Saturday, February 4, 2012

Siapalah Kita Untuk Menilai Insan Lain??

Assalamualaikum

Dear my friend whoever read my post.........
Tertarik untuk berkongsi satu artikel dari http://www.iluvislam.com/  kerana sedikit sebanyak apa yang digarap oleh penulis menyamai kisah di sebalik hidupku..Telah membuang perasaan itu jauh-jauh tapi ku tahu masih ada yang bercakap di belakangku...Sama sekali tidak menyalahkan mereka, kerna ku jua tahu mereka tidak dapat menyelami apa yang kulalui...Untuk sampai ke hari ini, diriku sudah mencuba sebaik mungkin. Mungkin bukan sepenuhnya tapi masih mencuba dan akan terus mencuba...

Siapakah Kita Untuk Menilai Insan Lain???

Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku! Alhamdulillah, Walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, kerana masih mampu menulis dan diberikan ilhamNYA untuk terus dan terus menulis tanpa jemu atau berputus asa. Dengan itu anda mampu membaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni. Diharapkan sama-sama mendapat manfaat! InsyaALLAH.. Semoga saling ingat mengingatkan dan sampaikanlah kebaikan dan pesan walau 1 ayat!... InsyaAllah...
Sedang saya berfacebook, saya tertarik dengan status salah seorang rakan Facebook dan saya salin sebahagian dari statusnya untuk menjadi status saya. Alhamdulillah, niat untuk memberi kesedaran kepada kita semua, termasuk saya. Ya! Termasuk saya. Saya juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated orang lain juga. Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan gambar di bawah...

Kita semua sama di sisiNYA. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur... Cuba kita sama-sama renungkan...
Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang! InsyaALLAH. Yang penting, jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...
"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).
Sementara itu dalam kehidupan kita memang tidak dinafikan pasti akan menemui manusia yang memang sikapnya akan memandang rendah insan lain. Biarlah. kerana, suatu hari nanti dia pasti sedar dari kesilapannya! Kita doakan sahaja. Semoga dia diberi hidayah Allah. InsyaAllah..
"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim)..
Melihat betapa pentingnya sikap positif tanpa memandang rendah insan lain, saya tertarik dengan konsep yang pernah dikongsikan sewaktu kursus KSPK lepas, dari sudut kanak-kanak, jangan sesekali kita melabelkan mereka... kerana mereka adalah insan yang masih baru mengenali dunia dan masih perlukan sokongan dan perhatian orang dewasa untuk berkembang... Jadi sebagai orang dewasa kita seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar bukannya melabel dan asyik memarahi... Sila ambil perhatian !
InsyaAllah, sesungguhnya semakin kita menerokai sesuatu ilmu yang bermanfaat, semakin banyak manfaat yang kita perolehi dan dapat dikongsikan bersama. Siapa kata FB tu sesuatu laman sosial yang tak bermanfaat?
Renung-renungkan semua. Salam Muhasabah dan istiqamah dalam kebaikan! Allah humma amin....
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya"surah Al-Isra' ayat 27.
Renungan buat kita semua...
Mari kita tajamkan mata hati dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat-ayat cinta suci FirmanNYA.... 
Wallahu alam..
Sangat suka dengan keterangan penulis berkenaan ayat ini
Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...
Remember this:
Do not judge everbody without you know their reasons..or you too will be judged..

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman Part 2

Assalamualaikum...

Buat apa tu y'alls malam-malam camni??I baru je lepas tengok Raja Lawak but so far tak ada lagi contestant yang betul-betul boleh buat i geli hati ..Yang yer-yer lawaknya David Teo lah dengan komennya yang umpama nak berpantun tu..Haha..tak faham tapi still boleh gelak..

Sambil-sambil tu, i nak meyudahkan entry yang tertunggak ni...
Ok, untuk pengetahuan rakan-rakan blogger yang baru saja menjengah masuk ke blog ni, ini merupakan sambungan dari entry yang lepas..Sila scroll untuk lihat entry terdahulu..
chewahh..macam iklan plak..=)

Selepas puas hati dengan gambar-gambar yang diambil dekat pokok-pokok yang menggerbang tu(class  siap menggerbang tu), kami pun masuk ke area sangkar-sangkar burung ni..
 Ini burung pertama ...tak tahu nama apa..nampak macam ayam je kan..
 Najwa yang teruja ..first time datang zoo ..
 Ini puyuh ke??? Wonder...
 Abah dan Najwa yang bersungguh-sungguh membaca info
 Burung ni cantik..macam merak pun yer,tapi warna brown..
 Menyempat
Menyempat lagi
Tabung Burung Nuri..eh...burung nuri lah...dia pandai cakap tau..Hye handsome..!!!
 Burung kakak tua..
Tua ke???

 Lupa nama apa..kesian kene kurung dalam ni...tengah fikir masa depan agaknya tu
Menuju ke Sangkar Burung Merak..
 Apa lah yang burung merak tu buat sampai mama i gelak sangat tu...
 Time ni burung merak tengah kibarkan sayap-sayapnye tu..cantik..tapi tak dapat nak snap dekat-dekat, sangkar tu kecik sangat...
 Boleh plak jumpa pokok duku kan..
 Kami si burung merak yang gojes..=)
 I empunya blog yang ........isi sendiri la..
 I heart this skin colour..jarang ditemui..
 Bergambar dengan tong sampah pon boleyyy...dah intai tak de pape pon dalam tu okayyy..
Sekeliling ni hutan..Pokok-pokok memang banyak kiri kanan
 Terjumpa plak spesies ubi apatah..nampak tak macam batu-batu tu..lupa hari tu abah sebut apa..memang susah nak jumpa kat mana-mana..
Keluar dari area burung ni...banyak lagi kawasan lain..memang jenuh la nak ke satu-satu tempat..

Nak tahu lepas ni kami ke mana..???
Nantikan sambungannya lagi k...

Jom baca

Thanks again for reading my entry...!!Muchass gracias..

Friday, February 3, 2012

AWESOME GIVEAWAY by Farez Shah


Assalamualaikum..

Kali kedua i ditag oleh Yana..Yang first dulu game tag..and now giveaway!!!

Ok lah, sekadar mencuba nasib dan juga untuk memeriahkan dunia blogging ni..
kita saling support  menyupport lah kay...

Klik  SINI  jika berminat

The prizes

 -1x pemenang untuk shawl n inner dari butik fiQ'Ra
-1x pemenang for earphone daripada FYA PELANGI VII
-1x pemenang for t-shirt from amirnawawi
-1x pemenang untuk free header dari farez shah (boleh demand)
-1x pemenang untuk kaspersky anti-virus for 1 pc dari kedai kaspersky online

The Sponsors

Butik fiQ'Ra: blog /fanpage
FYA PELANGI VII: fanpage /blog 
Amirnawawi: fanpage/blog
Farez Shah 
Kedai Kaspersky Online : fanpage/blog

Tags

Fabric Flower Brooch

Assalamualaikum

Selamat pagi semua..Salam hari Jumaat penghulu segala hari..How's ur day?? 
I am little bit changing from day to day..Yes, syukur Alhamdulillah...

Now, i sangat-sangat tak sabar nak sharekan something yang i buat sendiri..
 My simple fabric brooch
First time i buat brooch sendiri..ok, bangga jap..=)
Hanya 4 kuntum je i buat..yang besar tu bukan...
Ada 2 jenis..
1 with purple smarties button n 2nd with two hole green button..
I yang bergaya dengan kerongsang comelku ini..hehe.. 
hari tu keluar pergi bandar siap ada yang tegur beli kat mana...

***sorry dear coz i belum ready untuk menerima sebarang tempahan...rasa tak layak lagi, masih perlu banyak praktis...

Thursday, February 2, 2012

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Assalamualaikum...

Dah lama i nak buat entry ni, tapi selalu je tergendala...sibuk buat benda lain...dan hari ni baru mood datang..bukan apa, i yang jadi pening, berpinar-pinar biji mata ni bila tengok picture yang superbanyak ...ada 500++ yer...sebenarnya gambar mengarut yang banyak..gambar elok-elok sikit je..
Siapa pernah datang sini???
I rasa orang-orang luar dah ramai yang datang ke sini, tapi i dan family yang tinggal dalam  lingkungan jarak masa hanya 15-20 minit, baru je pergi..
Kami pergi time cuti Chinese New Year tempoh hari...Cuba tengok dekat gambar tu, tempat ni dah dibuka sejak April 2009 lagi...Januari 2012 baru saja kami menjejakkan kaki..Abah cakap apa tau, lamanya simpan duit sampai 4 tahun baru dapat pergi sini..haha
Kalau bukan Najwa yang begitu excited nak pergi maybe bertahun-tahun lagi takkan sampai ke sini..Sampai tu memang sampai,  just lalu je tempat ni...Nak masuk dalam, sorry lah yer...
Ok, nak masuk ke hutan belantara ni pengunjung2 disediakan trak (buggy) ini untuk sampai ke dalam dari pintu masuk..Nak berjalan kaki pun boleh tapi sepanjang perjalanan tu tak banyak lah binatang-binatang..Asalnya dulu tempat ni memang hutan pun..jadi dalam ni memang banyak pokok besar-besar, jenis pokok-pokok hutan..pokok-pokok buah pun ada...
 Mama yang sempat disnap oleh i ..Masa ni baru sampai dekat tempat yang menempatkan segala binatang yang ada dalam mini zoo ni...Kira centre la..tempat berhenti untuk menurunkan dan mengambil penumpang...Dan di sekitarnya, pengunjung boleh berjalan-jalan untuk melihat binatang yang ada..
Ini pokok gerbang(pintu gerbang) menuju ke sangkar burung..Before nak melilau-lilau, wajib ambil gambar dulu..Rugi tak ambik, nak masuk dalam ni bukan murah..
Posing lagi...habiskan bateri..hehe..gambar ni abah yang snap..
My family..eh, ada sorang lagi yer..adik lelaki i..yang tu tak suka mengikut..

Jom tengok burung apa yang ada...
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-
Nanti dulu yer, i sambung di lain entry..banyak sangat picture...nanti berjela-jela plak entry ni...
Stay tuned to the next entry...

Thanks for reading

Terukir di Bintang*

Assalamualaikum..

Jom dengar lagu Terukir di Bintang ni..
I bukanlah peminat Yuna tapi bila first time dengar, i dah jatuh cinta lah .....
Jatuh cinta dengan suara Yuna nyanyikan lagu ni..sedap tone suara dia...
Lagi satu suara dia unik kan?
Nama dia lagilah unik, jarang dengar....

Terukir di Bintang by Yunalis Zarai


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi 
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Lagu ni baru je released in January 2012...
juga menjadi title  her 2nd album
Siapa peminat Yuna mesti dah pernah dengar..
I je yang selalu tertinggal bas...

See yaa
~Enjoy~

Mari mari beli DUKU dengan Errah Najwa

Assalamualaikum

Ha..ini buah fresh dari kebun tokki i..tokki tu panggilan kepada datuk la if belah pantai timur ni..

tok=datuk
ki=lelaki
shortform nye jadilah tokki

hehe, i reka jer tu..

Cuba teka ada berapa kilo semua ni??
Lambat...semua ni lebih kurang dalam 25 kg.. kiralah sendiri berapa hasil jualan ni..=) 
Duku yang sempat dikutip di kebun...pergi pun da dekat pukul 6 petang..hanya ini je yang sempat kutip...
Ada lagi beberapa pokok yang belum diambil..Sebab sekarang musim hujan, nak masuk kebun ada pacatlah...
Mari berniaga bersama saya...hee

***update cepat-cepat, mau berkebun tanam serai plak...
papai~

Suatu Hari Nanti

Assalamualaikum

Lagu ni merupakan lagu tema filem Azura yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia hari ini...

Suatu Hari Nanti by Keroz
Tersentuh hatiku bila terfikirkan kamu
Kau sering bersandar padaku
Di saat kau lelah

Ingatkah dirimu pada waktu-waktu dulu
Aku sering menyambutmu
Di saat kau jatuh

Akulah aku...
Yang slalu membuat kau tersenyum
Walaupun sering ku terluka
Tapi tak mengapa
oooooooo..ooooo

Akulah aku...
Kan slalu hadir untukmu

Moga nanti suatu hari
Kau akan sedari...

***best kan ...dengarlah puas-puas