Tuesday, February 7, 2012

How Sweet It is

Assalamualaikum

Dah lama tak jenguk blog kek-kek ni..tadi ada masa sikit i blogwalking la...Nak menangis bila i tengok kek-kek yang sangat cantik ni..

HURRY,
let's see the cake guys

BOUQUET OF FLOWERS
If i have it..if i have the skills like her..oh my..i love this very hard..
Beautiful..Delicious..Tidy...Creative..Sweet..

***berimpian nak belajar buat kek dengan akak ni..

Terowong Hijau

Assalamualaikum..

Di Porto Alegre, Brazil, terdapat terowong hijau yang sangat terkenal dikalangan penduduk tempatan dan pelancong. Kenapa ianya dinamakan terowong hijau? 

Jom kita tengok kenapa...
Cantik kan...nampak seram pun yer...


Theme Wedding: Simple but absolutely Nice..

Assalamualaikum..

Hello all..How are you today..??Sihatkah.??
I'm getting healty day by day..dan sebab i masih dalam mood gembira yeyey..i wanna share something ...oppss..sorry only for those yang masih mencari idea-idea for their wedding day...ala..gurau jer..orang lain pon boleh..boleh berangan-berangan macam i ni..hehe=)

Ok, stop membebel..Let's droll your eyes..
Pelamin dalam rumah..Simple kan...only use arch and decorate with artificial flower...
Kerusi lak guna yang dah ada dalam rumah..Senang kan d.i y camni...Sah-sah duit untuk pelamin tak payah nak risau dah..Cuma bagi pendapat i, if pengantin letak tirai dekat belakang tu maybe akan naik seri lagi pelamin ni..
 Ada satu lagi pelamin dekat luar rumah...I rasa yang ni main dais dorang kot..Sebab lagi banyak deco-deco yang ada. di sekelilingnya.
 Pelamin buai...Sesiapa yang dekat rumah dia ada buai jati yang cantik ni, boleh lah nak guna idea camni...***Bantal-bantal tu dah tergolek dah budak-budak main...
Jarang kan orang buat dais macam ni..Guna sahaja apa yang ada, dan selebihnya tambah apa-apa yang termampu...

Semua pelamin ni pihak pengantin dan family yang buat sendiri...Walaupun banyak duit tapi bagus dorang tak membazir...Just beli bunga dan kain-kain sikit...Tak rugi pun sebab nanti bunga-bunga tu boleh deco lagi dekat rumah dan kain-kain tu buatlah apa pun...nak buat langsir ke buat alas meja ke..

Seriously, i tak tahu apa konsep wedding ni..Sangat-sangat simple but i suka...Bagi b2b yang ingin mengurangkan bajet bolehlah nak d.i.y sendiri..Hasilnya pun sangat bagus kan.Yang paling penting, kepuasan diri sendiri kerana telah bersusah payah di hari bahagia...

Like dengan ayat ni
Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. 

***Kalau dah buat majlis besar-besar tapi berhutang keliling pinggang buat apa...Duk gebang sini sana ambil pakej wedding yang top meletup riban-riban...tapi duit pinjam..Dah lepas kawin, tak ada duit nak sara anak bini...hutang kahwin pun tak habis bayar..Sebab tu berkat walimatulurus tak dapat..Kerana kebanyakkannya mengikut nafsu semata-mata...If mampu tak salah tapi jangan sampai membazir..itu kan amalan syaitan..dan orang yang tak berapa nak mampu, terlebih -lebih plak..apa tu..

Hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan..

Have a nice day...
WINK~

Rezeki Pergi Kenduri Kahwin..

Assalamualaikum...

Rezeki pergi kenduri kahwin dapat jumpa jodoh ke..???


Ohh tidak..
Dapat jumpa kawan lama...Sahabat karib zaman sekolah rendah..Lepas tu terpisah sebab time darjah 4 dia pindah sekolah dekat rumah abang dia di Kuantan..Even dekat, tapi dah lama tak bertemu..Masing-masing lost contact..Dan Sabtu hari tu, i met her..about 9 years tak jumpa ..last jumpa tak silap form 2 ke form 3 camtu lah...lama giloss..Dapat jumpa Husna kejap je sebab dah nak balik nasib sempat bertukar phone number and menyempat snap 1 picture..1 je..nanti ada rezeki jumpa lagi..Insyaallah...

Nak makan nasi minyak tapi lambat sangat baru sampai..Last-last ambil nasi putih jer..Alhamdulillah kenyang..
Bubur pulut hitam..Sedap..lama tak makan akhirnya jumpa di hari kenduri kahwin..
 Najwa,Syamimi dan Mama
Suasana majlis..Time ni dah lengang ..pergi pun dah pukul 3 .30 petang..orang dah tak ramai..

Yes, syukur sangat dapat jumpa Husna..Mula-mula tak perasan pun siapalah yang duk lambai-lambai dari jauh..Lagipun dah lama tak pergi kenduri kawin, entah camana hari tu tergerak hati nak ikut family..

Alhamdulillah, Allah pertemukan kami lagi...
Until we meet again..Insya-ALLAH...

Monday, February 6, 2012

Dell Inspiron N4050

Assalamualaikum...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yamg tahu kan...
Semalam i sangat-sangat murah rezeki...Macam-macam i dapat..memang tak sangka semalam merupakan hari bertuah bagi i..Tuah Maulidur Rasul kot...
Hehe..hati masih berbunga riang...

Tengok tajuk pun dah tahu i dapat apa kan...

Ini adalah salah satu dari hadiah (hadiah ke??) ...pemberian yang i dapat from my lovely family....hadiah lain nanti i cerita lagi kayy..

 It's DELL Inspiron N4050...

I memang tak tahu sangat bab-bab gadget ni tapi dah dapat mesti kena bersyukur kan...Sekarang tengah menaip dekat laptop baru pun masih terketar-ketar...sayang laptop ni ketat-ketat..=)

Dapat yang warna hitam..oklah kan..cantik...hitam itu kan menawan..tapi merah tu pun boleh buat gugur jantung...
Peneman baruku..yang akan menemani  untuk meluahkan apa sahaja yang tebuku di hati ini...Make sure jangan nakal-nakal yer Mr Black...

***hari ni jarang mengupdate sebab laptop ni lah..on the way nak seuaikan diri..dan jugak budak-budak yang menyibuk buat muka cantik dekat webcam baru i...kesian dekat tuan laptop malam baru dapat guna...

Timbang Berat Blog

Assalamualaikum


Familiar tak dengan tajuk entry ni??
Tempoh hari ada follower i yang bagitahu blog i ni sangat berat..lambat nak loading..lepas tu banyaklah i blogwalking dan tanya-tanya rakan blogger macammana nak dietkan blog i ni..tak lupa juga bertanya dekat mr google yang ku sayangi..berderet segala tips-tips kuar tau...

Jadi hari ni i nak mengajak semua orang timbang blog anda sekarang..Mana tau kot-kot dah terlebih, jadi obesiti macam i punya dulu..

Kini tidak lagi...I dah buang widget-widget yang tak sepatutnya ada..
Berat blog i sekarang 99.84KB.
Berat maksimun untuk blog adalah 100KB..So, blog i dikira masih ringan..

Sila check di sini


Sunday, February 5, 2012

Today's Menu-Nangka Goreng

Assalamualaikum..

Apa khabar semua...Ke mana y'alls hari cuti ni..??Errah dan family tak keluar pergi mana-mana pun lagi..Plannya pagi tadi nak keluar, tapi cancel...Sebab nak pergi gotong-royong bersihkan kebun tepi rumah ni..Kalau keluar tadi mesti balik dah petang nanti dah malas nak mengerjakan kebun tu...
Nak tak nak petang ni lah baru keluar ronda-ronda..
Sebelum turun rumah pagi tadi, sempatlah buat nangka goreng ni...Kebetulan ada nangka semalam mama bawa balik ..Jadi inilah makanan kami pagi tadi..
Nangka goreng..???mesti pelik kan..selalunya orang buat cempedak goreng je..
Lain kali bolehlah ubah style plak..Memang tak dapat menandingi cempedak goreng, tapi sedap makan panas-panas..Rasanya pun lebih kurang, cuma rasa lemak-lemak cempedak tu takda lah..

Nak ke resepi?...rasanya tak payahlah sebab senang je..Boleh tanya mak-mak ke kakak-kakak ke..xpun boleh pm mr google kesayangan ramai~

Till then,
Bye-bye

Comelnya Budak Ni....

Assalamualaikum
Alolo..comelnyer..geram tengok mata bulat dia...