Tuesday, January 15, 2013

Shidah + Farid~The Wedding Reception

Assalamualaikum

Tempohari 12 Januari, aku dengan Wani dan Poya pergi Kuala Terengganu for my bff big day. Sorang-sorang kawan baik dah menamatkan zaman bujang. Tahniah weyy...Plan kitorang nak pergi balik hari jer. Awal-awal tu ingat nak pergi dengan bas dan stay rumah kawan but nasib baik Poya nak balik Kemaman dan aku menumpang dia la ke sana. Baliknya aku dan Wani naik bas la sebab esoknya Wani kerja. Kalau tidak boleh je lama-lama sikit dekat KT. :)

Insiden yang tak diingini berlaku pada pagi kejadian. Kereta Poya kena langgar dari arah belakang. Time tu dalam pukul 9 pagi dan memang nak gerak time tu nanti sampai KT dalam pukul 12 something. Pak cik yang langgar dia tu boleh pulak lari camtu jer nasib dia ambil no plat dan pergi report dekat balai polis. Tunggu punya tunggu dengan hantar kereta ke bengkel lagi, dalam pukul 11 lebih jugak kitorang gerak dari Kemaman. Lalu jalan biasa boleh tahan lah banyak kereta. Sampai bandar KT dalam pukul 2 petang and then pergi rumah sewa Poya dulu hantar adik dia yang study dekat UMT. Pukul 3 petang baru gerak ke rumah Shidah. Sampai sana dah tak ada orang sangat dah tapi takperlah sebab nak meraikan kawan baik punya hari bahagia kami tetap datang walau kejap je dapat ketemu sob sob.

Sampai-sampai je rumah Shidah isi perut dulu. Time ni pun pengantin pun tengah makan beradap.
Ni on the way ke rumah Shidah. Haha, main taram je aku letak gambo
Shidah yang gojes bersama encik abang di belakang. 
Hero Shidah..:)
Shidah and Chot. Kengkawan tidur sekatil dan makan sebekas semua ni dulu. Rindunya dolu-dolu

Moh ler layan gambar pengantin bersanding pulak.
Semua tak layan kamera aku, nak muka dalam kamera besar jer.haha
Tanteknya pasangan nih

Bawah ni banyak gambar candid sebab semua tak nak layan kamera aku. Maka kita layan abang photo-g jelah yerk.
We all semua from Kemaman. Kawan-kawan aku kat Kemaman secoek jer tu pasal aku banyak duk rumah jer. Semua duk jauh-jauh.
Dari kiri belakang : Sah (bakal tunangan orang), aku, Wani, Poya, Chot and D-d. Mek Soh adalah pengapit, cun tu.
Kasi can mereka berdua pulak
Ai windu korang semua. Cun melecuns dah uolls sekarang
Jarang-jarang dapat jumpa maka aktiviti bergambar perlu berjalan dengan lebih kerap.
Happynya meka.
Nak gerak dah time ni, jadi giliran aku ambil gambar bersama pengantin.
Okeh, lagi sekali
Wani punya turn
Poya pulak
Sebelum pulang bergambar dengan bakal tunangan orang pulak. Mek Soh yang cantik gojes giler sekarang.
Hamboi
Lagi sekali. Time camni jepun kalau dapat reunion pun.
Ambil berkat pengantin.Kikiki
Hantaran lelaki kepada perempuan. Cantik sangat uolls. Eksklusif..betul ke aku eja nih..huhu
Hantaran perempuan kepada lelaki. Ini je yang sempat aku snap.
Hiasan tempat makan beradap. Cantik sangat.
Thank you Shidah+Farid
Nak balik dah. Sekejap je pun dapat jumpa sebab i nak kejar flight pulak. Dang-dang je flight kan, padahal atas cakap naik bas..
Sweet pose from Poya
Sampai dah Stesen Bas Kuala Terengganu. Menggamit memori betul. Sambil tunggu bas sampai, jalan-jalan dan isi perut pulak. Padahal tadi baru je makan..piss. Order laici ais dulu
The goodies.
Makan yukk.
I order Mee Sup. Satu lagi tu Wani yang punya
Thumbs up ko. Makan belum lagi tu
Dari tempat kitorang makan. Atas tu ada jual pakaian dan macam-macam lagi lah. Ini lah port wajib aku tiap-tiap bulan time sekolah dulu nak balik kampung. After 15 tahun, aku naik bas lagi kat sini..Memori sangat.!
Naik bas SP BUMI, tempat paling belakang. Dah itu je ada, nama beli tiket last minute. haha
Ucapan Wani : Tahniah tuk Shidah dan pasangan. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby comel. Nanti aku kawen, kena mari ke Kuala Kemamang makang kepok leko.hahahaha

Ikhlas,
Wani.

Next si pengapit pulak. Teeheehee..jumpa lagi..:)

2 comments:

  1. che wan best la blog ni... i loike :)...wanie

    ReplyDelete
  2. dang lagi g makang tu lpas mkn umah shidah...hahaha

    ReplyDelete

Thanks for Comment