Monday, January 16, 2012

Tolong Saya..Bantu Saya..Macammana nak ringankan blog..???

Assalamualaikum..

I have a big problem which is my blog  very2 berat yang amat ..Nak buka kemain lambat...Maybe berat sangat..Jadi, siapa-siapa yang tahu camana or boleh bantu saya, please-please let me know..

kenapa??sebab dah ramai cakap blog saya lambat nak loading..  malah saya sendiri rasa cam tu...help me...

Scrapaperclip Anniversary Giveaway

Assalamualaikum


Siapa yang tak join Scrapaperclip punya giveaway ni memang la teramat rugi .Lagi-lagi aku lah kan...Sebab... sebab hasil kerja tangan ownernya sangat-sangat awesome, kagum sangat..Memang amazing dikurniakan bakat yang amat-amat kreatiff..

Hadiahnya juga sangat best

                                              A Free A5 size wedding Mini Signage !!!

Nak tengok camana rupanya..let's scroll down..!!!


See
Serius cantik, lawa, gojes dan very2 kreatif bukan..???
jadi, apa lagi ayuh ramai-ramai join GA ni..tak kan nak tengok je barang free yang super cantik ni..

Jom terjah blog Miss Farah if nak join dan tahu selanjutnya

So Hurry.... 
Closing next Thursday 12pm Noon on 19th January 2012

Makan-makan di Pizza Hut JUSCO Taman U

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sambungan dari entry ini
Selepas dah  penat berjalan seharian ke JB, kami masih lagi tak putus asa dan mencuci mata lagi di Jusco Taman U. Ini juga kerana kami dah berpakat nak celebrate besday kawan. Memandangkan besdaynya dah lepas dan time tengah busy exam, jadi celebrate agak lambat.
Kami tak beli hadiah pun, hanya makan-makan ini sahaja yang dapat kami kongsikan di hari gembira ni..

Ni dia besday girl...
ok, tipu..

Yang ni baru betul..
hasliza nama diberi..
SELAMAT HARI JADI

mizah dan fatin..

air dah sampai...slurppp

garlic bread pun dah sampai

 tapi pizza agak lambat sampai...Boleh tertidur kami menunggu..

Ini pizza Hawaiian Chicken..Kami ambil set family favourites

Hawaiian Tuna

Mushroom soup..Mabeles..

Jemput makan meh

Di saat menunggu pizza...macam-macam reaksi muka boleh tengok

Air pun dah nak habis tunggu pizza masak lambat sangat

Dah sampai, ngap cepat-cepat...

Kek cute miut ni disponsor oleh Mizah dan Fatin

Gambar besday girl potong kek tiada, tapi gambar aku yang banyak...
Inilah aku dulu...suka camwhore.

Alhamdullillah jumpa balik picture-picture ni, boleh remind memori-memori bahagia...
Thanks to my friends whoever always beside me..Hope we can gather like this someday..
AMIN

Sunday, January 15, 2012

Anugerah - Sinetron Kegemaranku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Salam Ahad buat semua...


Anugerah
Pernah tengok tak cerita ni..???
Sinetron ni dah dekat sebulan lebih ditayangkan dekat Malaysia ni bagi menggantikan sinetron Lagu Cinta Nirmala.. bersiaran di TV9 bermula pukul 5.40-6.40 petang..Jadi, siapa-siapa yang tak ada Astro tu tak payah risau la sebab anda juga boleh menontonnya.
Juga boleh menonton di www.tonton.my...

Tapi...
tapi...sinetron ini sangatlah panjang...
sebanyak 460 episod..Hurm..dah makan banyak tahun tu..
Macam drama Hindustan feveret mama, ceritanya hampir 5 tahun, sekarang dah 2 tahun lebih kot bersiaran..Lama sungguh, untung la ada peminat setia...

Sinetron ni memang meruntun jiwa..sedih, haru, geram, benci, marah dan macam-macam perasaan lah yang akan timbul

Sinopsis (sila jadi indonesian sebentar)

Kisah perjalanan hidup Nabila (Nabila Syakieb), gadis cantik, lembut, tegas sangat menyayangi ayahnya yang tercatat sebagai mahasiswa terpintar dan terbaik di universitas dan berpotensi memiliki masa depan cerah, harus berada di posisi dilematis ketika Ayah yang sangat dicintainya, Arif (El Manik), terkena gagal ginjal dan harus segera melakukan operasi.

Nabila benar-benar kehabisan cara untuk menolong ayahnya. Nabila meminta agar Lisa (Cut Memey) ibu tiri Nabila yang gila harta untuk mencari bantuan. Didepan Nabila, Lisa berpura-pura tidak mendapatkan pertolongan untuk Arif. Lisa malah memberikan sekotak perhiasan kepada Shania (Ketrin Agustine) saudara tiri nabila yang egois dan manja. Sampai akhirnya Nabila tanpa sengaja bertemu dengan Endah (Dina Lorenza), seorang wanita kaya raya dan baik hati ikhlas menolong Nabila karena memiliki kisah yang sama dengan Anaknya Rino (Kevin Andrean).

Tanpa sengaja Nabila bertemu dengan Fandy (Samuel Zylgwyn). Fandy adalah anak Sugih (Dwi Yan) seorang pengusaha kaya raya yang sangat menyayangi kedua anaknya. Sugih meminta Fandy untuk berhenti melukis dan bekerja diperusahaannya, serta segera menikah seperti kakak tirinya, Bima. Bima (Giovanni Tobing) yang sudah lama menikah terlebih dahulu dengan Wulan (Dini Aminarti) sangat menginginkan hadirnya buah hati. Apalagi Hera (Annie Anwar) ibu kandung Bima yang sangat membenci Fandy, tahu bahwa Fandy akan segera menikah dan mengenalkan Nabila sebagai calon istrinya. Hera takut kalau Fandy yang terlebih dahulu memiliki anak, sehingga Hera tidak ada kesempatan untuk memiliki harta Sugih. Oleh karena itu Hera meminta wulan untuk melakukan berbagai pengobatan dan meriksakan kandungannya. Namun Wulan tetap tidak bisa memiliki anak...

Erlin (Femmy Permatasari) ibu kandung wulan tahu akan hal itu, membuatnya nekat untuk mencari jasa ibu penganti. Awalnya Wulan syok mendengarnya, namun demi cintanya yang dalam pada Bima, ia pun menyetujui semua itu.

Erlin berhasil menemukan Mawar (Sheila Marchia) yang bersedia melakukan insiminasi, tentunya dengan bayaran yang sangat tinggi. Namun pada akhirnya, Nabila lah yg akan menjadi ibu pengganti untuk Wulan. Diam-diam, Erlin menyuruh Wulan pura-pura hamil. Seluruh keluarga jelas senang, namun ketika Bima tahu itu hanya pura-pura, Bima sangat kecewa. Terlebih lagi saat Wulan bilang kalau bayi mereka sedang dikandung oleh perempuan lain.

Bagaimanakah kisah selanjutnya? Dapatkah Nabila bersatu dengan Fandy? Apakah keluarga Sugih dapat menerima insiminasi Nabila dengan Bima??

 Ikuti kisah selanjutnya di TV9, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 5.40 petang

Jadual Puasa Sunat 2012

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

sumber : google.com

Berjimba-jimba di Johor Bahru

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Suatu tengahari selepas tamatnya exam..kami berlapan dengan gembiranya telah hangout beramai-ramai menuju ke Johor Bahru..(ayat nak skema je kan)

Sebetulnya gambar-gambar ini dah berabad, cuma bezanya tidak pernah dipublish di mana-mana laman sosial..a.ka fesbuk.com..Semalam, semasa tengah membedah siasat external hard disk ku, dengan kuasa Tuhan aku terjumpa folder-folder gambar ni..Ya Allah, sukanya dalam hati sebabnya aku fikir gambar -gambar ini memang dah lama terpadam..dan selepas itu memang aku tak pernah nak update langsung external tu...

 So, here we go
Kotaraya
 First place tentulah mencari tempat untuk mengisi perut yang dah lantang menyanyi tu..Hanya gambar air, makanan tak sempat snap sebab semuanya dah kelaparan ..Ngappp..

 Dilarang mengambil gambar...tapi aku tersenyum girang diambil gambar

 The gadis-gadis  ..Wani ayu berbaju kurung...

Bos dan anak-anak buah

 Sempat memborong..It's sale yaww

 Dah penat ,jalan-jalan menuju ke City SQUARE

 Nampak peti aiskrim, cepat-cepat berhenti..
Makan dulu...

 Dalam CS..Time to window shopping..

Stage for Christmas Eve Celebration

 Dah petang, jomlah balik...See TAMAN U bus..???itulah bas kami...tapi bukan yang itu kami naik..

Ini dia..Bus warna kuning..Sit yang selesa..

Juga boleh duk menghadap macam ni..

Dah sampai Taman U, bukannya balik uni lagi...ada lagi agenda kami
Stay tuned to the next entry..

Cantik itu Subjektif

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Cantik itu indah..
cantik itu subjektif..

Bila berbicara hal cantik, manusia sering mengklasifikasikan cantik itu semata-mata cantik di pandangan fizikal sahaja. Jarang sekali untuk menilai cantik dalamannya. Tapi kalau di luar dah cantik dan didalamnya sememangnya cantik, itu dah dikira bonus..

Kenapa saya menyatakan cantik itu indah...???
Ya, pada saya tiada apa yang lebih bernilai jika dua mata kita ini memandang kecantikan yang dikurniakan oleh Tuhan pencipta alam terhadap alam ciptaannya..Hanya mampu mengucapkan Subhanallah terhadap anugerah yang sangat berharga itu..

Orang selalu cakap cantik itu subjektif...Tapi adakah kita tahu erti yang sebenar-benarnya???
Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, saya selalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama saya cantik. Cantik itu adalah mama saya.
Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliau tajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mama pakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah cipta sebegitu.
Mama juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Beliau merupakan seorang guru. Apabila saya pergi ke sekolah mama, saya selalu dengar pelajar-pelajar mama puji mama cantik.
Apabila saya mula meningkat remaja, orang selalu kata kakak saya cantik macam mama saya.
Baru saya perasan, kakak saya cantik. Tetapi kakak saya berbeza daripada mama saya. Bulu mata dia lebat, melentik, dan mata dia besar. Kulit dia pula putih bersih, tidak berjerawat serta memiliki badan yang kecil.
Dia seorang yang lemah lembut dan peramah serta mudah mesra dengan orang. Dia mempunyai ramai kawan, dan ramai orang menyukai dan meminatinya.
Semua guru sukakan dia dan ramai lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Kadang-kadang mereka berkawan dengan saya semata-mata ingin mendekati kakak saya.
Saya berbeza dengan mama dan kakak, saya tidak pernah mendapat pujian seperti mereka. Saya selalu mendengar kata-kata seolah-olah membandingkan saya dengan mama dan kakak.
Kadang-kadang mereka tidak menyangka bahawa saya merupakan anak dan adik kandung kakak memandangkan saya tidaklah secantik mereka.
Saya tembam, berkulit gelap, berjerawat, dan berangka besar. Saya juga seorang yang agak kasar dan garang. Kehidupan saya lebih rapat dengan abang-abang berbanding dengan kakak, oleh sebab itu saya membesar menjadi seorang perempuan yang tegas.
Saya membesar dengan pelbagai kritikan. Saya teringin untuk menjadi cantik seperti mama dan kakak, tetapi mustahil untuk saya menjadi cantik seperti mereka walaupun saya ber"make up" tebal.
Kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi, dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu.
Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya. Kawan saya cakap cantik tu subjektif. Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang, dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja. Saya mengaku, kata-kata kawan saya itu ada benarnya.
Jadi, saya tidak lagi mencuba untuk nampak cantik di mata sesiapa. Kerana saya tahu saya tidak mampu untuk kelihatan cantik seperti mama dan kakak.
Saya telah berjaya buktikannya. Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki. Kecantikan akhlak, budi bahasa membuatkan saya juga memiliki ramai kawan dan guru-guru juga turut menyukai saya.
Saya sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak saya dengan kawan-kawan dan dengan guru. Saya sentiasa mencuba untuk membuat baik dan membantu mereka. Alhamdulillah, saya mampu buktikan saya juga berjaya memiliki apa yang kakak saya miliki walaupun saya tidak dikurniakan kecantikan rupa paras seperti mereka.
Perkara tu sangat susah untuk saya lakukan kerana pada asalnya, saya bukanlah begitu. Pada mulanya saya seorang wanita yang sombong dan berperangai buruk. Saya tahu saya tidak boleh ubah rupa paras saya, tapi saya boleh ubah perangai dan akhlak saya. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak saya cantik.
Secara beransur-ansur, saya cuba untuk menjadi perempuan yang berakhlak mulia, bersopan santun dan lemah lembut.
Saya mengaku saya memang tidak boleh ubah diri saya jadi lemah-lembut seperti mama dan kakak. Mereka memang begitu ukurannya, dan saya memang begini ukurannya. Namun saya telah mencuba sedaya upaya untuk memiliki sifat-sifat baik yang perlu dimiliki oleh wanita muslimah. Bukan untuk memiliki ciri-ciri seperti kakak dan mama, tetapi membentuk ciri-ciri saya sendiri yang Allah pendamkan dalam jiwa saya berdasarkan yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw..
Secara jujurnya saya tidak mampu untuk memiliki sifat lemah-lembut seperti kakak. Hati saya bukan seperti hati kakak yang berjiwa lemah lembut. Mungkin situasi yang kami lalui berbeza, maka sifat yang membentuk peribadi kami berbeza.
Saya terdidik dengan kritikan dan hati saya sedikit sebanyak telah terguris walaupun pada dasarnya tidak pernah kelihatan. Namun ia telah membentuk peribadi yang lebih keras dan tegas supaya saya mampu mengharunginya.
Saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, namun masih ada lagi kata-kata yang terkeluar daripada mulut-mulut yang tidak sedar dengan pemberian Allah yang mampu mengguris perasaan saya.
Masih ramai lagi orang yang selalu membanding-bandingkan saya dengan mama dan kakak dengan kecantikan luaran. Malah mereka selalu persoalkan kenapa paras rupa saya tidak cantik seperti mama dan kakak saya tanpa rasa bersalah. Saya betul-betul terguris dengan kata-kata seperti itu walaupun saya tidak pernah menzahirkannya. Hanyalah Allah yang memahami perasaan saya.
Walaupun hati saya banyak terguris dengan kata-kata mereka, namun saya bertekad dan ingin membuktikan bahawa kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang saya miliki dan cara saya membawa diri.
Saya pun menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya selalu dengar, tidak guna cantik andai tidak berilmu. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu.
Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya. Saya berjaya kerana saya berusaha, bukan kerana paras rupa saya. Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.
Baru kini saya sedar, walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihan dari segi kecantikan, namun Allah telah memberi saya banyak kelebihan yang tidak semua orang miliki.
Saya memiliki kemahiran melukis dengan baik, boleh mencipta dan mengubah lagu, serta Allah juga mengurniakan saya pemikiran yang kreatif untuk mereka sesuatu yang baru.
Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif. Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.
Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni. Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.
Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.
Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.
Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.
Copy from www.iluvislam.com...
Hatiku sangat tersentuh di saat membaca artikel ini...artikel yang ku rasakan dapat memberi pengertian sebenar terhadap makna kecantikan yang dianggap subjektif itu..Semoga aku juga dapat menjadi sepertinya..

Saturday, January 14, 2012

Gedik Santai Wawa dan Nana...

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hye and welcome to my blog to everyone who read my post...and also to my new folllower, no words that can i say, only berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi mengikuti blogku yang tak seberapa ini dan diharapnya agar melalui blog juga, kita semua dapat menjalinkan hubungan silaturrahim tak kira di dunia maya ini or boleh dipanjangkan ke dunia realiti..Hopefully...InsyaALLAH..Sentiasa-sentiasalah menjenguk kat my blog k...

Well, before ni aku ada cerita nak share beberapa picture untuk diabadikan di dalam blog ni..Tapi, bila dah transfer semua picture2 ni, baru aku perasan aku punya gambar tak ada satu pun..semuanya gambar bebudak dua orang ni...Yelah, aku sekarang dah tak suka nak ambil gambar..entah kenapa mood nak ambil gambar sendiri tu takde dah...Kalau dulu akulah orang pertama yang pantang nampak kamera..cepat-cepat senyum nak suruh orang snap...Sampaikan gambar dalam  laptop dan external pun tak cukup space..

Tak kisahlah, janji aku dapat mencoretkan kisah persahabatan mereka ni..Nanti dah besar pasti rindu nak tatap kisah-kisah lama...

 Wawa dan Nana..

 Bukan sekadar kawan , malah boleh jadi lawan juga..Biasalah bila dah ramai-ramai, pasti ada yang tak sefahaman..

Sama tahun..sama kelas...sama perangai dan .................sama nebeng (ok, yang ni aku sendiri tak tahu maksud apa, tapi kalau gaduh-gaduh je mesti dorang sebut perkataan ni)
 Candid

Pose manja gitu

 Gaya tongkat dagu

 Gaya tongkat dagu kuasa dua

  Ini gaya bajet cun

 Gaya senyum semewek

 Pose manja semewek


 Mata ultraman..wink..wink

 Oh my adik

Dah macam kat kebun sayur lak nampak

Selipar buruk pon boleyyy

 Berlari berkejaran..Lupakan Segala Duka...................

 Gaya kepala teleng memang dah jadi tabiat

 Dua orang yang tak dapat dipisahkan..Nak pergi mana-mana, ada aja yang nak mengikut..

 Saya gedik ...dan saya santai...

Gembira sangat tengok mereka-mereka ni bebas bersuka ria, bebas bergembira..Zaman kanak-kanak ni memang zaman yang sangat best orang kata sebabnya tak perlu nak fikir apa-apa..perah otak belajar dekat sekolah je.. nak apa-apa pun senang je dapat.. masalah pun tak banyak, kadang-kadang tak tahu pun apa masalah itu kan...Yang mereka tahu apa yang perlu mereka buat, itu sahajalah yang mereka buat..Alangkah indahnya bila kita dapat kembali ke zaman kanak-kanak..Tapi sekarang aku dah banyak lost memory time kecil-kecil dulu..Ingat tak ingat je, memang tak detail sangat kalau ingatnya...Some part yang memang aku ingat memang ada valuenya sendiri..itulah sahaja kenangan yang aku bawa sampai sekarang..
Bila kita dah besar dah dewasa kita selalu mengimpikan untuk kembali muda..termasuklah aku..Tapi itulah dunia, masa takkan dapat berputar kembali...Oleh itu, kita haruslah berubah demi kehidupan yang lebih baik lagi...

Kenangan itu tidak dapat dibeli
So
Keep the memory always..always and forever..
:)