Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H/2012

Assalamualaikum
Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam...

Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


***lagu nasyid kumpulan Hijjaz yang kena nyanyi time pertandingan nasyid zaman sekolah rendah dulu

Saturday, February 4, 2012

Filmshotartifact...You Inspiring Me..!!!

Assalamualaikum..
Siapa di antara pembaca blog i ni yang dah nak kawin or belum nak kawin tapi suka tengok handmade  handbouquet yang cantik-cantik ni??? Mesti suka kan, tipulah kalau ada yang tak suka tengok..
Tak normal if ada yang tak suka tengok benda cantik-cantik ni ..winkk~
 Bagi bride to be, bolehlah jenguk-jenguk blog Filmshotartifact ni...yang tak bride to be pun boleh jugak nak menjamu mata....kalau tak dapat idea lagi nak guna handbouquet macammana time resepsi, bolehlah menggunakan idea ni..
 Pelbagai saiz..
 100% mengunakan fabric dan juga bahan-bahan sampingan yang lain..
 Filmshotartifact ini i memang puji lah sebab segala-gala hasil kerjanya akan nampak sangat perfect terutamanya di hari bahagia anda.
 Bukan sahaja handbouquet, but many more type they can do( hantaran, wedding dais, accecories and lot of pretty design..just bagitahu  nak design apa,warna apa dan mereka akan merealisasikannya sehingga di luar jangkaan anda..it's very amazing u know..


Mata i tak berkelip tau tengok artwork mereka setiap kali singgah dekat blog or facebooknya.
Heart their artwork so much~
I boleh jadi gila bila tengok handmade yang super awesome ni..Setuju sangat awesome bukan?


Sebenarnya, benda-benda macam ni boleh buat sendiri je...bagi yang mampu dan takde masa bolehlah kalau nak order kan..if y'alls yang punya bajet seciput je tapi teringin something yang sangat cantik ni maybe u have to put some effort on that la...Sangat berbaloi...di samping dapat mengurangkan kos y'alls juga mendapat kepuasan yang lain dari yang lain..Kepuasan yang macammna??? yang tu y'alls try la buat dulu k..

Honestly, I memang suka tengok hasil kerja filmshotartifact ni...even simple but kena gaya..
Simple ke..not simple ok..ingat senang ke nak gunting dan jahit satu-satu tu..Memang kena ada minat dan tahap kerajinan yang tinggi nak buat semua ni..

all pictures credited to
Blog: Filmshotartifact
Facebook: Filmshotartifact

***why i'm sharing this to u...???
because i'm works on it now..if menjadi, i will show it..kalau tidak, i diam-diam jelah...hehe~

Cendawan Goreng

Assalamualaikum..

Cendawan goreng sememangnya salah satu makanan sampingan feveret i..Dekat kampus nak makan nasi dekat kafe mesti nak cari cendawan goreng ni..Rasanya yang enak, kenyal-kenyal plus sedap macam ayam.. ...Buat makan saja-saja waktu petang pon sodapppp...

Petang semalam, jiran yang baru pindah dekat sebelah rumah i ni bagi  cendawan..Banyak sangat...bukan rumah i je tapi jiran-jiran lain pun dapat...Cendawan yang dia bagi tu bukan cendawan tiram yang biasa jual kat gerai-gerai tu, ni cendawan apa tah..Tak tahu nama, besar-besar..Silap i duk carik-carikkan dia, jadi kecik tak sedap nak makan ...
Tengok tu..tak nampak rupa cendawan dah sebab i dah koyak-koyakkan cendawan tu kecik-kecik..
jadi melekat semua dengan tepung...
Goreng sikit je buat makan malam ni..Selebihnya simpan dalam peti ais,
esok boleh makan lagi..

Nak buat cendawan goreng ni senang je..Tadi baru mama ajar..Kena simpan dalam kepala ni..Tapi i nak simpan dalam blog ni..Nanti senang tunjuk anak cucu, macam ni lah belajar masak-masak zaman muda..hehe~

Bahan-bahan

Tepung Jagung
Serbuk Kunyit
Telur
Garam
Air

Cara-cara

Ambil tepung jagung..Tepung jagung yang digunakan tu mestilah berpadanan dengan kuantiti cendawan yang ada..I tak tahulah camana nak bagitahu..Pandai-pandai agak lah ehh..

Letak sedikit serbuk kunyit, biar nampak kuning sikit

Tambahkan garam secukup rasa dalam adunan tepung jagung tadi..Kemudian, campurkan air ke dalam adunan tepung jagung tadi .Gaul sampai rata..

Akhir sekali, bolehlah letak telur dan kacau sehingga sebati..Telur tu suka hati  kalau nak letak boleh tak nak letak pun tak apa..Nak rangup letaklah..

Dan cendawan tu dah siap sedia untuk digoreng


~Selamat mencuba~

Hafalan Shalat Delisa-Wajib Tengok

Assalamualaikum....

Sinopsis

Delisa, seorang gadis kecil yang ceria, tinggal di sebuah kampung kecil bernama Lhok Nga di pantai Aceh. Ayahnya bekerja di luar negara dalam sebuah kapal tangki minyak. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dipanggil Ummi. Delisa ditemani Ummi menjalani ujian solat tiba-tiba tsunami melanda, memusnahkan kampung kecil mereka. Delisa diselamatkan oleh seorang askar bernama Smith. Malangnya, Delisa mengalami kecederaan mengakibatkan kaki kanannya terpaksa dipotong..



***cerita-cerita Indonesia genre Islamik best-best kan ...
I'm crying....

Pesta Menggaga Udang

Assalamualaikum...

Pagi-pagi tadi masa i bangun..punyalah bising area rumah i ni..Maklumlah belakang rumah i ni sungai ...Hari ni ramai orang-orang kampung, orang-orang luar pun ada pergi mengaga udang dekat sungai..Rumah i dengan sungai ni tak sampai 8 meter pun rasanya, riuh rendah dengan suara orang..menyahut sesama sendiri..

Y'alls tahu tak apa mengaga udang tu??
Orang terengganu ni panggil mengaga tu untuk mencari or mengorek if i'm not mistaken lah..jadi ianya pesta mencari dan mengorek udang yang ada dalam pasir-pasir sungai...I geli dengan udang-udang hidup ni lagipun memang tak boleh makan udang sungaii... Nanti akan naiklah kegatalan-kegatalan badan yang sangat gatal tu..euwww..udang laut boleh plak...kesian i..
Udang galah sungai ..memang banyak dekat belakang rumah i..ni nak kena memancing baru makan dek umpan..selalu tinggal dekat area lubuk..
picture credited to google
Kalau macam dorang yang mengaga udang ni, udang-udang size kecik camni lah yang dorang dapat..kecik-kecik je udangnya sebab guna tangan je kan..Kalau nak udang galah wajib ambik joran dan mengaillah dekat mana-mana pasti ada yang terkena..
picture credited to google

Wokeyy..nak cerita pun xtahu macammana acara mengaga udang sebab tak penah tengok..Dorang guna tangan je nak korek-korek lubang udang tu...I dah lama tak turun terjun dalam sungai ni..Zaman kecik-kecik dulu yelah sebab abah ada buat jeti..Sekarang dah tak ada dan dah ditutupi dengan pokok mengkuang , pokok nipah serta pokok bakau...

Baru je tadi, mereka-mereka semua dah keluar dari sungai ini..Sejabir sejabir plastik dorang bawak..Banyak tu dapat udangg...Area rumah i jadi kotor lah dengan kaki-kaki dorang yang berselut tu..tak suka..sebab dorang pijak halaman rumah i..pastu pinjam air i plak buat basuh kaki..ingat rumah i pusat kebajikan ke...hoheyyy...takpelah redha itu ikhlas...=)

Laparnya tengok mee udang ni...
Picture:Blogresepi

Kan best kalau i boleh makan udang sungai..hari-hari i suruh adik i pergi cari...tak payah nak beli-beli kalau nak buat tomyam ke apa-apa ke...

***kejap lagi nak pergi makan kenduri...nyum nyum..laparnya nak makan nasi minyak orang kahwin..

Friendship Giveaway

Assalamualaikum

Tadi tengah-tengah blogwalking, i ternampak few bloggers yang join giveaway dari blog ni...Tertarik nak join sebab syarat-syaratnya tak ketat..
Simple and easy as ABC...

Di samping tu, boleh juga untuk menambahkan kenalan di alam maya ni..
dah nama pun Friendship Giveaway kan...

Due date nya lambat lagi,14 Februari..so sempatla  lagi bagi sesaper yang nak join..
 Boleh ke blog ini untuk join ...

Siapalah Kita Untuk Menilai Insan Lain??

Assalamualaikum

Dear my friend whoever read my post.........
Tertarik untuk berkongsi satu artikel dari http://www.iluvislam.com/  kerana sedikit sebanyak apa yang digarap oleh penulis menyamai kisah di sebalik hidupku..Telah membuang perasaan itu jauh-jauh tapi ku tahu masih ada yang bercakap di belakangku...Sama sekali tidak menyalahkan mereka, kerna ku jua tahu mereka tidak dapat menyelami apa yang kulalui...Untuk sampai ke hari ini, diriku sudah mencuba sebaik mungkin. Mungkin bukan sepenuhnya tapi masih mencuba dan akan terus mencuba...

Siapakah Kita Untuk Menilai Insan Lain???

Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku! Alhamdulillah, Walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, kerana masih mampu menulis dan diberikan ilhamNYA untuk terus dan terus menulis tanpa jemu atau berputus asa. Dengan itu anda mampu membaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni. Diharapkan sama-sama mendapat manfaat! InsyaALLAH.. Semoga saling ingat mengingatkan dan sampaikanlah kebaikan dan pesan walau 1 ayat!... InsyaAllah...
Sedang saya berfacebook, saya tertarik dengan status salah seorang rakan Facebook dan saya salin sebahagian dari statusnya untuk menjadi status saya. Alhamdulillah, niat untuk memberi kesedaran kepada kita semua, termasuk saya. Ya! Termasuk saya. Saya juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated orang lain juga. Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan gambar di bawah...

Kita semua sama di sisiNYA. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur... Cuba kita sama-sama renungkan...
Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang! InsyaALLAH. Yang penting, jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...
"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).
Sementara itu dalam kehidupan kita memang tidak dinafikan pasti akan menemui manusia yang memang sikapnya akan memandang rendah insan lain. Biarlah. kerana, suatu hari nanti dia pasti sedar dari kesilapannya! Kita doakan sahaja. Semoga dia diberi hidayah Allah. InsyaAllah..
"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim)..
Melihat betapa pentingnya sikap positif tanpa memandang rendah insan lain, saya tertarik dengan konsep yang pernah dikongsikan sewaktu kursus KSPK lepas, dari sudut kanak-kanak, jangan sesekali kita melabelkan mereka... kerana mereka adalah insan yang masih baru mengenali dunia dan masih perlukan sokongan dan perhatian orang dewasa untuk berkembang... Jadi sebagai orang dewasa kita seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar bukannya melabel dan asyik memarahi... Sila ambil perhatian !
InsyaAllah, sesungguhnya semakin kita menerokai sesuatu ilmu yang bermanfaat, semakin banyak manfaat yang kita perolehi dan dapat dikongsikan bersama. Siapa kata FB tu sesuatu laman sosial yang tak bermanfaat?
Renung-renungkan semua. Salam Muhasabah dan istiqamah dalam kebaikan! Allah humma amin....
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya"surah Al-Isra' ayat 27.
Renungan buat kita semua...
Mari kita tajamkan mata hati dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat-ayat cinta suci FirmanNYA.... 
Wallahu alam..
Sangat suka dengan keterangan penulis berkenaan ayat ini
Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...
Remember this:
Do not judge everbody without you know their reasons..or you too will be judged..

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman Part 2

Assalamualaikum...

Buat apa tu y'alls malam-malam camni??I baru je lepas tengok Raja Lawak but so far tak ada lagi contestant yang betul-betul boleh buat i geli hati ..Yang yer-yer lawaknya David Teo lah dengan komennya yang umpama nak berpantun tu..Haha..tak faham tapi still boleh gelak..

Sambil-sambil tu, i nak meyudahkan entry yang tertunggak ni...
Ok, untuk pengetahuan rakan-rakan blogger yang baru saja menjengah masuk ke blog ni, ini merupakan sambungan dari entry yang lepas..Sila scroll untuk lihat entry terdahulu..
chewahh..macam iklan plak..=)

Selepas puas hati dengan gambar-gambar yang diambil dekat pokok-pokok yang menggerbang tu(class  siap menggerbang tu), kami pun masuk ke area sangkar-sangkar burung ni..
 Ini burung pertama ...tak tahu nama apa..nampak macam ayam je kan..
 Najwa yang teruja ..first time datang zoo ..
 Ini puyuh ke??? Wonder...
 Abah dan Najwa yang bersungguh-sungguh membaca info
 Burung ni cantik..macam merak pun yer,tapi warna brown..
 Menyempat
Menyempat lagi
Tabung Burung Nuri..eh...burung nuri lah...dia pandai cakap tau..Hye handsome..!!!
 Burung kakak tua..
Tua ke???

 Lupa nama apa..kesian kene kurung dalam ni...tengah fikir masa depan agaknya tu
Menuju ke Sangkar Burung Merak..
 Apa lah yang burung merak tu buat sampai mama i gelak sangat tu...
 Time ni burung merak tengah kibarkan sayap-sayapnye tu..cantik..tapi tak dapat nak snap dekat-dekat, sangkar tu kecik sangat...
 Boleh plak jumpa pokok duku kan..
 Kami si burung merak yang gojes..=)
 I empunya blog yang ........isi sendiri la..
 I heart this skin colour..jarang ditemui..
 Bergambar dengan tong sampah pon boleyyy...dah intai tak de pape pon dalam tu okayyy..
Sekeliling ni hutan..Pokok-pokok memang banyak kiri kanan
 Terjumpa plak spesies ubi apatah..nampak tak macam batu-batu tu..lupa hari tu abah sebut apa..memang susah nak jumpa kat mana-mana..
Keluar dari area burung ni...banyak lagi kawasan lain..memang jenuh la nak ke satu-satu tempat..

Nak tahu lepas ni kami ke mana..???
Nantikan sambungannya lagi k...

Jom baca

Thanks again for reading my entry...!!Muchass gracias..