Sunday, June 17, 2012

♥♥♥Always in My Heart♥♥♥

Assalamualaikum

Tiba-tiba datang perasaan sedih, sebak dan segala adik beradik nya lah...Esok adalah hari last menduduki exam bersama rakan-rakan tersayang..Dan selepas ni mereka semua akan bawa hala tuju masing-masing.
Kenangan bersama mereka..Banyak lagi but kena selongkar pc dan laptop dekat rumah..Laptop i guna sekarang tak banyak picture sangat

































K.A.M.I
telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang maha esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati

tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati"

Berhentilah wahai air mataku..
Sesungguhnya perpisahan ini bukan untuk ditangisi
TETAPI
perpisahan ini untuk diingati 
bukan setakat hari ini
bukan setakat esok
tetapi untuk selama-lamanya.

I will miss u friends...
jangan lupakan diriku wahai sahabatku
jangan lupakan diriku kerana di bumi bertuah ini kita dipertemukan
ingatlah

sesegar hijau daunan
begitulah kita diibaratkan
tiada siapa yang bisa memisahkan kita
antara kita semua"


I love u..Thanks for reading this..!

Friday, June 15, 2012

GA : Saya Nak Lipstik Kolagen

Assalamualaikum..

Baru sahaja beberapa jam habis paper final exam..Ni tengah mengantuk lagi..Tapi nak jugak update..short-short je nih entry nya..

Giveaway from LYA
KLIK Banner di atas if nak join dan tahu selanjutnya

Tarikh tutup GA ini ialah pada 30 Jun 2012 ( 11.59 pm)

JOM JOIN RAMAI-RAMAI

Thursday, June 14, 2012

Resepi Koktel Buah Ekspress Cara Bos

Assalamualaikum..

Dekat entry INI tadi cakap esok baru jumpa kan...tup tup petang ni kita bersua lagi lah...tak tetap iman sungguh..:)Actually kalau i dekat rumah i selalu buat nih..sebab senang sangat-sangat..Just beli bahan-bahan jer and then campak-campak dah siap..
Koktel yang i buat time duk lepak dekat bilik Diana..dulu i tinggal dekat kolej 9 ada lah dekat mini mart tu jual koktel yang memang sangat sedap lah..Selalu lah i pergi beli dekat kedai tuh tapi kalau dah malam-malam sikit mesti cepat habis...Hari tu after dah kenyang makan Ayam Penyet Pinang, i boleh termengidam nak makan koktel..Carilah i dengan Diana ni sampai ke K9.Tapi dah tak ada rezeki, sudah habis maa..So, kami just beli bahan-bahan dia and then buat sendiri..Lagi syok boleh makan manyak-manyak sampai kembung perut..haha..memang kembung sampai tak larat nak habiskan..
huhuhu..Diana pergi upload dalam fesbuk and i ambil gambar ni letak dalam belog i...:)
Resepi dari bos...senang je pun..

Bahan-bahannya

1 tin susu cair
1/4 Susu pekat
1tin fruit coctail
Nata de Coco(optional) -nak bagi sedap taruklah banyak-banyak

Mudah kan..hanya tu bahan-bahannya..Biasanya i akan masak dulu..didihkan atas dapur..tapi i duk hostel ma, tak ada dapur..so,main campak-campak jelah bahannya.

1) Masukkan semua fruit coctail /nata de coco ke dalam bekas
2)Tuangkan 1 tin susu cair ke dalam bekas yang berisi koktel buah tadi
3)Kacau dan kemudian masukkan susu pekat.Yang ini bergantung yer..agak-agak lah kalau rasa kurang manis boleh tambah lagi .
4)Kacau lagi sehingga rasanya sebati
5)Dan last sekali boleh tambahkan ais kiub dalam fruit coctail yang dah siap
6) Siap untuk dihidang dan dimakan sampai kembung perut...hihi

~Selamat mencuba~

Thanks for reading this entry

FOKUS

Assalamualaikum

Dari pagi tadi i bangun i tak menghadap lagi nota kesayangan..Aihh,ko lupa ke esok ada exam..Tolong sedarkan i sikit...Ini sebab broadband cam laju pelik la sejak beberapa hari ni..My daddy dah bayar kot bil terbaru tu laju semacam jer..Tapi geram plak streamyx kat rumah dah berminggu tak dapat connection..Macam tulah kalau duk dekat kampung..Apa masalah lah TM tu kan.Nak kata bayar, tiap-tiap bulan memang lah bayar...sesedap jek ko makan duit free kami kan...

FOKUS LAH...FOKUS LAH...
I nak pergi fokus lah ni..dah ada kawan tegur tadi..tak ada paper dah ker macam syok jer duk update belog...fuhh, terasa..!!!

Ok, kita jumpa lagi esok petang..InsyaALLAH...

Thanks for reading my entry

22 Fakta Tentang KENTUT

Assalamualaikum..

Tak senonoh betul cik Errah Najwa ni kan..Tengahari duk bercerita pasal kentut..huahuhua..Tapi tahukah anda, kalau anda tak kentut maknanya anda tak normal..Pernah ke anda mempunyai kemusykilan tentang kentut ni...hahaha..buat-buat tak tahu plak kan..

Ok, di sini i nak share la beberapa ilmu sains tentang KENTUT ni..
I dapat ni from facebook MedikTV.Boleh like kalau nak tahu banyak lagi info pasal sains kesihatan ni..Sangat-sangatlah berguna untuk kehidupan seharian kita.

Begitu banyak dia punya persoalan kan...Itu baru bab KENTUT..kalau bab lain ahaiii lagi lah tak terjawab nyer dak.Apa pun bersyukurlah kita kerana masih dapat kentut..seksa tau orang yang tak dapat kentut ni...:p

Thanks for reading my entry

Wednesday, June 13, 2012

Tasik Kenyir Destinasi Percutian Pilihan

Assalamualaikum..
Mengelat kejap dari baca nota nih...hihi..I nak bawa anda melancong dan merehatkan minda sebentar ke Tasik Kenyir..Ada ke yang tak tahu dekat mana Tasik Kenyir ni...Jawapannya ada...haha...Kalau korang pernah tengok rancangan Money Drop versi Malaysia punya dekat ASTRO dulu-dulu tuh, ada yang jawab Tasik Kenyir tu kat Perak ke kat mana tah..Jadi sakit hati plak rasa sebab itu pengetahuan am kot...
Tasik Kenyir ini terletak di Kuala Berang, Terengganu.
Cantik kan???

I pernah tinggal selama 3 tahun dekat Kuala Berang dan even ianya tercorot orang kata kawasan hulu...heyyy, korang silap yer...Dekat sini lah tempat yang sebenar-benar yang boleh bagi ketenangan...Mana ada pagi-pagi ko pergi sekolah kau hidu itu bau tahi getah..Tapi i dan kawan-kawan i melalui, cikgu-cikgu yang juga dah serasi dengan semua tu..Tak semua orang dapat melalui pengalaman macam i dan kawan-kawan yang belajar dekat kawasan macam ni..Memang betul-betul memberi ILHAM..hahah..Dan sampai sekarang, tempat tulah yang mula-mula mengajar i erti berdikari dan juga erti persahabatan..

Ok, i dah menyimpang jauh..Sesaje flashback kenangan indah...Nanti cuti kami sekeluarga nak pergi sini..
Saja-saja nak menggoogle tempat ni padahal dulu-dulu selalu je pergi..Cuma dah tak pergi selepas i form 4...about 8 years jugak lah i tak pergi Tasik Kenyir nih..Mesti dah berubah sangat sekarang nih...

Wow..cantiknya..!!!!.buat i tak sabar nak pergi...

Tasik ini juga merupakan kawasan empangan batu-hidro-elektrik batu- batan terbesar di Malaysia. Apabila kawasan ini dibanjiri air, kebanyakan kawasan pergunungan berada di atas paras air, sekaligus membentuk 340 pulau buatan manusia.Tasik Kenyir yang cantik ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang merentasi 260,000 hektar.
Subhanallah.Mendamaikan dan menenangkan jiwa melihat keindahan alam
Gua Bewah..Salah satu gua yang terdapat di Tasik Kenyir

Tasik Kenyir ni sangat-sangat la sesuai bagi korang yang sukakan keindahan alam semulajadi yang jauh dari hiruk pikuk kota. Memang dah dari dahulu lagi ia menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dan unik di samping ia juga merupakan menyumbang utama kepada pembangunan negara melalui stesen janakuasa hidroelektrik di empangan Jenagor, Hulu Terengganu.

Banyak lagi tempat-tempat yang menarik di dalam kawasan Tasik Kenyir ni..Yang i ingat masa dulu-dulu family i akan naik bot tak kira la bot jenis perlahan tu or speed boat , kami akan pergi ke tempat penternakan ikan dan juga ke kawasan air terjun..Resort, chalet dan banyak lagi penginapan yang terdiri dari seni bina tradisional sehingga bercirikan moden boleh dijumpai di sini..

Hope nanti pergi sini i dapat snap banyak gambar cantik-cantik dan i bolehlah berkongsi apa yang ada dekat sana kan...wee...sungguh tak sabar di hati ini.Nama saja tinggal dekat Terengganu, tapi Terengganu pun belum habis jelajah..:)

Sumber gambar kredit kepada Tasik Kenyir Memang Mengasyikkan dan juga ihsan google

Thanks for reading this entry

Wordless Wednesday || Singapore Smile Picture



Monday, June 11, 2012

Dapat Makan Rambutan FREE Hari Ni...

Assalamualaikum..


Baru semalam i terfikir dengan kawan i, hari ni petang nak pergi beli buah rambutan dekat pasar malam. Makan ramai-ramai.Nak pergi kait yang dalam UTM ni payah.tinggi-tinggi pulak tu pokoknya. Nak dijadikan cerita, tadi lepas pergi print slide Dr Nafisa dan dah selamat bagi dekat Isti, i turun-turun je blok tu...ada orang panggil i dari belakang..Adik adik...aishhh, ingatkan apa..nak bagi rambutan rupanya...
Dia bagi i 2 tangkai lebih..I ambik 1 tangkai dan lagi 1 i dah bagi dekat kawan-kawan sebelah bilik i. 
 So, ini rambutan i yang punya...:)
Nyum nyum nyum
Yang ni jenis panjang-panjang...kalau dapat yang bulat tu lagi sedap...
 Sedap...manis terasa...
Alhamdulillah


Owhhh..lupa..yang bagi tadi tu encik abang bangla...I baru nak tanya dapat mana buah ni, tapi dia dah terus pergi..I intai-intai jugak dekat sekeliling kot-kot lah ada pokok rambutan, tapi tengok tak ada pun...Mana dia dapat nihhh...Nak join pergi ambik jugak..!!!!


Bagi yang suka makan rambutan.
Di samping ianya sedap dimakan , rambutan ini pun ada khasiatnya yang tersendiri.


Buah rambutan mengandung karbohidrat, protein, lemak, forsfor, besi, kalsium dan vitamin C. 


Terdapat beberapa jenis penyakit yang dapat dikurangkan atau diubati dengan buah rambutan 



Kencing manis
Salah satunya. Caranya, lima buah rambutan yang sudah masak, dipisahkan bijinya, Kemudian biji tersebut dipotong menjadi bahagian-bahagian kecil terus digoreng hingga warnanya kuning kehitaman. Biji ini kemudian ditumbuk hingga halus, dan dicampur dengan air panas. Setelah sejuk, bahagian air yang berwarna kekuningan diminum. Kemudian hampas atau endapannya perlu dibuang. Ini harus dilakukan sebelum makan sebanyak satu hingga tiga kali sehari.
Demam:
Kulit buah rambutan juga berkhasiat untuk mengatasi masalah demam. Sebanyak 15 gram kulit buah yang kering lalu dicuci dan direbus dengan tiga gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk lalu ditapis  dan diminum. Ia boleh dilakukan sebanyak tiga kali sehari.
Mengurangkan Uban Di Rambut
Rambutan juga boleh dimanfaatkan untuk mengurangkan uban. Yang digunakan adalah daunnya. Caranya, daun rambutan secukupnya lalu ditumbuk hingga halus. Selanjutnya tambahkan sedikit air dan digaul hingga rata. Kemudian perahlah airnya lalu ditapis. Air ini kemudian digunakan untuk membasahi rambut. Agar hasilnya maksima, lakukan hal ini setiap hari hingga rambut terlihat lebih hitam.
 Ulser
Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tinggal satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi ianya masih panas .
Sumber : Khasiat Rambutan
Hah..tu dia..Nanti boleh la cuba kan...Apa-apa pun i memang peminat segala buah-buahan tempatan ni...Korang pun sama kan??hehehe...Sekarang dekat pantai Barat dan kawasan Selatan dah tiba musim buah...dekat mana-mana ada saja yang bercerita pasal buah durian, buah rambutan...buah ini buah itu...ohoho..tergugat iman tau..sampai meroyan sape-sape tak dapat makan lagi tuh...Alhamdulillah i dah dapat makan semua tuh...tunggu kebun atuk i pulak lah balik kampung nanti...hihihi..tak sabar tunggu durian jatuh gedebukkk...


Thanks for reading my entry