Monday, February 27, 2012

1 Hari 1 Resepi dalam Genggamanku..!!!

Assalamualaikum..


Sukanya i dapat beli buku resepi ni..tak sabar nak kecahkan dapur kat rumah...

***sorry, quick update from me, tomorrow have class at 8 a.m...
nanti errah ada masa errah bw yer..no worries k, i will go to ur blog...

GOOD NIGHT EVERYONE...
mau mengembara ke alam mimpi dulu..
(^-^)

Cantiknya Ana Raffali..!!!

Assalamualaikum...

Hye semua..dah breakfast ker..???mesti dah makan sedap-sedap kan...actually i belum breakfast lagi..very the lapar maa...oheyyy...

Jom pagi-pagi ni i sajikan anda-anda semua dengan kecantikan Ana Raffali ni during her solemnization day...Even I tertinggal bas, but i nak kongsikan jugak pasal Ana Raffali...Dulu pernah ingin ketemu Ana semasa dia datang ke JB, but tidak berkesempatan lah...Sempat jumpa Uncle Sohaimi Mior Hasan jer..hye uncle..ingat i lagi tak???..dua kali kot kita pernah ketemu...(macam la uncle sohaimi nak baca blog i kan)..hehe...u know what. suara dia memang best la..borak biasa-biasa pun suara dia memang sedap...Malangnya, the pictures all gone..=(
Ana Raffali...she's so pretty...
 credited pictures to RotiKaya
 Manis dan ayu bertudung..Thumbs up..
Love her personality..tak ada angin ribut tiba-tiba dah kahwin...=)
credited pictures to Ministry of Moment

Sedikit cerita perkenalan mereka...
Source:Gua.Com

Selepas menyulam kasih selama tujuh tahun, hubungan cinta yang dibina penyanyi Ana Raffali dengan pengurusnya Ahmad Aznaim Abdullah akhirnya dimeterai dengan ikatan suci perkahwinan. Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz, di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, jam 11.55 pagi tadi.



Ana yang berwalikan sendiri oleh bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor menerima mas kahwin sebanyak RM 11, 412. Sebelum majlis akad nikah, Ana terlebih dahulu melangsungkan majlis pertunangan jam 11.20 pagi.

"Masa nampak Naim datang dengan segak berbaju Melayu, saya rasa macam tak percaya dah nak jadi isteri orang. Mula-mula rasa berdebar, tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya rasa gembira sangat dapat kahwin dengan kawan baik sendiri," ujar Ana ketika ditemui sejurus selesai akad nikah.

Naim yang berada di sisi Ana pula berkata, "Syukur, Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya dah jadi suami Ana. Sebelum akad nikah, saya rasa berdebar sangat, namun lepas itu, saya rasa lega, Alhamdulillah.

"Saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami berjalan lancar. Terima kasih kepada Ana sebab menerima lamaran saya. Saya berjanji akan menyayangi dia sepenuh hati dan menjaganya dengan sebaik mungkin."



Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Ana memberitahu, "Saya kenal Naim sebelum saya menjejakkan diri dalam industri muzik lagi. Sejak itu, hubungan kami bertambah rapat dan kami mula menyulam kasih. Alhamdulillah, dia dah jadi suami saya sekarang," ujar Ana mengakui tidak menyangka akan menamatkan zaman bujangnya dengan kawan baik sendiri.

Pada majlis akad nikah tersebut, Ana menerima tujuh dulang hantaran antaranya gelang tangan, mas kahwin, telekung, wangian Mont Blanc, coklat, sirih junjung dan pulut semangat. Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, jam tangan jenama Stuhrling dan wangian Lacoste, iPad2, kamera, dompet Hard Graft, kek, buah-buahan dan bunga rampai.


credited pictures to Gua.Com

Apabila ditanya mengenai simbolik angka mas kahwin, 11412, Ana memberitahu, "Itu merupakan gabungan tarikh lahir kami berdua. Saya lahir 14 November manakala Naim, 24 Februari," ujar Ana yang ayu dengan persalinan kurung moden berwarna kelabu, rekaan Ezuwan Ismail.



Menyentuh mengenai lokasi bulan madu dan perancangan mereka untuk menimang cahaya mata, Ana sambil tersenyum memberitahu, "Kami akan cuti-cuti Malaysia. Kami mengambil cuti selama dua minggu dan tempoh itu kami akan gunakannnya untuk berbulan madu di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan. Dalam masa yang sama juga, kami akan melawat sanak-saudara kami di sana. Mengenai anak, itu semua terletak pada rezeki. Kalau boleh kami nak keluarga yang besar sebab keluarga saya sendiri mempunyai bilangan ahli yang besar."

Selepas majlis akad nikah, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi khas di perkarangan Masjid Al-Hidayah. Antara penggiat seni yang hadir ialah Datuk Yusof Haslam, komposer, Aidit Alfian, Ramli Sarip, Jaclyn Victor dan ramai lagi.



Tahniah ANA RAFFALI dan NAIM...Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Don't Judge Me by My Past, I don't Live There Anymore


Saturday, February 25, 2012

Rindu Euphorbia Milii

Assalamualaikum....

Petang-petang macam ni kalau i berada di rumah tentulah i akan menghabiskan masa i dengan pokok-pokok bunga kesayangan, sayur-sayuran dan juga tanaman yang lain...I sangat ketagih tau dengan keindahan pokok-pokok bunga ni...Orang akan tengok i dengan pelik bila i tenung dan belek lama-lama satu persatu pokok bunga di rumah i...Mesti dalam hati mereka gila ke apa budak ni duk bercakap dan tenung bunga lama-lama...

But, peduli apa i...Dah hobi i dan i memang sangat teliti dalam penjagaan pokok-pokok bunga ni...Jika ada pokok bunga i yang makan di ulat or apa-apa yang buat pokok bunga i cacat, aishh macam tak ada makna dah rasa hidup ni...Mulalah i bising-bising dan susah payah alih satu persatu pasu-pasu tu...even dalam hujan sekalipun...See, how's the flowers mean a lot to me...
Rindunya i dengan bunga-bunga ni semua..

I dan mama berkongsi hobi yang sama...Memang setiap minggu ada sahaja pasu bunga yang dibeli..dan pokok bunga terbaru pula itu urusan mama...dia pergi lah rumah kawan-kawan dia, balik kerja penuh plastik pokok bunga yang nak ditanam...sampaikan tak cukup pasu, mama main cucuk je dengan pokok lain...Sikap i, i akan cabut balik pokok tu dan cuba cari pasu yang lain...I tak sukalah satu pasu bercampur dengan pelbagai pokok bunga...1 pasu untuk 1 jenis bunga lah kan...1 pots 1 flower...
Bagi yang tak tahu nama pokok bunga ni, i nak bagitahu ni...Bunga ni bernama Euphorbia Milii...atau nama kampungnya i panggil pokok bunga duri-duri..=)
Euphorbia Milii spesies lain ni..Sebab warna bunga dan tekstur daun berbeza..Bunganya berwarna kuning cair dan bersaiz kecil manakala daunnya panjang ...

I suka yang ni...Sebab melangut tinggi dan tak menghampakan i kerna ia selalu berbunga..pandai ambil hati tuan dia~Warna bunga ni merah dan sedikit hijau tapi dalam gambar nampak warna pink plak...
I rindu u tau..kalau i di rumah ni pasti i segarkan badan u....
Spesies yang paling banyak di rumah i...Kata orang-orang tua, tanam pokok berduri ni bagus untuk elakkan benda tak baik contohnya ular ..Tapi, dah rumah tepi sungai, sentiasa ada saja mr snake tu...

Euphorbia Milii...I tau ramai yang tanam pokok bunga ni..Pertamanya mestilah sebab bunganya yang sejambak-sejambak mekar dan cantik ni kan..dan ia sangat mudah untuk dijaga...But make sure jangan bagi pokok bunga ni air yang berlebihan..Biasalah pokok berduri ni tahan macam kaktus tu di tengah panas...Kalau terlebih air nanti batang pokok ni mengecut dan akhirnya akan mati...Sedih tau bila dah bertahun-tahun jaga tapi kerana hujan yang sangat lebat dan tak sempat nak alihkan ke tempat berbumbung, ia pergi begitu saja...Kalau y'alls suka berkebun macam i, pasti tahu macammana perasaan tu...

***miss my home, miss my gardening activity..=(

Baucar Buku 1 Malaysia dah dapat...!!!!..Let's Go Shopping

Assalamualaikum...

Hello hello..Lambat sikit i bersiaran hari ni...maklumlah time weekend, bangun pun maunya lambat...haha..eh, idokk ler, i pagi-pagi lagi dah bangun, kemas-kemas bilik sikit, hembus habuk-habuk sampai licin, angkut bakul baju pergi washing machine...tunggu 1 jam baru siapppp...nampak tak rajinnya lahai...pakai washing machine tu kira rajin la, rajin menggunakan teknologi yang ada..ye tak???

Ok, sekarang i ada dekat library lagi..bersama-sama Farihah dan Kak Na...sambil-sambil cari bahan sambil-sambil update belog...tapi nampak gayanya peratusan blog lagi tinggi menggunung...apa yang dicari belum jumpa sebab tu merewang jauh ke blogspot...duduk termenung sebentar kerana sepatutnya i ke library fakulti coz apa yang hendak dicari banyak di sana...tapi ini hari weekend, mana nak buka...!!!!

So, i nak war-warkan di sini yang i dah dapat baucar buku 1 Malaysia...kebanyakan student ramai dah yang dapat kan, jadi jangan lah anggap cerita i ni cerita basi..Masih fresh lagi ok coz i baru dapat Hari Selasa ...
Jeng jeng jeng...Duta Baucar Buku 1 Malaysia...***mata ke atas, tangan ke dada
Ada yang pernah tanya i, i ni student mana..so, di sini dengan bangganya nak bagitahu i merupakan student UTM rimbun bernaung...
Baucar bernilai RM200 dengan 4 keping baucar yang setiap satunya bernilai RM50...
Can u see my name??? boleh bayang tak betapa panjangnya nama i tu...tu belum nama abah lagi..!!!
Baucar ni sah sebulan lagi...Tak sabar nak habiskan di Pesta Buku UTM minggu depan
Jom shopping buku...=)

Serius i bukan orang yang suka menghabiskan duit ke arah buku-buku serta bahan bacaan berilimiah sebab i bukan ulat buku...tapi bila dah dapat baucar free ni, i seharusnya bijak memilih bahan bacaan yang bermanfaat dan boleh digunakan pada masa akan datang juga..

Nak tahu apa yang i beli..???
Stay tuned to next entry...

***sejuknya duk dalam air-cond ni....

Friday, February 24, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!

Assalamualaikum...

Oleh kerana i masih di PSZ yang tersergam indah ini, jadi i tak tahu nak buat entry apa..I ke sini tak bawa my lovely lappy pun, kalau i bawa bolehlah i cerita pasal apa yang i buat a few days ago..Jadi, dengan masa yang ada before i pulang ke bilik kesayangan sebentar lagi, i nak join segmen from Mak Dara ni...

First sekali mestilah buat entry seperti tajuk entry i di atas...Lepas tu, kata Mak Dara, u kenalah tepekkan banner ni...
Kelik kelik lah yer..

Lepas tu, y'alls mesti cerita lah sikit about your blog...if nak tau lebih lanjut, silalah pergi ke blog archieve yer..hehe..dekat situ semua ada...pilihlah mana satu yang berkenan..=)

Oke. siap sudah...tarikh segmen ni sampai malam ni jer tau..so, kalau nak join cepat-cepatlah yer..inilah masanya untuk mencari kenalan seterusnya menaikkan trafik blog anda...

Thanks again to Mak Dara yang rajin nak buat segmen ni...Hugs u...

***masa untuk pulang ke kamar, udah Mahgrib..

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah

Assalamualaikum

Hari ini i nak join giveaway lagi...wuu..bahagia sikit sebab dapat online laju-laju...nak tahu i kat mana sekarang..???..mestilah di PSZ tercinta..disebabkan urusan i masih tak settle lagi, jadi secara tak langsung kaki i bergerak ke sini..maklumlah fakulti dan PSZ sangat dekat...ni gara-gara faculty ofis yang buat kesilapan, ada ker dia tulis i ni budak arkitek..huhu..nom nom nom..jauh panggang dari api, sipi-sipi tu adalah...:p

Back to our topic, i join giveaway from Miss Wawa Abdullah
Click banner di atas

Bestnyer, dia pergi Korea lah..So, hadiahnye pun semestinya from Korea ..
Jom tengok apa yang Miss Wawa sediakan....

Pertama :
Face mask from The FaceShop Korea
Fridge Magnet Korea
Keychain Korea
Chopstick
Uncang Cute.

Kedua :
Face mask from The FaceShop Korea
Fridge Magnet Korea
Keychain Korea
Chopstick

Ketiga :
Face mask from The Etude Korea
Fridge Magnet Korea
Keychain Korea
Chopstick

Due datenya 15 Mac 2012 tepat pukul 12 tengah malam

Sangat menarik bukan???
So, apa lagi..jom la join beramai-ramai...

Roti Bakar dan Kopi Kaw Kaw...!!!

Assalamualaikum...

Hye semua...penatnya i duk godek-godek lappy ni baru dapat online..berharap line ni laju la sikit hari ini...dah sakit hati dia asyik bergerak macam siput yang tersedut-sedut tu je...untuk pengetahuan, entry ni i dah buat semalam lagi, tapi sebab disconnect, so i terpaksa sambung today...kesiannya lah hai...!!!

Ok, tak mau cerita panjang just nak sharekan tempat makan roti bakar yang best dekat bandar Kemaman selain Kedai Kopi Hai Peng yang memang sangat fofular di seantero Malaysia, or kopitiam-kopitiam yang ada di Chukai ni...

Kedai roti bakar ni terletak dekat Medan Selera Mara Bandar Chukai..or lebih senang lagi ianya betul-betul berdekatan or berada di belakang perhentian bas lama bandar Chukai...di situ memang berderet gerai-gerai untuk sarapan pagi khususnya...i tak ingat nama kedai ni, tapi kedai dia je rasanya yang jual roti bakar ni...:p
Roti bakar dia memang sedap..budak-budak pun boleh habiskan 2 biji ni lagikan orang dewasa...dan yang uniknya roti ni dibakar menggunakan arang yer...masih menggunakan cara tradisional so aroma dia lain dari yang lain...Inti dalam tu biasalah dia letak sekaya dan planta...
Makan roti bakar mana lengkap kalau tak ada telur separuh masak..yummy yummy, my family's feveret...
Air kopi yang superkowww...ini abah yang punya..i biasalah mana boleh lari dengan ais..so, pagi-pagi pun dah melantak minum milo ais..
Dap dap...telur separuh masak with kicap and blackpepper...kemudian cicahkan roti bakar dan terus laju-laju masuk mulut...aduhai, i'm melting now..
Last but not least, jom makan bersama i...hehe..
My model forever, Sahira Najwa with her roti bakar...

Dah makan apa semua???hukhuk..i pun tak breakfast lagi so menjamu mata saja lah...(^-^)
So peeps..short entry from me today..nasib line tak putus, kalau tidak 3 hari i akan menyambung entry yang sama jer...

SALAM JUMAAT BUAT SEMUA dan SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...