Tuesday, July 17, 2012

Terengganu Juara SUKMA 2012, Ahad Depan Cuti Umum

Assalamualaikum

I am proud to be Terengganunian..macam bnian plak bunyi..heh..:p
Semalam bertarikh 16 Julai 2012 telah berakhirnya SUKMA ke 15 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.Ia telah berlangsung selama seminggu bermula 7 Julai 2012

Terengganu berjaya mencipta rekod apabila muncul juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke -15 Pahang 2012 selepas berakhirnya tiga acara akhir, dekat sini semalam.


Kontinjen Terengganu




Terengganu dinobatkan selaku juara selepas meraih 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Selangor yang muncul naib juara dengan meraih 47 emas, 54 perak dan 60 gangsa.

Manakala Pahang selaku tuan rumah menduduki tempat ketiga apabila memperoleh 45 emas, 40 perak dan 38 gangsa.

Kali pertama Terengganu muncul juara keseluruhan Sukma adalah ketika menjadi tuan rumah temasya itu pada 2008 dengan meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.

Dua tahun kemudian, kontinjen Terengganu sekali lagi ditabalkan juara apabila memungut 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa.

Tahun lalu, Terengganu melakar hatrik dengan mengungguli temasya Sukma buat kali ketiga berturut-turut selepas membawa pulang 23 pingat emas, lima perak dan 10 gangsa.

Lebih membanggakan, Terengganu yang menyasarkan 47 pingat emas pada Sukma kali ini, berjaya membolot sehingga 62 kilauan emas.

SEMENTELAH ITU DENGAN KEJUARAAN INI, TERENGGANU CUTI UMUM PADA AHAD INI, 22 JULAI 2012



Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said mengumumkan Ahad ini, 22 Julai 2012, sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan kontinjen negeri itu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang, malam tadi.


Beliau juga berkata, pengisytiharan cuti umum itu juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Terengganu yang menyokong atlet Sukma negeri sehingga berjaya melakar kejayaan gemilang.

“Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada kejayaan kontinjen Sukma negeri, saya isytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pasukan itu di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, hari ini.

Sumber = TEGANU KITA

Yeay yeay kita coootiiiiiiiiiiiiii...=)

Thanks for reading this entry..!

8 comments:

Thanks for Comment