Sunday, January 22, 2012

Laksa Penang Mama yang Marvellous...

Assalamualaikum...

Dah nak dekat sebulan lepas birthday i, baru hari ni  i teringat nak update tentang makanan yang mama buat..Jika diikutkan besday tahun sudah, mama buat nasi ayam, laksa penang pun ada, puding, koktel dan macam-macam lagi lah..besday i tahun 2010 tu memang jemput ramai orang so makanan pun memang banyak dari yang 2011 ni...ini cerita tahun lepas lah, i baru nak cerita tahun ni..hentuk kepala i cepat-cepat...=)

TAHUN 2010
Antara menu yang ada
Hidangan utama..my mom's chicken rice...
Makanan wajib ada, laksa penang my mom..
 Penambah rasa
 Tapai pulut...ini paling cepat berdesupp habis
Koktel..isi dalam dah tenggelam
Sanak saudara yang memeriahkan suasana..

TAHUN 2011

Tahun ni i tak jemput orang pun, hanya saudara dekat-dekat rumah je..dan semestinya menu paling hot mama i wajib ada...tiap-tiap kali raya memang buat dan memang laku sangat-sangat..

 Tengok makanan pun sikit jer...
 ulam-ulam 
telur dan keropok penambah selera
laksa 

***laksa penang ni makan dengan ayam goreng lagi sedap..biasa mama buat untuk makan-makan family i je, memang makan dengan ayam..cuba lah nanti...

tetamu-tetamu kehormat i...hihi..

nah ambik  cekedis ni ...

Nak cerita pasal laksa je, tapi kemain semua benda masuk...i kalau dah bercerita susah nak berhenti..sebab tu dulu dekat sekolah kawan i panggil i makcik sebab tak habis-habis bercerita..cikgu tengah mengajar kat depan pun tak sedar..KESIMPULANNYA, LAKSA PENANG MAMA I MEMANG SEDAPP..itu je nak cerita sebenarnya..=)
.bila pula anaknya nak masak macam ni yer???..

thanks for reading...

Ujian terhadap tekanan (stress)

Assalamualaikum...

Agaknya dalam satu hari berapa lama y'all spend time dengan lappy...i think more than 2 hours right..mesti sendi-sendi tangan dah kebas dan mata pun dah berpinar ye dak...

jom tengok gambar ni dulu..kalau y'all nampak macam pusing-pusing je, baik la take a rest dulu ya..


Gambar statik tetapi jika anda lihat seperti dot2 itu bergerak bermakna anda 
stress. Sebenarnya gambar ini tidak bergerak pun. :))

***dah dah tutup lappy or pc anda then kita bersenam yukk...=)

Bestnya Nasi Ayam Penyet ni....

Assalamualaikum....

Apa khabar hari ni...hari ni i bosan sebab sorang-sorang dekat rumah..adik dan budak-budak semua ke sekolah...tinggal si arissa kecik tu je...tapi tidur pulak si kecik tu...tak ada geng nak main...
=)

Dah makan apa untuk breakfast.???.mesti makan yang sedap-sedap kan...i tak makan apa pun lagi...dah terbiasa tak breakfast, selalu terus lunch je...

Hari ni i mengidam sangat-sangat nak makan nasi ayam penyet...y'all pernah makan tak nasi ayam penyet ni??bagi i, nasi ayam penyet ni memang dah jadi satu fenomena, kalau boleh hari-hari mahu makan..lagi-lagi kalau y'all jumpa tempat yang sedap, memang mengigau-ngigau la nak makan lagi .tahap kesedapan dia tu memang power lah...ayam penyet ialah ayam yang dipenyet-penyet sampai penyet...hehe...camtu lah..dan lepas ayam tu digoreng , dia penyet dengan lesung batu sampai tulang-tulang ayam tu hancur sikit...

Nasi ayam penyet ni nampak macam senang nak buat..kalau nasi dan sup tu maybe senang..but ayam dengan sambal tu memang renyah sikit..sebab dua benda tulah penyumbang utama nasi ayam penyet tu menjadi sedap...Tambah lagi ayam yang digoreng garing dengan sambal yang hot dan kawww habiss...memang berduyun lah orang pergi makan kat kedai tu...

Jemputlah makan semua

Ayam penyet pinang...marvellous..!!


Ini ayam penyet versi boleh tahan lah sebab dijual dalam kampus...tapi tak boleh lawan restoran pinang lagi tahap kesedapannya tu..harga memang murah...dah nama pun jual dalam kampus, mestilah murah kan..kalau time nak jimat dan nak makan banyak beli dekat kedai ni je..penuh satu bekas dia letak nasi..

Lapar pulak nengok gegambar ni...
I sajikan gambar je sebab i sendiri telan air liur tengok gambar-gambar ni..

***jom tengok video ni,
boleh click bagi sesiapa yang tak tengok lagi di tv3

Saturday, January 21, 2012

Air Mataku Mengalir Lagi...!!!

Assalamualaikum

Tolong jaga mak saya
nasi lauknya amat sedap
Mak saya sudah tua
Sila order nasi lauk ayam SAHAJA


Bukan sekadar nasi dan lauk juga bungkusan kasih dan sayang

VIDEO ni memang buat i touching sangat-sangat...tersentuh sangat hati ni sehinggakan air mata i masih mengalir laju..I was born dengan sikap yang sensitif and it make me senang sangat untuk menangis...
i know u're also crying right..??hehe..kesat-kesat sikit hingus tu...tak sememeh langsung..(^ - ^)

Even video ini pendek sahaja, tapi mesej itu sampai targetnya...yang mana nak tunjukkan betapa  kuatnya kasih sayang sesama manusia tidak mengira kaum dan bangsa..
WE ARE MALAYSIAN
Ianya menjadi suatu kebanggaan hidup di Malaysia ini kerana kita terdiri daripada berbilang bangsa dan agama...

Walaubagaimanapun, berapa kerat sangatkah daripada rakyat Malaysia yang mengamalkan sikap seperti ini.??? 
Tepuk dada, tanya hati...


*****HAPPY CHINESE NEW YEAR
                              MAKAN LIMAU INGATLAH SAYER*****

Fabulous Cake

Assalamualaikum...

I tak tahu nak update apa hari ni sebab i memang tak buat apa-apa pun hari ni...just kemas-kemas rumah itu je..nak buat fabric flower malas..langsung tak sentuh hari ini..ada yang dah banyak siap tapi picture belum transfer lagi..aigooo..malas sebab nak kena meminjam cable camera..cable i hilang sampai sekarang tak jumpa..tak tahu lah letak dekat mana or budak-budak ni ambil buat main lepas tu lupa ....

Eermmm..i ni sebenarnya suka sangat tengok rancangan masak-masak, lagi-lagi lah kalau ada kek-kek yang super cantik tu...i jenis yang suka dessert..kalau pergi makan dekat mana-mana pun, i akan terbeli jugak lah dessert apa-apa sekalipun just ice cream...yes, and now u know how i am very addict with this channel...TLC channel yeay.!!!!...sebab ada rancangan kegemaran i iaitu FABULOUS CAKE...


FABULOUS CAKE ni rancangan orang putih...diaorang ni kalau buat something memang nampak superb sangat-sangat...dari kek diorang boleh design macam-macam bentuk dan memang nampak class and very elegent...setiap kek yang dibuat mereka akan pastikan deco yang dibuat itu nampak kemas dan memang teliti lah dorang buat kerja...sebut saja nak theme macammana dan team-team dorang memang buat dengan bersungguh-sungguh..if kek yang dibuat tidak menepati citarasa customer, dorang akan buat balik tau...


Time rancangan ni i tengok...kek ni dibuat dengan tema ' Phantom of  the Opera'...for me, kek ni memang wow lah..i tak tahu lah rasa dia macammana kan, tapi i suka cara dorang buat kerja..maksud i cara dia nak menghasilkan design-design kek ni..semua aksesori dekat kek tu semuanya boleh dimakan...even the words pun...dia buat dari gula...dan part yang paling i suka tentang lilin tu..lilin tu nampak macam real kan...macam titisan lilin yang betul..

Sebenarnya i nak tunjuk yang ada satu episod tu kek yang dibuat untuk fashion show..tapi i google-google tak jumpa lah... :(

Dekat Malaysia ni i tau ramai lagi yang berbakat besar yang boleh buat kek-kek yang sedap dengan deco yang meruntun jiwa...eecehhhcehhh..i lah yang meruntun jiwa sebab tak dapat nak buat macam tu...i akan belajar...bukan untuk orang lain, but untuk diri i sendiri...dan juga orang-orang kesayangan i...kena selow-selow lah kan...kena beli peralatan buat kek dulu baru lah boleh buat...

I selalu skodeng kek-kek ni dekat kedai kek, dekat blog dan facebook memang semua cantik-cantik lah...semuanya punya bakat tersendiri...i wish i juga akan dapat bakat macamtu..so, kena rajin jelah caranya..semua orang punya bakat cuma nak gilap tu je yang payah...

jom intai sini...i memang dari tahun 2009 lagi suka sangat stalker dekat blog ni..facebook pun dia ada juga...

CUPPACAKEBLICIOUS

Cupcake yang based on theme
for birthday
Wedding cake
Buttercream cake untuk hantaran
and the best part is pulut kuning..see the way her decorate the pulut kuning from traditional way into modern look with her talented hand, superb idea and inspiration..

admire her so much...kerja tangan yang sangat kemas...1st time i tengok ada orang yang talented like her...amazing hands...sedih sesangat sebab ianya based in batu pahat only...very-very far from terengganu...
if i dekat skudai pun susah juga nak order, kena self-pickup dekat rumah dia...so, kepada siapa-siapa yang tinggal berdekatan area-area batu pahat bolehlah jenguk-jenguk blog cuppacakeblicious ni...pelbagai design yang y'all boleh tengok...semua cantik-cantik...highly recommend..

UTM Door Hangers

Assalamualaikum...

Comel kan..Boleh letak depan pintu bilik ni..=)

Boleh pergi website http://www.campaign.utm.my/fun-stuff/ untuk download...lepas tu bolehlah print and lekatkan this pretty door hangers in front of your room..

*****especially to UTM student....

Friday, January 20, 2012

Penat...!!!

Assalamualaikum...

Sekarang ni tepat pukul 10.55 p.m, mata i ni dah ngantuk sangat-sangat...nak tengok raja lawak pun dah takde feel...tengah menaip ni pun i tengah baring sambil lappy duk atas badan...hehe..y'all ada buat cam i ni tak..???i ni jenis kalau nak buat kerja ke apa ke memang susah nak buat atas meja, mesti nak kena buat atas katil..lepas tu mula lah kerja tak siap sebab tertidur...huahuahua..

Hari ini I penat sangat..penat badan dan penat otak...i tak tahu lah kenapa lately ni kerap sangat sakit kepala ...memang menyocok-nyocok je rasa...i memang ada high blood pressure, tapi selalu tak pergi buat rawatan susulan...harap-harapnya bukan sebab tu lah...

Hari jumaat iaitu hari ni ialah satu-satunya hari yang family aku semua ada...i means hari ini lah hari yang family i akan lunch sama-sama, mengemas rumah sama-sama dan juga gotong-royong (berkebun lah tu)...pagi-pagi tadi, bangun-bangun pagi je mama dah kerahkan kami-kami semua kemas kat bahagian dapur...rumah aku ni tak adalah besar pun tapi nak kemas dan bersih semua tu memang makan masa dan tenaga lah..lagi satu mr anai-anai yang memang i benci tu dah merayap merata-rata dalam rumah i ni...nak tak nak memang kena kikis tempat dia bersarang tu dan letak minyak petrol dekat tempat tu..arghhh..penat...

Lepas tu, petang tadi pulak pergi kebun...whoaa..kebun yang dah lama tak pergi sampaikan dah tak nampak rupa dah dari luar...semak samun dah meninggi gunung..!!! sampai dekat kebun, adik aku pergi cari durian...adalah sikit yang jumpa...nak cari lagi semak sangat...nanti masuk-masuk jumpa ular...dah semak-semak macam tu memang la ular suka tinggal...beberapa hari lepas adik i tu dah pergi dengan abang mat cari rambutan, tup tup dengar ular menyusur, tak jadi nak ambil buah banyak-bayak lagi...
***kalau tak kerana abang mat dah tinggal dekat situ memang tak pergi lagi kebun gamaknya...

Buah durian sekarang kat kebun dah tak banyak macam dulu..yelah, kebun yang tak terjaga...nak pergi pun bukannya dekat-dekat dengan rumah...syukur buah duku ada lah jugak beberapa pokok dah berbuah..maybe lagi seminggu dua dah masak betul...sebab tadi try ambil masam lagi...

Dulu dan sekarang memang banyak beza...dulu-dulu sampai buah-buah ni tak habis nak makan, dah jual pun masih banyak..tapi sekarang, kalau ada yang berbuah tu dah dikira nasib baik...nama saja ada kebun, kena juga membelinya ...itulah lain kali jangan biarkan kebun itu diselubungi SEMAK SAMUN....

Tragedi Genting Sempah


BENTONG – Niat seorang penumpang bas ekspres berpindah tempat duduk dari belakang ke bahagian hadapan bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan petang semalam.


Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Rizal Zaharon, 39 beralamat di Rumah Murah Peramu Jaya, Pekan menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kuantan.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 40.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak melibatkan sebuah bas ekspres dan lori treler membawa muatan kayu kira-kira jam 4 petang.


Menurutnya, bas dinaiki oleh 39 penumpang termasuk mangsa bersama seorang pemandu.

“Setibanya di tempat kejadian iaitu di kawasan menuruni bukit selepas terowong Genting Sempah, bas yang dipandu dipercayai terlanggar bahagian belakang lori treler itu.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang duduk di bahagian hadapan kiri tempat duduk penumpang tersepit,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Yusri berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurutnya, mangsa terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

“Selain mangsa, sembilan lagi penumpang dan pemandu dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan akibat kecederaan ringan dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil.

“Kes kemalangan masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Gambar & Berita : Sinar Harian


*****Sesungguhnya ajal maut itu ditangan Tuhan...Sentiasalah berhati-hati terutamanya di musim perayaan ini yang mana ramai warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing..jangan ego dan sombong di jalan raya..ingat dan fikir orang-orang yang masih berada di samping kita******