Monday, April 16, 2012

Di Tanah Johor Sudah....!!!

Assalamualaikum...

Selamat menghabiskan cuti hujung minggu buat semua...oppss...da habis dah kan???i hari ini masih free tapi itulah masih teramat letih akibat naik bas semalam..Penat sangat..agaknya dah lama tak naik bas sebab tu penat semacam jer...

Tapi tak adalah free mana...test menunggu bermula lusa...takutnya dah lama tak berexam bagai ni...kejap lagi haruslah menjejakkan kaki ke PSZ...kalau di bilik saja jangan harap nak menyelak helaian notes bertimbun ni..kerjanya nanti membuta aja..haha..

Okes, hari ni pepagi buta lagi dah bangun dan tercangak depan pejabat bendahari...Ohoho..ok,settle satu bab dah bayar yuran pengajian...so..marilah kita teruskan pengajian yang masih berbaki ini...Chaiyok...!!!
Last picture at home...with jarak usia 15 tahun....muka kami tak sama kan...ke sama..tak pernah lagi orang kata muka kami ada iras-iras...
Last but not least, i rindu dengan budak ini...Biasa hari-hari i akan cari dia panggil naik rumah berumpankan cekedis dan coklat..haha...lagi bertambah sweet dia dah pandai cakap a'long stail pelat-pelat dan bukan lagi yong...

gambar di atas masam mencuka sebab along tak jaga kat bawah sebab busy nak ambil picture dia..haha..sebab tu muka cuak jer..takut...!!!

Friday, April 13, 2012

Sarapan Pagi dengan Pulut Kukus/ Pulut Pagi..Aummm...!!!


Assalamualaikum...

It's FRIDAY again....!!!
Bagi yang di Terengganu sukalah kan bila dengar je dan bila akan tibanya hari Jumaat sebab dekat sini dah weekend...So, time ini lah semunya dapat berkumpul 1 family...Samalah macam i..Hari ini semua baru ada dekat rumah..But, Jumaat ini jumaat last berada dekat kampung dan next week nak balik Johor sudah...sob sob...terasa sekejap jer berada di kampung...:(

Dan haruslah i listkan semua makanan yang i nak makan kan..haha..duduk rumah makan je yang ko ingat kan...hehehe..habis tu nak buat macamana lagi...dekat lain payah nak jumpa masakan Terengganu ni....:p
I panggil ni pulut nyor(kelapa)...tempat korang i tak tahu lah..tapi i pernah dengar orang panggil pulut pagi sebab kebiasaan orang buat ntuk sarapan pagi...
Penuh i tabur beras goreng ni...i like..annti krak kruk je time makan ni..=)
Kepala ikan pun nak interframe...mama i yang punya kerja..hakhak
Makan plak dengan ikan kering memang terangkat la kening korang....Angkat sikit...hehe
Banyaknya nak makan...huhu...bukanlah..ini semua nak bagi dekat jiran-jiran yakni sanak saudara dekat-dekat rumah i ni...Makan camni la seronok...bertukar-tukar menu...:)
Kalau ada yang tak kenal pulut mai sini i nak sekeh...encik pulut yang masih togel sebelum ditambah aksesori yang lain...
Ada orang tak suka makan ni...like my adik...tapi i kalau tak ada ni tak best la...Ini orang panggil beras goreng sebab kita goreng je beras ni
Kalau tak ada kawan-kawan encik ikan ni memang tak best la i nak mencekik pagi-pagi...huhu..Abaikan ikan-ikan yang dah dicubit-cubit tu...

Haa...korang dah makan apa pagi ni???I dekat rumah je lah kalau tak skip breakfast...kalau di kampus terus lunch tak ada maknanya nak breakfast bagai ni ...Kejap lagi nak pergi bandar ni shopping mopping sikit...yeehaaa....dan petang ni mama i nak masak something....tak sabar nak makan banyak-banyak...=)

Happy Breakfast and Salam Jumaat

Berkahwin Atau Tidak ... Anda Perlu Baca INI.

Assalamualaikum...

Malam ni i rasa nak share 1 kisah ni dekat korang semua...Kenapa i nak share sebabnya memang sedih sangat-sangat bila i baca kisah ni...I tak tahu lah korang dah pernah baca or tidak sebab ini pon i copy from facebook...Kalau dah baca pon takpe korang boleh baca lagi sebagai peringatan untuk diri jugak ..:p

Jom baca

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.


Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami.

 Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. 

Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. 

Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. 

Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. 

Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. 

Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. 

Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. 

Moral of the story: Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Thursday, April 12, 2012

Tiada duka Yang Abadi



Opick - Tiada duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Chocolate Indulgence from Secret Recipe

Assalamualaikum..
Chocolate Indulgence  
Secret Recipe

Idaman hati setiap insan yang menggemari kek...
Siapa lagi..It's me...!!!
What can I tell you now is 
"HEAVEN"

~jemput makan semua meh~
(*-*)

Uniknya Singapura....

Assalamualaikum...

Masa terus berlalu dan terus berlalu pantas meninggalkan kita..Tanpa kita sedar masa lagi cepat berjalan dari kita yang baru nak merangkak-rangkak buat kerja...Sangat cepat sampaikan suatu saat kita menginginkan 24 jam itu berubah menjadi lebih panjang..Tapi apakan daya itulah putaran waktu..Kita  perlu cepat melangkah....

Yeah...mukaddimah di atas adalah untuk nak suruh i cepat cepat siapkn entry ni jer..so, haruslah ada statement pembakar semangat...hehe..

Dah nak masuk 3 minggu meninggalkan jejak kaki di tanah Singapura..dan sekarang baru terkedek-kedek bak ayam itik yang lalu depan rumah..Sebenarnya banyak lagi gambar tak ada ni sebab tu rasa macam tak best nak bercerita tanpa gambar-gambar...Suka sangat tumpang kamera orang tapi bila nak mengumpul gambar-gambar tu semua yang jadi payah...kena mintak dekat sorang-sorang..sampai sekarang pon tak terambil lagi...Jadi, gambar-gambar yang ada dekat kamera sendiri biasalah penuh dengan gambar i sensorang je...gambar beramai-ramai dalam kamera kawan banyak la...hehe..gambar syok sendiri...macam tak biasa kan...(*-*)
Ramai yang tanya i bila i cakap nak pergi Singapore ada yang ingat i nak pergi jalan-jalan makan angin...hehe..kalau yang itu hooray-hooray i melompat sampai badan terangkat...oopss...tidak sama sekali sebab kedatangan kami SBW ke sini kerana merupakan salah satu trip subject course SBW ...Kalau tidak tak sampailah kami ke sini beramai-ramai...Dan juga setinggi-tinggi terima kasih kerana berkat usaha beberapa orang kawan yakni AJK trip ni yang bersungguh-sungguh dan cekap dalam menjalankan kerja hingga membolehkan kami semua ke Singapura lebih awal daripada tarikh yang kami jangkakan...
Mereka-mereka yang riang gembira bila ada objek klik-klik berada depan mata...=)
Masing-masing tak lekang nak tinggalkan senyuman manis buat kenangan masa depan...
 Pasti merindukan senyuman-senyuman anda semua...

Ceritanya masih panjang..ingat nak habiskan hari ini..Insyaallah malam ni akan sambung balik...Telenevola dekat tv ni suka sangat nak pengaruhi i...hihi..

Have a nice Thursday...Smile always..=)

Wednesday, April 11, 2012

Mai Secawan Petang-petang Best Jugak..!!!

Assalamualaikum...

Tersadai di rumah hari ni gara-gara agenda nak berjalan-jalan tak jadi...Haru ...takpelah lain kali boleh pergi lagi...Plannya nak pergi Gambang Waterpark pastu sebab macam dah lewat dan of course hari ni pasti ramai giler orang so postpone lah dulu dan berubah plannya nak ke Pantai Telok Kalong...tup tup petang ni buka facebook ramai kawan-kawan duk post pasal Gempa Bumi yang berlaku dekat Acheh, Indonesia yang berukuran 8.9 skala richter telah berlaku jam 4.45 pm tadi. So, amaran akan berlakunya Tsunami sudah dikeluarkan dan sangatlah tidak digalakkan untuk berada berdekatan pantai...disebabkan itu i di sini untuk menghupdate blog...wuwuwu..=(


Mai secawan petang-petang ni memang best...padahal ini air untuk sarapan pagi tadi..:p
Now, i tengah menghirup ais kacang 2 bungkus baru je suruh Najwa beli dekat depan rumah..Nyamann...gambarnye idok ler malas nak naik atas rumah capai camera..hehe


Wordless Wednesday # Siapa Paling Berat..???




Agak-agak korang faham tak bila tengok gambar-gambar ni...:)