Thursday, October 18, 2018

Diy Mini Pelamin Pertunangan

Assalamualaikum....

Masih lagi dalam mood nak bercerita pasal e-day tempoh hari. Actually, kalau ikutkan erah tak nak pun pelamin2 ni sebab kalau boleh nak buat simple2 je dah. Tapi mama cakap tak nak tempah pun buatlah asal ada (tebeng2 sikit untuk ambil gambar buat kenangan)
Maka akurlah kita sebab mama kita lagi excited. Beli kain jersey warna krim kat Amni Kemaman ni, dalam 3 helai yang setiap satunya 3 meter. Mama yang sponsor adalah dalam rm30 ++. 
Bunga hijau atas tu yang dah sedia ada kat rumah. So jimat tak payah beli. Yang putih tu rak mulig Ikea, sebab tak nak nampak kosong sangat so tambah bunga dan beli lagi 3 meter kain tirai tu.

Hari pertunangan tu. Secoet je pun tempatnya. Kerusi tu pinjam yang mak saudara dan karpet coklat yang sepupu. Ok settle bab pelamin diy yang sangat2 simple ni.
Last but not least, bunga tangan tu pun buat sendiri dari lebihan bunga. Asal ada je kan.
Hehe tapi ok la ada jugak yang puji cantik so tak sia2 la diy mini pelamin ni sendiri kan.

Wednesday, October 17, 2018

Officially I am Someone Fiancee !!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur, one step closer. Semoga Allah akan permudahkan urusan selepas ni pulak. Amin
Sekadar ingin mencoret detik bahagia pada petang 6 Oktober yang lepas untuk kenangan akan datang. Majlis pertunangan ni memang sebolehnya nak buat simple but sweet gitu. Haha,tapi sweet ke? Sweat adalah kan debar tahap apa tah.

 Segalanya dari pelamin adalah diy dan baju pun baju raya jer just tambah lace sebab tak nak nampak plain sangat. Tapi bab makan memang meriah.

Macam2 kalau boleh nak buat tapi apakan daya mana ada orang sangat nak menolong, family erah kecik je dan orang lain pun ada komitmen family masing2.

Tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan puji makanan semua sedap. Lepas majlis habis terbongkang keletihan. Syukur dah lepas 1 majlis. Tunggu tahun depan pulak kalau sempat erah update.


Terima kasih kpd family, saudara mara terdekat, dan my bff yang datang dan juga family bakal zaujku yang menjayakan majlis ni. Lain2 nanti kalau free erah story lagi. Banyak lagi ni bab hantaran, pelamin, juadah makanan. Haha untuk kali ni cukup setakat ni dulu. Ini pun sebab tengah bosan kalau tak tak adanya nak update. Jadi kena bosan selalu ke ni? Haha.

Sampai jumpa lagi. Terima kasih yang baca erah membebel sampai habis ni.😁

Thursday, July 5, 2018

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Syukur pada mu Ya Rabbi

Syawal 2018

Assalamualaikum

Baru terasa ada mood nak up kisah raya. Malam ni tak boleh tido la pulak. Pusing kiri pusing kanan still tak boleh tido. Belek2 gambar dalam folder hp ni rasa macam sayang pulak kan kalau tak coretkan sikit kenangan. Kenangan bergambar ajelah yang ada. Tua2 nanti kalau ada lagi blog ni boleh la nengok ye dakk? 😆😆😆


Gambar banyak tapi nak edit tu tak kuasa so letak yang penting jela. Of course la my family kan. Orang lain tu kalau hilang gambo semua tu tak kisah sangat. Dahla jenis payah bergambo nak2 abah dan adik laki. Time2 raya jela kalau ada kenangan pun. Tahun ni jugak first time tak beraya kat rumah, ada terasa tak best la sikit sebab tiap2 tahun beraya kat rumah sendiri kan.
Macam tak meriah jer raya sebab tak jumpa ramai sedara mara. Tak terasa kemeriahan meraikan tetamu di rumah sendiri. Apapun moga bertemu lagi di syawal akan datang jika diizinkan Allah. INSHAALLAH.