Saturday, January 21, 2012

UTM Door Hangers

Assalamualaikum...

Comel kan..Boleh letak depan pintu bilik ni..=)

Boleh pergi website http://www.campaign.utm.my/fun-stuff/ untuk download...lepas tu bolehlah print and lekatkan this pretty door hangers in front of your room..

*****especially to UTM student....

Friday, January 20, 2012

Penat...!!!

Assalamualaikum...

Sekarang ni tepat pukul 10.55 p.m, mata i ni dah ngantuk sangat-sangat...nak tengok raja lawak pun dah takde feel...tengah menaip ni pun i tengah baring sambil lappy duk atas badan...hehe..y'all ada buat cam i ni tak..???i ni jenis kalau nak buat kerja ke apa ke memang susah nak buat atas meja, mesti nak kena buat atas katil..lepas tu mula lah kerja tak siap sebab tertidur...huahuahua..

Hari ini I penat sangat..penat badan dan penat otak...i tak tahu lah kenapa lately ni kerap sangat sakit kepala ...memang menyocok-nyocok je rasa...i memang ada high blood pressure, tapi selalu tak pergi buat rawatan susulan...harap-harapnya bukan sebab tu lah...

Hari jumaat iaitu hari ni ialah satu-satunya hari yang family aku semua ada...i means hari ini lah hari yang family i akan lunch sama-sama, mengemas rumah sama-sama dan juga gotong-royong (berkebun lah tu)...pagi-pagi tadi, bangun-bangun pagi je mama dah kerahkan kami-kami semua kemas kat bahagian dapur...rumah aku ni tak adalah besar pun tapi nak kemas dan bersih semua tu memang makan masa dan tenaga lah..lagi satu mr anai-anai yang memang i benci tu dah merayap merata-rata dalam rumah i ni...nak tak nak memang kena kikis tempat dia bersarang tu dan letak minyak petrol dekat tempat tu..arghhh..penat...

Lepas tu, petang tadi pulak pergi kebun...whoaa..kebun yang dah lama tak pergi sampaikan dah tak nampak rupa dah dari luar...semak samun dah meninggi gunung..!!! sampai dekat kebun, adik aku pergi cari durian...adalah sikit yang jumpa...nak cari lagi semak sangat...nanti masuk-masuk jumpa ular...dah semak-semak macam tu memang la ular suka tinggal...beberapa hari lepas adik i tu dah pergi dengan abang mat cari rambutan, tup tup dengar ular menyusur, tak jadi nak ambil buah banyak-bayak lagi...
***kalau tak kerana abang mat dah tinggal dekat situ memang tak pergi lagi kebun gamaknya...

Buah durian sekarang kat kebun dah tak banyak macam dulu..yelah, kebun yang tak terjaga...nak pergi pun bukannya dekat-dekat dengan rumah...syukur buah duku ada lah jugak beberapa pokok dah berbuah..maybe lagi seminggu dua dah masak betul...sebab tadi try ambil masam lagi...

Dulu dan sekarang memang banyak beza...dulu-dulu sampai buah-buah ni tak habis nak makan, dah jual pun masih banyak..tapi sekarang, kalau ada yang berbuah tu dah dikira nasib baik...nama saja ada kebun, kena juga membelinya ...itulah lain kali jangan biarkan kebun itu diselubungi SEMAK SAMUN....

Tragedi Genting Sempah


BENTONG – Niat seorang penumpang bas ekspres berpindah tempat duduk dari belakang ke bahagian hadapan bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan petang semalam.


Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Rizal Zaharon, 39 beralamat di Rumah Murah Peramu Jaya, Pekan menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kuantan.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 40.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak melibatkan sebuah bas ekspres dan lori treler membawa muatan kayu kira-kira jam 4 petang.


Menurutnya, bas dinaiki oleh 39 penumpang termasuk mangsa bersama seorang pemandu.

“Setibanya di tempat kejadian iaitu di kawasan menuruni bukit selepas terowong Genting Sempah, bas yang dipandu dipercayai terlanggar bahagian belakang lori treler itu.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang duduk di bahagian hadapan kiri tempat duduk penumpang tersepit,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Yusri berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurutnya, mangsa terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

“Selain mangsa, sembilan lagi penumpang dan pemandu dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan akibat kecederaan ringan dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil.

“Kes kemalangan masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Gambar & Berita : Sinar Harian


*****Sesungguhnya ajal maut itu ditangan Tuhan...Sentiasalah berhati-hati terutamanya di musim perayaan ini yang mana ramai warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing..jangan ego dan sombong di jalan raya..ingat dan fikir orang-orang yang masih berada di samping kita******

Thursday, January 19, 2012

Tips Mengelakkan Diri Dari Ditipu Ketika Membeli-belah di Internet



Assalamualaikum

Malam ini i nak kongsikan sedikit tips-tips untuk mengelakkan diri kita ni dari ditipu semasa membeli barang secara online..

Tips ni i dapat dari Ayudress.com

1.CARI INFO MAKLUMAT BUSINESS @ PENJUAL
- Sebenarnya anda boleh mencari dulu info penjual terbabit.....
-sekarangkan maklumat hanya di hujung jari..... jadi tanya sahaja uncle G ( google.com) or Uncle Y ( yahoo.com)
-anda click www.google.com or www.yahoo.com
Maklumat yang anda boleh cari ialah

1. Nama busines... kalau tak caya... cuba search Ayudress.com.. mesti berderet keluar info :P
2.No phone... seller
3.no akaun

- mengapa saya suruh anda google dulu info2 tersebut?
-kerana jika seseorang itu memang seller... pasti maklumat2 ini akan keluar... di internet.
-Anda boleh tahu juga feedback dari customer2 lain sama ada feedback positive atau negative.
-Jika ada banyak sangat feedback negative .............. lari la.. jangan la deal ngan seller tu lagi... ramai lagi seller yang berwibawa yang boleh kita deal :)
-Kita juga boleh tahu pembeli2 seller tersebut dpat tak barang yang mereka dah bayar...

2. SEARCH DI GOOGLE DENGAN PERKATAAN YANG SINONIM...
-Perghhh... tajuk :P
-search perkataan yang berkaitan dengan penipu.... di tipu.... 
-cth anda taip nama sipolan atau nama biz mereka......emm kita wat cth perniagaan abc...
-so taip la kat google tu.... perniagaan ABC penipu...
-mesti info yang berkaitan dengan penipuan akan keluar JIKA mereka ada melakukan penipuan...
-kalau tak der.... okla tu.... :)

-satu lagi perkataan... cth Ayudress forum...
-kalau shopping kat forum2 ni...selalunya pembeli akan bagi feedback cepat... di forum tersebut :)

3.BACA DAHULU SYARAT-SYARAT PEMBELIAN
-PLEASE............. yang ni kita selalu malas nak baca!
-penting ni tuk di baca... takut2 ada agenda tersembunyi or kita sendiri tak bersedia nak mematuhi syarat tersebut.
-jangan tak percaya ada syarat2 seller yang mengalahkan nak beli rumah banglo rm100k.. padahal nak beli bajuje rm30 :P
-cth.....seller meletakkan syarat bahawa pengepos dilakukan seminggu sahaja... masaklah anda jika baju nak pakai keesokkan harinya.... tp kalau beli seller pos minggu depan.. ( bab ni kita sebagai pembeli yang salah.... :P )
-syarat penukaran... kalau barang tersebut rosak or salah hantar...
-ada seller dia yang  salah hantar...barang kat kita... tapi kita nak tukar balik... dia pulak yang kata tak boleh?
KEJAM TAK?? KEJAM KAN... kalau kita yang salah... ok jugak.. ni dia yg salah hantar.. pastu kita nak tukar.. tak boleh pulak.. :P
-tapi tak semua seller begitu... segelintir je...

4.PERHATIKAN CARA FEEDBACK DARI SELLER
-saya suka perhatikan setakat mana professional seseorg seller tersebut..
-saya selalu hindarkan membeli dari seller yang suka maki2 or marah cust.... takut saya nak deal :P
-bab ni saya rasa semua orang boleh berfikir sendiri kot..
-takut saya nk deal ngan seller yang mengalahkan along... :P

5.ANDA CALL or SMS LA DULU SELLER TERSEBUT
- call or sms la dulu seller tersebut.... tanya dulu available stock dulu.... deliver mcm mana... tips ni bukan apa... just kita nak pastikan attitude seller tersebut...
- tanya byk2 soalan pun tak per... dengar gaya percakapannya dulu...
-selalu soalan yang saya tanya..

a. dr mana? ( kalau dekat leh cod terus :P... cod tu jumpa seller pastu bayar)
b.tanya la... boleh cod tak? selalu seller tak keberatan nak cod ni... tapi tak semestinya yg payah nak cod tu penipu jugak...
c.bila boleh pos lepas bayar....

- itu di antara soalan2 yang saya ty la... anda boleh kreatif kan lagi soalan2..

5.MENGIKUT GERAK HATI ANDA SENDIRI
-ha......... bila step2 di atas anda dah follow.... just follow your instinct .... kalau rasa k.o je.... abaikan la transaction yang berisiko ni...
-kalau anda rasa ok.... deal je la.

6.ELAKKAN PEMBELIAN BARANG YANG MAHAL
-Pembelian barang yang mahal2 seperti HP...laptop... camera... kalau saya... saya lebih suka beli di kedai sahaja..
-atau klau nak beli jugak di internet... saya selalu pastikan seller tersebut ada kedai...
-saya pernah membeli barang kemas online.... tapi untuk kes2 begini saya hanya beli dengan seller yang saya dah biasa atau seller yg di rekemen kan oleh kawan2 saya.

7.TRY DULU MEMBELI...
-kadang-kadang kita rambang mata kan.. tengok barang2 .....
-untuk seller yang saya tak biasa deal lagi... saya selalu beli dulu dalam jumlah yang kecil dahulu...
-sebabnya kalau mengalami masalah mcm ni... tak la terasa sgt amount ... ( so far tak pernah lagi... )
-bila brg dah sampai... tgk la dulu keadaan item tu macm mana...
-mudahkah urusan pembeliannya....
-kalau mudah.. insyaalh akan repeat lagi order.. :)
-kalau tidak... sekali itu je la...

8.PEMBELIAN LUAR NEGARA
-saya selalu membeli belah di oversea tau.. ceh wah.. :P
-tapi shopping online je la..
-yang ni saya selalu shopping di web2 yang boleh di percayai je lah..
-cth mcm ebay...
-and saya hanya pilih seller yang boleh bayar pakai paypal je.... nak tau napa?
-sbb kalau saya dah bayar tapi barang tak dpat dan seller tak dapat buktikan tracking number sacara sah... saya leh claim mtk blk duit saya :) hehhe


100% copyright

Hutan Bandar Mutiara Rini

Assalamualaikum my deary blog..

Dah lama aku tak ke sini..Ada yang kenal tempat ni tak..???

Tempat ni namanya Hutan Bandar Mutiara Rini...Di Johor ni, memang popular juga dengan hutan-hutan bandar ni..actually, ia macam satu tempat di mana sesuai untuk beriadah, nak bersenam, jogging, rehat-rehat, lepak-lepak, untuk buat majlis-majlis, photoshoot dan banyak lagi lah y'all boleh buat if datang sini..

Suasana petang-petang yang redup macam sekarang ini, buat i teringin sekali nak pergi sini...dekat kemaman ni setakat pergi astaka tu dah bosan dah...lagipun facilities nya pun tak banyak...Bila ke sini tentulah i rasa damai dan tenang je sebab dapat fresh air gitu..kalau petang-petang je i selalu vroom vroom ke sini dengan farihah...lepas tu singgah makan steamboat kat gerai van tu...dapnyerr....

Tempat ini juga merupakan tempat favourite i selain makan-makan dan shopping di mall yer ...

Ini pemandangan dalam hutan bandar ni lah..first depan-depan kat entrance ini ada playground, ada taman-taman sikit and ada gerai-gerai ...ada gerai makanan dan minuman ..dan yang uniknya dekat sini ada dijual pelbagai layang-layang yang comel-comel untuk kita main dekat padang...padang tu dekat belakang gerai-gerai ni..kawasan hutan bandar ni luas jugaklah..

Kemudahan playground untuk seisi keluarga beriadah...Time ni dalam pukul 5 lebih camtu dah penuh dengan orang..yang best semua ada dalam ni ,,, 

 Memang penuh especially on weekend

Comel kan layang-layang tu...i teringin nak main tapi i naik vroom vroom je...lepas dah habis main takkan nak buang kot...tak jadi beli..:(

Geram geram geram

Barang lain pun ada...lebih kepada permainan kanak-kanak lah

Kacang rebus...

Makanan-makanan bercucuk macam ini jual dekat tempat-tempat ramai orang  memang lah laku...
lebih-lebih lagi kalau pembelinya adalah  i...

Sedia nak menerbangkan layang-layang

Yeay...dah berlegar-legar di udara

Banyaknya kereta..cari mana 1 kereta i...hee..i kan pakai vroom-vroom je, mana lah nak nampak...lagipun i tak park dekat situ...

Jom senaman kaki....gergasi-gergasi dekat belakang sana tu sesuai lah untuk i, juga untuk u dan yang rasa dirinya bukan kanak-kanak lagi..

Satu part je yang i tak berkenan dekat sini sebabnya air kolam/sungai ini sangat kuning...

on the way nak lalu sini, ada juga yang berphotoshoot..

i pun nak jugak, tapi tak mampulah buat gaya patah pinggang tu...:)

Cantik landskap kat sini...kalaulah i ada dslr

 Lagi satu, hutan bandar ini ada sediakan rumah-rumah tradisional setiap daerah di negeri Johor ni..dan sememangnya sangat cantik senibinanya...

Selamat datang ke Laman Penggaram..kebanyakan rumah-rumah yang ada ni ada yang kayunya dah reput dan ada yang masih ok...sayang buat mahal-mahal tapi tak dijaga dengan baik....

.i nak pergi siram pokok bunga i plak...
oke, bye-bye..

Kami VS Kek

Assalamualaikum

 Menggiurkan tak???

Cuaca panas-panas macam hari ni makan fruit tartlet ni memang buat tekak rasa sejuk dan nyaman je..tapi, kena lah letak dalam freeze dulu lah..baru sedap makan time sejuk .so yummy..

 2 orang bebudak yang rakus 

 kakak bebudak nak interframe jugak

 chocolate cupcake...dapat free sebab i adalah x-staff kat cake shop ni..

 ini i order ..kalau nak banyak-banyak camni memang harus kena order dulu sebab dekat kedai just jual dalam pek..dan dalam pek itu ada 6 biji je...tak cukup kalau nak beli sikit-sikit...sorang-sorang pelahap..!!!

tengok riak muka nana dan wawa yang dah tak sabar nak makan 

 chocolate moist and black forest cake...marvelous..

 I tak suka sangat kek yang terlalu banyak coklat , tapi dah adik i yang sorang itu nak sangat, kakaknya haruslah turutkan...

 ready to eat..

 saja letak gambar ni lagi...my feveret forever ni..rasa kastardnya sangat lembut, dia punya sarang tart pon lembut dan tak garing sangat...siapa yang suka garing boleh request time order tu..

 gurlpppp....

jemput makan meh..ada lagi ni..hehe=)

Tiap-tiap hujung tahun dan awal tahun area-area rumah i ni memang akan dihujani dengan kek-kek je..nak-nak lagi family i..tak ada seorang pun yang lahir awal tahun semua akhir-akhir..mama dan wawa bulan 8, abah bulan 11 dan i dengan mubin bulan 12...bulan 11 dan 12 tu memang kering la poket sebab kena beli kek dan haruslah ada makan-makan kan... next week pulak, birthday arissa yang ke 2 tahun (dah besar dah budak ni)...jadi, makan -makan lagi...heee...bila mau slim ni....!!!

****nak beli apa yer tuk besday arissa...baju-baju dah selalu bagi...
grrrr...no idea lah...

Owh...Hari, Diri dan Cuaca

Assalamualaikum..

#gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena..ehhh..boleh pulak..^_^

Hello semua..apa khabar..???
Hari ini dan semalam cuaca cerah je..Alhamdulillah..cuma i je macam orang yang terkena dengan perubahan cuaca yang sekejap hujan lebat sekejap panas terik...and at last i demam plus i got period pain...seriously, i hate period pain....i tak tahu la orang lain macammana kan when menstrual cycle happen..bagi i, rata-rata orang perempuan ada pengalaman tentang ni..cuma lain orang, lain ragamnya..macam i, bila dah terkena, i memang tak boleh buat kerja langsung..Never...!!! sakitnya memang la ada part memulas-mulas tu...tapi bila ditambah dengan sakit pinggang, sakit kepala, dengan tekak yang rasa loya buat i rasa nak pengsan...tak tahan sangat semalam nasib ada losyen panas pati halia tu...i lumur banyak sangat-sangat sampai i pula yang kepanasan...still tak surut dan i terpaksa telan pil ....dalam sakit-sakit tu, tekan-tekan perut, golek-golek satu katil dan akhirnya i tertidur..bila bangun pagi je, dah tak sakit lagi..

betullah kalau tak nak rasa sakit ni, orang kata tidur je caranya..bila bangun je sure sihat..
macam bila kita tengah lapar jugak, kalau dah tak ada makanan sangat yang nak ditelan tu, baik tidur je pasti dijamin kenyang...itu cara i lah..y'all i tak tahu..hihi =)

i nak pergi berkebun ni..habis pokok-pokok bunga i dan mama macam nak mati je...
sebab kena air hujan banyak sangat...lagipun hari tu baru letak baja dan lepas tu hujan pulak turun tak berhenti-henti, maka tanah tu dah jadi berasid kot...(maaf kalau silap, sebab dah lupa pasal sains ni)

i'm off now, jumpa lagi di lain entry