Saturday, July 21, 2012

Facebook Shop Untuk Fesyen Plus Size

Assalamualaikum

Bagi seorang yang bersaiz PLUS SIZE seperti pemilik blog Errah Najwa ni memang agak sukar ingin mencari baju yang cantik seperti fesyen baju perempuan yang bersaiz S sehingga L. Saiz baju i adalah XL or XXL yang mana memang sangat susah nak cari. 

Jadi, pada kali ini Errah teringin sangat mahu berkongsi butik online fesyen Plus Size di facebook yang i selalu i skodeng...hihi. Mesti ada yang tercari-cari macam i kan. Habis i google dan cari dekat facebook tau. Nak-nak lagi dah masuk bulan puasa ni mestilah nak shopping baju raya kan.


STANZA STYLISKA
Page : Stanza Styliska Official Page
Add Facebook : Stanza Styliska (Prime Plus Size Icon)


Koleksi fesyen dari Stanza Styliska
Kurung Raya Lebaran. New and hot di pasaran.
Pelbagai corak dan warna di Facebook Stanza Styliska (Prime Plus Size Icon). Cepat grab sebelum terlambat...!


MAISARAH COLLECTION @ CIK SARA
Page : Maisarah Collection & Enterprise
Add Facebook : Cik Sara

Koleksi fesyen dari Maisarah Collection & Enterprise
Raya Collection. Nak tengok lebih lagi sila ke facebook di atas. Lemau la kalau i tunjuk semua kan. Di sini bukan sahaja fesyen Plus Size ada but all size. Yang bersaiz kecik pun boleh terjah sekarang. Affordable price uolss.


Cucucamber E-Boutique (Cucucamber Plus Size)
Add Facebook : Cucucamber E-Boutique


Antara pakaian yang dijual. Serius cantik. Harga pun berpatutan. Tengok lagi di Cucucamber E-Boutique


 Ada berita baik juga, terdapat group khas bagi Plus Size bertukar-tukar pendapat mengenai fesyen dan sebagainya di dalam  GROUP FESYEN PLUS SIZE. Jika anda PLUS SIZE, jangan segan silu untuk join group ni. Mana tahu korang akan dapat beli baju,cardigan, seluar, kasut, belt or sebagainya dengan harga murah. Cepat cepat...!


Kredit gambar kepada facebook shop di atas.


Thanks for reading this entry...!

Rewang Juadah Berbuka 1 Ramadhan

Assalamualaikum..

First Ramadhan tahun ini dimulakan dengan rewang beramai-ramai di rumah i. Always setiap tahun macam ni la kerjanya. Sepakat membawa berkat
 Menu utama berbuka nanti adalah berasaskan daging.Dan juga side dish yang lain. Nanti malam i update...kekeke
Daging ni buat kerutub daging rasanya dan juga gulai. Dan off course nenek i sebagai mastermind yang mahir bab rempah segala ni. Air tangan orang berpengalaman ni memang tak  boleh tanding la.

Awal tak kami prepare ni? Tak lah jugak. Daging ni makan masa nak masak tak macam ayam or ikan. Dua tiga jam atas dapur baru empuk. Kan nanti petang nak intai-intai makanan dekat bazar Ramadhan pulak kan. So, masak awal boleh rehat. Bukan boleh makan yer..Haha.. Wanginya aroma rempah..Menusuk hidung dah.

Thanks for reading this entry..!

Sinopsis Drama 7 Ramadhan-Slot Samarinda TV3

Assalamualaikum..

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam. Hari ini tibanya sudah 1 Ramadhan yakni hari pertama kita berpuasa.

Ada apa dengan 7 Ramadhan?
Drama bersiri 7 Ramadan berkisar tentang Sufiah (Elly Suriati) yang sentiasa menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya (lakonan Nabila Huda, Sufiah telah bercinta dengan Mustaza (Roy Azman) dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada 7 Ramadan. Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka.

Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak-anak yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi).Sufiah dan Ramadhani tinggal dalam keadaan kekurangan. Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Ramadhani atau Dhani baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan, Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara.Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Ramadhani sanggup mencela dan tidak mengakui Sufiah ibunya kerana ingin menjaga hati teman wanitanya Ana (Ana Dahlia). Ana merupakan anak orang kaya. Kerana ingin mengubah nasibnya yang miskin, hati Sufiah selalu disakiti oleh Ramadhani yang kejam.Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah. Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Bagaimana pula dengan rahsia Sufiyya dan kaitannya dengan Ramadhani? Jangan lupa saksikan 7 Ramadansetiap Selasa & Rabu, pukul 10.30 - 11 malam, setiap Khamis pukul 9.30 - 10 malam mulai 19 Julai 2012.

Pelakon 7 Ramadan : Elly Suriati (Sufiah), Fir Affandi (Ramadhani) , Ana Dahlia (Anna), Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda (Sufiah sewaktu zaman muda) , Roy Azman (Mustaza)


7 Ramadan terbitan : Radius One Sdn. Bhd.



Terbaru || Video Ramadhan Mat Luthfi

Assalamualaikum

Jom tengok video dari v-log Matluth fi90 ni.

 Published on 20 July 2012. 

Berbuka puasa dengan nasi lemak adalah bid'ah dholalah.

Roti Telur + Roti Canai Kosong + Susu Penuh Krim Marigold

Assalamualaikum

Roti canai untuk Najwa dan Roti Telur untuk Kak Long Najwa. Breakfast terakhir sebelum Ramadhan pagi tadi. Yer, sebelum subuh esok dah mula bersahur. So, kita akan bersahur je dan breakfast kita tinggal dulu untuk sebulan ea..hehe..Dah niat puasa belum? Kalau belum cepat-cepatlah berniat puasa yer.
 Makanan tradisi orang Melayu yang tiada tandingannya. 
Susu Penuh Krim pembuka selera. Yummy. Lemak berkrim memang sedap.
Jemput makan semua..hehe.. Ini kalau esok post ada jer nanti yang mengences ni.haha

Thanks for reading this entry...!

Friday, July 20, 2012

Durian Memang Sedap, Hari-hari Mau...!

Assalamualaikum..

Sejak i pulang ke kampung boleh dikatakan rumah i tak pernah terhenti lagi bekalan durian. Aduhai tak boleh nak kata apa lah kan kalau satu family semuanya memang gemar makan durian. Makan hari-hari pun tak pernah puas.
Pernah tengok durian makan roti?
 Hahaha..sebenarnya durian ni cousin i bawa balik dari  Kuala Terengganu. Itu tips untuk elakkan bau durian yang kuat.
 Qasrina yang dah tak sabar menunggu
Bismillahirrahmanirrahim
 Eeeyaahhhh..Kulit durian ni liat tau.
 Sampai dah cenggini ropenyer...
 Yang nyata jangan menilai dari pandangan mata, cuba menilai dengan rasa mulut dulu
 Sanpai korek-korek durian tu ha. Sedap, manis dan lemak berkrim.
 Apa yang dorang pandang tu?
 Gambar tuan blog kali ni wajib ada..haha..Abaikan pemandangan belakang yang bersepah tu. Esok operasi membersihkan rumah akan berlangsung..hee
 Delicious.. Entah dah berapa biji i makan. Tak terkira banyak. Sama naik dengan budak-budak ni semua
 Tengok saja si Arissa ni. Berkali-kali makannya.
 Terakhir untuk sesi tengahari tadi.
Ada buah salak juga. Memang sedap makan buah salak ni. Jarang-jarang dapat makan nih. So, memang tak lepaskan peluang untuk makan. nyum nyum

Korang semua dah makan durian? I teringin sangat nak makan Durian Musang King. Memang terliur dan mengghairahkan dengan isinya yang kuning mulus tu. Kena simpan duit raya la nih nak makan Durian Musang King gak.hehe. Durian memang best, teringat lagi waktu kecik-kecik i jual durian dari kebun atuk i. Lepastu memang tak habis makan la semua ni sebab tu kami jual. Tapi sekarang durian dekat kebun tak menjadi sangat. Kebun kami jauh kena pergi naik faber boat. Jadi sekarang kalau nak makan banyak-banyak memang kena beli lah. sob sob sambil hulur duit dekat pak cik jual durian.

Thanks for reading this entry...!

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Assalamualaikum

Salam Ramadhan buat semua rakan-rakan se-Islam tidak kira di mana jua anda berada. Lama tak join segmen macamni kan. 
Klik header di atas untuk join  segmen BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Kenapa anda perlu memilih blog ini sebagai pilihan blog list Ramadhan 2012/1433 H???
Jawapannya ada di tangan anda. Cuba kenal dulu dengan blog ini mana tahu boleh jatuh hati kan...hehehe :PEACE

Thanks for reading this entry...!

Sate Zul Dataran Depan Tnb Chukai, Kemaman

Assalamualaikum

Malam semalam sempatlah makan-makan dekat Sate Zul nih. Dengan tak ada tujuan pun sebenarnya keluar ke bandar ni.Actually my mom saja lah nak pergi usha-usha langsir baru tapi pukul 9.15 malam baru keluar rumah kedai pun nak tutup dah. Lepastu pergi gerai buah, tengok durian. Aha..rumah i wajib hari-hari ada durian tau. Hantu durian semuanya.

Padahal semua dah kenyang tapi nak jugak makan. So, makanan ringan bagi kami ialah sate. Ringan ker???haha
Sate Zul. Kenalan family i jugak ni. Harga 1 batang RM0.40. Dihidangkan bersama nasi impit. But nasi dia lembik lah semalam. Acaner pon habis jugak kami ngap...!
 Hah..bajet makan sate saja. So,dah duduk kedai semua rasa nak makan. Orderlah mee sup ni. Sedap ..! Mula-mula order 1 je lepas tu kami tambah lagi satu mangkuk. Ada daging yang buat aroma dia best. Tambah pulak jeruk lada memang menempah hot and spicy lah.
 Siapa yang tak kenal i yang hantu milo ni. Duk rumah ratah setin milo. Pergi kedai slurpp air milo je lah..
 Mee sup kedua i share dengan adik i, Najwa. Banyak memang makan sorang tak habis
 Maveles. Order untuk 2 orang makan..Total RM8
 Kuah kacang. Sedap jugak taklah cair sangat.
 My mom makan sorang-sorang je dia punya mee sup. Sebab ma je yang nak makan mee sup mulanya lepastu i gedik rasa kuah sup sedaplah pulak..Order lagi 1 bang...!
 Makan-makan.
Berselera benau si Najwa ni makan. 

Nak balik sempat lagi order sate untuk my atuk. Yes, kita ni kenalah ingat selalu orang tua kan. Tak dapat bagi duit dapat bagi makanan pun dah kira ok.

Thanks for reading this entry...!