Friday, August 31, 2012

We Love You, Malaysia.!

Assalamualaikum. 

Salam Sejahtera dan Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada.
*Happy Birthday to Malaysia

*Sweet 55 tahun 2012

*31 Ogos 1957-31 Ogos 2012

*Selamat Hari Merdeka Malaysia

WE LOVE YOU MALAYSIA

Thursday, August 30, 2012

Raya di Rumahku~Open House Kecil-Kecilan

Assalamualaikum


30.8.2012-Petang tadi ada buat jamuan hari raya sikit dekat rumah i. Start pukul 5 tu dah ramai la orang datang bergilir-gilir. Walaupun hujan lebat ingatkan tak ada orang datang dah, dekat-dekat pukul 6 tu berderet orang datang. Time tu hujan dah mula reda dan orang dah balik kerja kan.

 Antara tetamu yang hadir. Bukan sesiapa pun just saudara mara dan rakan-rakan jer. Kali ni buat kecil jer dan Alhamdulillah makanan pun cukup. 

Gambar selebihnya akan menyusul. Harap sabar menunggu. Hehe..!

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Assalamualaikum

Sebentar lagi majlis hari raya di rumah i akan dijalankan. Buat kecil-kecil jer dan jemput orang-orang yang rapat jer. Bajet lepas raya biasalah kan. Ok, ni sementara menunggu para jemputan(chewahh), dekat rumah dah ada beberapa orang ni yakni sepupu sepapat yang hari-hari memang lepak dekat rumah i ni dan tunggu kawan-kawan mama yang belum datang. Adik dan abah belum balik kerja so kawan-kawan dorang datang malam nanti. I pulak ada lah jemput kawan-kawan dalam kampung ni, kawan-kawan i mana la ramai sangat dekat Kemaman ni sejak kecil dah merantau jauh kan.Hihi...!

Panjang la pulak mukadimah kan, ni nak ajak rakan-rakan turut serta segmen PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Klik BANNER di atas kalau nak join k

Kalau bertuah, ada special gift tau
Mereka yang tersenarai bakal menerima:
*******************************************************
1)DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
 2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit  (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Hadiah #1 dan #2 adalah tertakluk kepada availability warna

Penyertaan akan berakhir  malam ni, 31hb Ogos 2012--12 tengah malam. 

Gubahan Hantaran~Kain Pasang

Assalamualaikum

Orang kata kalau tak pandai belajarlah kan. Seperti diriku yang besar tak kecil ni jugak. Masih belajar untuk membuat pelbagai perkara. Kalau diikutkan since i tingkatan 4 lagi ramai dah orang upah i buat gubahan. Terutamanya sirih junjung la kan. Tak ingat dah banyak mana dah buat untuk orang kahwin dan bertunang ni, kawan-kawan mama pun ada upah i buatkan. Tapi dulu-dulu tak ada kamera, so i memang tak boleh nak tunjuk la. 

I sebenarnya pun tak reti sangat tapi orang kata bolehlah dari tak ada kan. Kadang-kadang kecil hati jugak kalau ada yang tak suka kan, yang komen negatif. Sebenarnya itulah asam garam dunia. Kalau dah dalam dunia perniagaan lagi lah mencabar kan nak jaga hati customer. Tak apalah, i anggap semua tu pengalaman yang sangat berharga. 

Teaser~
Kain pasang yang digubah menjadi bunga. Maybe orang cakap dah outdated gubahan ini sebab dah dari dulu-dulu lagi kan, but daripada kosong i try jugak la gubah kasi berbentuk sikit. Kalau baca entry-entry i yang lepas, hantaran bertunang ni sepenuhnya menggunakan kotak so i tak nak lah over sangat lagipun  guna kotak agak terhad nak menggubah kan. Lagi satu tak nampak pun. Hehe.!

I lagi suka kalau tidak menggunakan kotak. Gubahan moden sekarang senang tak banyak gubah-gubah ni just letak atas bakul or dulang hantaran yang cantik-cantik lepastu hias dengan bunga-bunga keliling tu. Dengan bunga tu dah menaikkan seri hantaran tu sendiri lebih-lebih lagi kalau guna fresh flower..Owh, i like.

Satar Gulung Popia

Assalamualaikum

Hajatnya nak bercerita banyak sangat, tapi nak pilih gambar nak letak watermark nak edit tu buat i pening la. Hari ni pulak mama i buat makan-makan sikit sebab kawan-kawan dia nak datang, so lepas mama balik kerja nanti tak menang tangan la kan. Tapi i dah buat sikit jadi balik nanti terus masak-masak apa yang belum siap jelah. Tak buat banyak pun just panggil  saudara dan rakan terdekat jer. Sorry pada yang i tak jemput tu. Lain kali ek.=)
Raya kedua hari tu kawan-kawan i datang rumah. Salah sorang kawan i tu anak tauke kedai Keropok Lekor dan bermacam jenis keropok la dekat Kuala Kemaman. Selalu kalau pergi memang dia akan bekalkan buah tangan untuk kitorang. Biasanya Keropok Lekor la kan tapi kali ni dia bagi Satar Gulung. Isi satar tu dekat dalam dan disalut dengan kulit popia. Dia nak bagi yang satar ikan yang bakar tu tapi dah lewat time tu dan dah ada orang punya order. Yang ini pun sedap dan first time makan. Semua orang dalam rumah suka.Thanks Wani. hihi~

Wednesday, August 29, 2012

Takkan 23 Hari Jer Puasa Ramadhan

Assalamualaikum

Ingat lagi kisah 23 Ramadhan ni? Terhenti setakat 23 hari dan tak ada episod seterusnya pun. Sumpah i tak perasan. Iyalah sebab Syawal dah mula menjelma so sibuk ke sana ke mari beraya ke sana ke situ, jadi LUPA. Nasib ada kawan yang prihatin yang sentiasa mengikuti blog sekadar di pinggiran i ni bertanya. 
 Second last day Ramadhan. BBQ beramai-ramai di rumah i. 

Lepas ni i update ok. Terima kasih kerana berkunjung.

Tudung Bawal Rose 3 Tone Hanya RM8 di Red Tulip

Assalamualaikum

Mood nak update blog beberapa hari ni asyik kelaut jer. Sungguh tak ada mood. Hari-hari online tapi just jadi silent reader jer. Nak komen mengomen pun tak ada mood.  Aishh, cerita tu kita stop dulu yer, ni nak cerita pasal tudung raya niha.
Sekarang trend tudung bawal kembali hot kan. Lepastu macam-macam la corak yang ada ada dekat bahagian tengah tudung (dekat kepala), keliling tudung tu dan macam-macam lagi lah. Tak dinafikan semua memang cantik, rambang mata. Cuma bagi i yang dah selesa dengan tudung instant or tudung saruk orang Ganu kata, fikir-fikir balik cuba la beli dulu selai dua kan. Kalau dah rasa selesa dan best pakai baru cari  yang corak-corak lain. Ternyata i memang suka sangat dengan tudung bawal ni. Best je pakai.
 Beli sehelai saja dulu sebab tengok ramai sangat orang berkerumun dekat bahagian tudung bawal ni. Dua kali pergi dekat Red Tulip ni, pertama kali tak terasa lagi nak beli last-last malam raya tu ambil la juga sehelai lagipun murah jadi kalau tak pakai lepas ni pun still tak rasa suatu pembaziran yang besar kan.
 I ni tak beli baju raya tahun ni so tudung je lah yang berganti. Malas nak fikir pasal baju raya niha dah last minute. Pakai tudung bawal ni time majlis hari raya or majlis kesyukuran kawan baik i, Yuni dekat Kuala Kemaman. Nampak biasa je orangnya tapi sebenarnya dia penghidap kanser tahap 4 dah sejak Disember 2011 yang lepas. Semoga kuat kawan dan sihat kembali.!
Aksi tuan rumah yang mengada-ngada. Singgah sekejap dekat Giant cari barang-barang.
Alang-alang singgah berkenanla dekat 1 baju ni dekat First Lady. Actually nak ambil yang lain, tapi last-last warna hitam ni jugak i berkenan. Tak reti dah nak cari warna camana. Sebab gemuk jadi fikir warna selamat  pakai warna gelap-gelap jer.Tapi bila nak pakainya..Budak-budak duk gelakkan i kaklong ni orang beli baju raya time nak raya ni dah lepas raya baru beli. Haha.!Apa kisah dik, hari-hari kan kita pakai baju, so bila-bila saja pun boleh pakai.~

Mood nak pergi rumah terbuka ni. Lambat pulak tunggu hari Sabtu ni. Ada 3 tempat rumah terbuka. Entah larat ke tidak nak pergi. =)

Tuesday, August 28, 2012

Kerana Gelung Plastik Itu

Assalamualaikum
Kerana Gelung Plastik yang tidak bertukar menjadi Gelung Rotan ini...
Hari-hari raya duk pergi Giant sebab gelung niha~
Tak beli merajuk keliling rak-rak

Dah beli senyum sampai ke telinga.
Bila sampai rumah main tak padan dengan merajuk
Lain kali buat perangai memang tak beli dah
Dah ada 2 gelung plastik ni
Agaknya lepasni buat perhiasan la lilit-lilit bunga. Haha.!

***Tak tahu la hari ni mengarut pasaipa. Mood kelaut lagi nih. Selamat bekerja dan bersekolah kembali=)