Friday, August 17, 2012

23 Ramadhan: Tomyam Ayam, Kerabu Perut, Kerabu Mangga dan Sambal Paru

Assalamualaikum

23 Ramadhan ni sepupu-sepupu, nenek dan atuk i datang berbuka puasa di rumah i ni. Actually lauk yang buat ni Tomyam Ayam je pun, yang lain semua made in 'kedai'. Bukan malas nak masak, tapi dari pagi sampai petang semua ada urusan penting. 
 Sebab tak masak, bestlah main tunjuk-tunjuk jer kan. Cakap jer nak makan apa, semua ada. Atas ni Kerabu Mangga Muda, Ya Allah, i yang sekarang tengah menaip ni pun kecur air liur tengok gambar ni.:p. Sangat sedap, berdesup habis licin.!
 Jeruk Mamang. Ok, i tak pernah makan ni tapi dorang kata sedap.
 Sambal Paru. Lauk pelik-pelik i memang tak jamah. Ini sepupu yang beli. Orang suka makan paru bestla kan
 Kuah Rojak Asam. Ada Buah Nanas, Sengkuang, Timun Batang, Buah Sto dan apa lagi ek?
 Sayur Kulit Buah Sto Masak Lemak Putih. Ada kacang panjang, kulit sto, lada dan petai.
 Ikan Panggang Kunyit Manis lagi. Penangan berpantang i, terus semua berahi makan camni.
 Kerabu Perut o nom nom. Sekali lagi, i tak makan perut, tapi tengok pada habis licin ni sure la sodap ok.!
 Sambal Belacan dan Petai Jeruk. I pelik sikit petai jeruk i tak makan, i makan yang fresh tanpa dijeruk jer.
 Ikan Panggang dan Ayam Goreng, Nenek i terlebih rajin balik dari berurusan petang tu, sempat lagi dia goreng kejap.
 Lada jarum dan ulam-ulaman. We alls ni memang semua makan pedas, so lada tu kami penyet-penyet je makan dengan nasi. Korang pernah buat tak?
 Tomyam Ayam. Yang ini saja lauk yang sempat masak. O nom nom, my mom air tangan.
Paling kelakar, lauk banyak tapi pembuka selera kuih ni jer. Haha, ok la kan.Ini pun tak larat nak habiskan. Kuih Puding Agar-Agar Warna Warni dan Agar-Agar Lapis serta Milo
 Air Teh Bunga Kekwa dan Air Soya. Tak yah susah-susah fikir nak buat air apa, sebab yang ini je menjadi pilihan air untuk berbuka hampir setiap hari.
 Siap sedia.Kali ni makan bersila la, tak muat meja makan
 Ohh, ada ikan keli la.I lupa snap ker.Baru perasan..kekeke
 Budak-budak yang sabar menunggu. Lagi 2 orang belah kanan tu tak puasa. Dah makan before azan. Bertuah punya budak.!
Dah azan. Baca doa la kan. Jom kita serangggggggggggggg....!

4 comments:

  1. wahh banyak nye lauk pauk berbuka..

    ReplyDelete
  2. Tak dapat hendak merasa Kerabu Mangga kerana gigi ngilu. :-)

    ReplyDelete
  3. sedapnya jeruk maman. kecik2 dulu, moyang selalu buat. sekarang, xtau mana nk carik

    ReplyDelete
  4. walaupun tak puasa dah, tapi masih terliur..huhuh

    ReplyDelete

Thanks for Comment