Saturday, February 2, 2013

Bergosip di Warung Satar Kak Nab Kuala Kemaman

Assalamualaikum

Style aku kalau takder orang ajak keluar memang aku duk rumah jelah. Tapi i pantang diajak, terus on. Haha, dasar delo.. Itu pulak bukan sendiri pergi tapi menumpang simpati kawan kena mai ambil dekat rumah. Hihi.
Kalau tak ada Cik Poya, Cik Ayu ni lah yang mai angkut aku. Thanks yer Cik Ayu. Perkhidmatan kamu amat aku hargai...ciciwah.

Tadi tengahari bebudak dua orang ni mesej i tanya nak keluar tak petang ni. I is ok is alright jer.. Huhu
 Lepas ambil aku, pergi ambil Cik Wani pulak. Kendian menuju ke Warung Satar Kak Nab di Kuala Kemaman. Kampung Cik Wani kiter ni.
 I nak makan satar but dah habis. Mari kita layan mee kari kata Wani.
 Aku dengan Ayu order Mee Sup. Sedap tapi ya ampun pedas sangat tapi sedap eh tapi pedas jugak..
 Makan bertiga takde orang nak tolong snap jadi sorang-sorang pun jadi.hihi
 Paun ubi yang sedap
Jarang aku order air suam kalau pergi kedai ke langsung tak pernah? muehehe..kami bertiga yang blur ke or tukang ambil order yang tak faham. Haha. dia kata kat kitorang ais dah habis. Time tu aku nak order ABC, Wani ngan Ayu aku lupa tapi nak air batu jugak la kan. Pengambil order kata semua ais takder, jadi mereka berdua order milo panas ke apa kalau tak silap dan aku air suam ambik kau. Tapi bagus jugak jimat duit i. Kikiki
 Masuk jugak orang belakang, ada sape kenal?
 Masa duk tunggu air makanan kitorang dah half dah kami telan. Air taknyer sampai jugak. Panggil budak tu tanya dia cakap ais habis so order baru, itulah duk order air suam tu. Tunggu air suam pun lambat jugak yer. Dalam pada tunggu tu, aku pelik tengok ada pulak meja lain dapat air batu, tapi tadi aku order takder.Tak puas hati panggil lagi budak tu dan tanya. Dia bagitahu ais untuk ABC jer tak ada tapi untuk air biasa ada, aduhai kamu nak jer aku hempuk dahi apesal tak bagitahu terang-terang. Kan korang jugak yang rugi. Haha, maka kami tambah order ais kosong 2. 
 Tiap-tiap hari ramai orang tapi kali ni aku pergi semua jadi blur. Before ni takder camni pun. Hihi, awak lain kali cakap biaq teghang baru i yang lambat pick-up ni faham.
 Habis makan, sempat lagi budak order tu suruh kami datang lagi. Laju jer aku cakap, takmboh jauh..! hahaha, i gurau sajes, tak gurau tak mesra yek.! Nak balik dah, hantar Cik Wani dekat LKIM Kuala Kemaman
Tak keluar lama pun tapi dari start jumpa bercakap tak pernah stop kalau hang-out ngan Cik Wani ni. Macam-macam cerita ada. 
 
Peace yo.! Papai 

Saturday, January 19, 2013

Klinik Dermatologi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan

Assalamualaikum

Pagi Jumaat semalam i dengan Najwa pi teman abah ada appointment dekat hospital. Pergi 3 beranak jer mama dan Mubin tak ikut. Sepanjang perjalanan hujan lebat giler, kalau lalu dekat Gebeng tu toksah cakaplah orang dah tak kenal mana satu kereta mana satu lumpur. hahaha, dasyat penangan kawasan industri situ, habis kereta kena tanah kotor.
9 am temujanji nye. But biasalah pukul 9 lebih baru bertolak dari Kemaman. Tambah lagi hujan sampai Bandar Kuantan dekat pukul 11 jugaklah.
Selamat datang. Suasana di meja kaunter.
Pintu masuk
Aku dengan Najwa lapar jadi aku pergi breakfast dulu kat kantin hospital. 
Beli Nasi Lemak dan Milo ais. Aku beli 1 jer share dengan Najwa sebab nanti lepas sudah jumpa doktor mesti pergi makan kan kan. 
Dia ni tak nak mula-mula, last-last aku beli dia makan dulu. Kakak harus beralah.hikhik
Sudah makan aku pergi masuk dalam hospital eh dah siap lah just tunggu untuk ambil ubat jer. Pergi lambat maka patient pun kurang jadi cepat tak payah nak menunggu lama.
Demookss.. Kendian kuar dari hospital cari tempat makan. Tapi hujan lebat semua tergendala. Before balik, singgah Kuantan Parade kejap. Tengok tempat makan dalam tu pun macam tak best, so terus balik Kemaman. Hujan-hujan ni nak berjalan pun tak best. Lunch pun dekat Restoran Farhan dekat bandar Kemaman je. Balik-balik tempat sendiri jugak best tempat makan. hahak.

Thursday, January 17, 2013

Pok Mang Belanja Dinner di Bahtera Ayah Man, Chukai Kemaman


Assalamualaikum

Petang kelmarin Pok Mang sampai dari Melaka. Petang tu dia ajak kami semua anak beranak makan malam dekat restoran. Kali ni restoran pilihan ialah di Bahtera Ayah Man. Sepanjang jalan jer dekat dengan jejantas sebelum or selepas Masjid Sultan Ahmad .

Semua gambar kat bawah ni tak edit so kalau kelabu asap tu biorkan jelah yer.
On the way ke restoran. Aku biasalah sempat posing
Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit campur traffic light semua
Maka marilah kita syok sendiri
Lagi syok sendiri. Huhu
Ok, sampai dah. Mama , Che De dan Najmi
Ramai-ramai. 3 buah keluarga je pergi yang dekat-dekat dengan rumah. Total semua dalam 20 orang
Wawa dan tokwan. Wawa ni cucu bongsu keluarga belah mama
Senarai menu





Menunggu makanan

Aku, Che De dan Mama
Sepupu, adik, tokki dan anak sepupu
Sara peace..!
Mama dan Anis, bini Pok Man
Tokwan bersama cucu dan cicit-cicitnya
Ambil order. Geng lelaki duk belah sana. Pak Man yang berkopiah tajam tu dan adik dia yang rambut panjang tu baru sampai dari Melaka semalam
Spoil la Wawa ni
Puasan
Tak ada orang padahal time ni dah pukul 9 malam
Suasana kedai ni



Kak Nah, Abg Din dan Chacha




Nasi dah sampai
Sup Belut.
Tomyam Ayam
Tak sabar nak makan
Pass-pass air
Sayur Kailan Ikan Masin
Sedapnya Jus Tembikai
Nyam-nyam
Fresh. Nyaman
Tetibe beralih angin adik aku dan kazen aku ni nak makan steamboat
Telur Dadar
Tokki sorang habiskan sup ekor
Telur bistik. Aku sorang yang habiskan
Khusyuk semua makan
Beriya dengan set steamboat
Sedapnya.

Siakap Stim
Fuhh
Siakap 3 Rasa
Berselera
Makan-makan
Dari tempat aku duduk
Eh tetibe abah ada kat sini. Tak kenyang lagi ke. Hehe
Tokki yang juga berselera
Aku yang memang tak pernah tak selera
Mari makan semua. Ok, overall bagi aku makanan kat sini kureng sikit la. Tapi sebab semua kelaparan makan habislah makanan ni semua. Aku bagi 5/10.