Assalamualaikum
Mood nak update blog beberapa hari ni asyik kelaut jer. Sungguh tak ada mood. Hari-hari online tapi just jadi silent reader jer. Nak komen mengomen pun tak ada mood. Aishh, cerita tu kita stop dulu yer, ni nak cerita pasal tudung raya niha.
Sekarang trend tudung bawal kembali hot kan. Lepastu macam-macam la corak yang ada ada dekat bahagian tengah tudung (dekat kepala), keliling tudung tu dan macam-macam lagi lah. Tak dinafikan semua memang cantik, rambang mata. Cuma bagi i yang dah selesa dengan tudung instant or tudung saruk orang Ganu kata, fikir-fikir balik cuba la beli dulu selai dua kan. Kalau dah rasa selesa dan best pakai baru cari yang corak-corak lain. Ternyata i memang suka sangat dengan tudung bawal ni. Best je pakai.
Beli sehelai saja dulu sebab tengok ramai sangat orang berkerumun dekat bahagian tudung bawal ni. Dua kali pergi dekat Red Tulip ni, pertama kali tak terasa lagi nak beli last-last malam raya tu ambil la juga sehelai lagipun murah jadi kalau tak pakai lepas ni pun still tak rasa suatu pembaziran yang besar kan.
I ni tak beli baju raya tahun ni so tudung je lah yang berganti. Malas nak fikir pasal baju raya niha dah last minute. Pakai tudung bawal ni time majlis hari raya or majlis kesyukuran kawan baik i, Yuni dekat Kuala Kemaman. Nampak biasa je orangnya tapi sebenarnya dia penghidap kanser tahap 4 dah sejak Disember 2011 yang lepas. Semoga kuat kawan dan sihat kembali.!
Aksi tuan rumah yang mengada-ngada. Singgah sekejap dekat Giant cari barang-barang.
Alang-alang singgah berkenanla dekat 1 baju ni dekat First Lady. Actually nak ambil yang lain, tapi last-last warna hitam ni jugak i berkenan. Tak reti dah nak cari warna camana. Sebab gemuk jadi fikir warna selamat pakai warna gelap-gelap jer.Tapi bila nak pakainya..Budak-budak duk gelakkan i kaklong ni orang beli baju raya time nak raya ni dah lepas raya baru beli. Haha.!Apa kisah dik, hari-hari kan kita pakai baju, so bila-bila saja pun boleh pakai.~
Mood nak pergi rumah terbuka ni. Lambat pulak tunggu hari Sabtu ni. Ada 3 tempat rumah terbuka. Entah larat ke tidak nak pergi. =)
cantiklah errah pakai tudung bawal, cik nur xreti dah..huhuhuh...
ReplyDeletemoga kawan errah cepat sembuh..
kanser ape ye..?
ni jarang2 gak pakai..tapi suka plak sebab kain lembut jer..tapi lau kene angin habislah kelepet tu..
Deletekawan kena kanser limfoma(sel darah putih)
wah..cantik..mcm xcya rm8..kalau ada jual online harga cmni,nak beli..heheh..
ReplyDeleteaah..mula2 xcaye gak sebab biasa maybe dalam belas2 kan. tpi kedai ni mmg jual murah sebab dia dari jalan tar kl punya..
Deletemurahnya... tudung bawal tu....
ReplyDeleteaah murah jer..lau mahal xbeli gak nih..hehe
DeleteMurah nyew..dah lama tak pakai tudung bawal..hehehe..Moga member awk tu back 2 normal..amin
ReplyDeleteaah..murah kan..errah pun dah jinak2 smula pkai bawal ni...insyaallah, mohon doa dari semua..:)
Deletemurahnya, rm8 je?? nak kirim lah..hehe..red tulip tu katne??
ReplyDeletekat kemaman ni lah yana..tp dia punya yg besar dekat jalan tar
Deletemoga kawan errah cepat sembuh..
ReplyDeletethanks...:)
Deletesis kedai red tulip dkt kemaman tu area mane??nnti tlg email kat email princess_goong89@yahoo.com,thanks ;)
ReplyDeleteaSaLaMuAlAiKuMM..sY NaK OdEr TuDuNg bAwAL RoSe 3ToNe.mCm mNe nAk oDeR gUnE oN9 CoZ KtE tInGgAL KtSrWk...KlAu pOs SkAlI BrApE EkS..??...tHaNkZ...
ReplyDelete