tahu nak gambarkan camana..ada rasa masam manis, pedas tak sangat, cukup rasa dan ada rasa kacang yang buat sos ni bertambah sedap..
Gambar makanan lain mana??? ok, ini jer yang i sempat snap sebelum abah cakap nak makan pon nak ambil gambar ke..sentap sekejap...tak jadi i nak senep-senep picture bebanyak lagi...takpelah, yang ni pun dah cukup buat y'alls semua keliur terliur ye tak??haha..
***pagi-pagi ni ke pasarlah kita..moh ler ke pasar...