Assalamualaikum
Adalah seorang kawan hari tu dia baca blog i dan dia tanya la macamana nak buat Sup Suhun or Suhun Masak Pedas ni. Resepinya mudah sangat-sangat. Lagipun rumah i suka buat lauk-lauk yang based 'air' compare dengan masak lemak dan sebagainya. Laju jer makan nasi kan.
SUP SUHUN DAN FUCUK BERSAMA UDANG DAN BEBOLA IKAN/ SUHUN MASAK PEDAS
Bahan-Bahan
1) Lada Hitam (anggaran harga RM0.50)
2) 4 Biji Bawang Merah
3) 3 Ulas Bawang Putih
4) Suhun, Fucuk dan Cendawan (rendam dalam air dahulu)
5) Bebola Ikan (Isi Ikan Selayang ditumbuk) dan Udang-kuantiti bergantung kepada anda
6) Sayur Sawi -nak letak pelbagai sayur pun boleh
Lada hitam, bawang merah dan bawang putih dimesin di dalam pengisar. Setelah itu, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dengan sedikit minyak masak.
Masukkan sedikit air dan tunggu sehingga mendidih. Boleh masukkan juga perasa seperti garam, gula dan ajinomoto(pilihan) secukup rasa.
Setelah sup mendidih, masukkan udang dan bebola ikan
Bila dah masak, boleh masukkan suhun, fucuk, cendawan dan juga sayur.
Siap. Boleh dimakan bersama nasi dan juga mee. Memang sedap. I selalu ratah kosong jer.hehe
Thanks for reading this entry...!
Gulp! Sedap pulak nampak.. Tengah2ari ni terliur ajer.. Makruh poso den.. Hehe.. Nanti nak try lah jugak.. =)
ReplyDeletetry la..sedap ni..
Deletesedap2... mmg jijah selalu masak ni..hehe tapi bawang semua tu hiris2 jer..
ReplyDeleteboleh je atas masing2 kan..tapi kat rumah suka blend sebba adik 2 orang tak suka bawang camtu..lau blend dia hncur so xperasan..hehe
Deletesedapnya...kalau ganti dengan bebola daging pun boleh jugakkan..
ReplyDeleteboleh je cik nur..nak letak ayam ke apa2 yang berkenan semua boleh masukkan
DeleteBaru semalam famili saya bincang pasal hal nie... hari nie jumpa
ReplyDeleteblog awak... terima kasih atas penerangan nie...
Take a look at my blog post: Rahsia Suami Isteri Hebat