Tuesday, October 9, 2012

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa

Assalamualaikum


Lama tak ketemu korang-korang semua. Ada baik tak? Beberapa hari yang lepas i memang lah sangat-sangat tak sihat, demam, batuk, dan juga selsema. Demam paling lama kali ni, tak pernah-pernah biasa sehari dah baik. Ini tak melarat-larat. Batuk belum baik lagi. Selsema ok sikit dah. Part suara takda ni pun sakit gak. Rock oke suara i, serak-serak kahak basah, euwww. Semua orang yang cakap dengan i tak jelas apa i cakap. Sakit nak ulang-ulang banyak kali. Jadi banyak diam jelah dari kebiasaan yang memang suka bercakap. Batuk ni lagi dasyat, habis sakit merebak jadi sakit dada n sakit pinggang. Sakit pinggang tu common la penyakit i kan. Tak dapat dipisahkan lagi dari dulu until now. Orang yang kenal i mesti tahu kan. Orang yang kenal tak berapa kenal tu, takpa u all tengok i sebagai orang yang ceria-ceria happy takda masalah jelah yer. I malas nak cerita. I kan suka cerita kias-kias, so faham-faham lah apa yang i nak maksudkan tu yer. :)

Bila nak baik? I selalu didesak pergi hospital ambil ubat. U know me, i kan payah gila nak mampus telan ubat. Ubat banyak-banyak selalu i buat perhiasan jer. Time sakit baru meronta cari. Sekarang i macam ada bagus sikit, since everyday kena makan ubat, walhal ada jer hari-hari i skip. It's ok, cuba disiplin diri. Kalau tak, camana u nak baik kan. Rupanya tak susah pun telan ubat tapi kenapa bila di rumah nak telan ubat i selalu muntahkan balik. Bukan sengaja but begitulah spontannya. Suasana kat rumah buat i nak manja-manja ker. Haha, entahlah takda jawapan tuk semua tu. Next appointment, 2 weeks from now. Ok, i tak balik raya haji ni so i malas nak peduli date tu boleh. Tapi tak boleh gak, nanti doktor-doktor tu cari i kenapa tak datang and then set date lain plak. Tak ke sama je, kesimpulannya jangan ngelat jumpa doktor.

Tak ada idea dah walaupun i banyak benda nak cerita. Diari ni biasalah i buat sebenarnya tuk inform family n kawan-kawan yang i still hidup lagi. Ohh, sebab yang APTB. Sebab tu i lebih suka bagitahu keadaan or i buat apa dekat sini so that kawan-kawan i yang lain dapat tahu perkembangan i. Kalau i tak update blog ni, mulalah inbox fb penuh tanya ko sihat tak, please update. rindu..!Oke, sape tak terharu kawan korang mesej camtu kan. Sebab tu selesa menulis di sini sekaligus dari nak balas mesej satu-satu. Betul sebenarnya, i ni kan liat nak mengadap henpon. Sekali kawan mesej hari ni, minggu depan baru i reply. Satu sebab, time tu i tak ada kredit. Sungguh, i tak pernah topup sendiri since tahun2 sudah. Tak percaya? I tak suruh pun nak percaya, tapi itulah hakikatnya. My family akan send rm1 or rm2 setiap kali i request. Itu je, sebabnya i yang minta begitu, kalau dorang topup banyak sekaligus kredit tu tak ada makna semua kena tolak tinggal 0 sen. Lagi sebab, lagi sebab itu datangnya dari perangai i sendiri. 

I sebenarnya sangat jarang dan jenis tak ambil peduli sikit dekat hp. Dekat uni je macam nampak selalu pegang henpon sebab utama nak tahu pukul berapa. Lagi satu sebab bosan. Time ni jugak kalau ada kredit bolehlah nak balas mesej orang ke ape kan. Selebihnya nak call ke ape ke itu bukan i. Kalau dekat rumah jangan harap, henpon duk celah mana pun i relax jer. Mungkin korang akan kata i pelik, tapi percaya or tidak i sangat bencikan bunyi henpon. Bila bunyi je i macam orang tak tentu arah. Itu dah silent kalau i letak ringtone mungkin jadi gila agaknya. I ni pun jarang dengar lagu, i akan rasa serabut melainkan lagu tu betul-betul i minat. Lain lagu out tak boleh dengar. Boleh sakit jiwa. Macam dalam kereta, sumpah i suruh tutup radio sebab i tak boleh dengar langsung. Kepala i akan menekan-nekan dengan dasyatnya. Mood yang baik tetibe jadi badmood. Kalau mama i dia suka pasang radio, i memang akan off. Tak tahu kenapa, i memang tak boleh dengar.!Should i jumpa doktor jugak ke pasal ni? 

ohhh ohhh parah kan..sebab tu i tak in sangat kalau kawan ajak karok semua. I pernah nangis dalam bilik karok sebab rasa macam, rasa macam tak tahulah. tapi i siap boleh nangissssssssssss... Korang bayangkan betapa seriusnya dengan bunyi kuat semesta alam tuh. sebab tu sekarang kalau ada kawan-kawan ajak i rela jalan-jalan tengok barang-barang n then tunggu kat luar je. Tak rela menyeksa diri dan akhirnya kawan-kawan pulak susah hati  nak kena redakan i.

Dulu-dulu i sukalah marah-marah adik bongsu sebab dengar bunyi mercun je nangis. Actually, begitulah apa yang dia rasa dan aku rasa. Tapi rasanya adik i dasyat lagi lah sebab dapat kesan dari kecik lagi. Aku ni dah besar tetibe baru ada perasaan camni kenapa.Agaknya kitorang memang anti dengan bunyi kot? or ia satu penyakit? ohh, malas nak google kerja berlambak lagi tak siap. Ini karang cerita pun macam nak dekat 20 minit. Kalau buat assignment, dah boleh siap dah ni untuk 100 words. 

Sanggup ke korang baca cerita panjang berjela aku nih. Tak ada gambar dan cerita tak ada hubung kait.I tulis untuk kepuasan hati dan nak tahu pendapat orang maybe ada yang serupa kes dengan i ni. Kot-kot ada cara nak atasi. Tak adalah i perlakukan kawan i macam wujud tak wujud jer. Apapun aku tetap sayang kawan-kawan aku walau korang cakap camana pun. Seperkara lagi, i memang tak pandai nak tunjuk rasa sayang dekat orang. (0-o)

Friday, October 5, 2012

Demam dan Batuk

Sangat-sangat tak bermaya. Macam-macam penyakit timbul hari ni.
Appointment2...Memang sakit kalau asyik skip ubat jer. Nak terus tidur tapi still tengah tunggu kerja dari kawan tuk edit. Sungguh tak larat, tak kuat.

Pertunangan My BFF, Qiey-la

Assalamualaikum

Lepas sorang sorang bestfriend forever ni nak jejak ke alam bahagia. Sedih plak sebab dah lah tak dapat balik, tak dapat nak gosip-gosip, tak dapat nak tangkap-tangkap gambar. Tunggu jelah dorang upload nanti. Mesti cun melecun kan. Aishhh, sedih..Nasib tak buat baju lagi. Over, orang nak tunang kau yang lebih-lebih buat baju.!
 Qiey-La n me @ Pantai Teluk Mok Nik.Rindu nak balik nak main air pantai.
Selamat Bertunang sayang, nanti nak kahwin cari tarikh cun-cun sikit biar dapat datang. Hehe.!





Gambar selingan. Tak bermotif ngan tajuk entry. Sesaje mengimbau kenangan duk dalam studio ni. Nasiblah tak banyak sangat dah kerja studio nih. Tinggal sikit lagi but tunggulah esok masih banyak kerja bersusun.

Moga semuanya dipermudahkan. Amin. 

Thursday, October 4, 2012

Rindu Rumah Terengganu.!

Assalamualaikum

Sempat pulak i update belog kan. Kalaulah buat assignment macam update blog ni kan best. Happy jer tanpa ada rasa $#^&^$#@$%%... Ini tak kepala hotak berlapis-lapis dah dengan roti dan jem. Tepu.!

Takmo cerita tu takmo cerita tu. I jeles ni, roomate i ni nak balik kampung lagi malam esok. I ni entah bila nak baliknyer. Ura-ura tiket balik Terengganu raya haji ni pun dah habis. Achaner nak raya ni...Uwaaaaaaaaaaaaaa...

 Rumah sekalipun biasa jer ia tetap bermakna. Tempat berteduh selama 23 tahun. Rindu sangat rumah.Dapat tatap gambar pun mujurlah
 Ruang beradu di kala petang. Haha, port i tidur ni.
 Luar rumah i yang best-best sangat. Port jiran-jiran melepak.
Kau mampu hari raya datang rumah orang boleh baring atas sofa camni. Hahah, tu sebab rumah kita best. Orang luar pun buat rumah macam rumah sendiri. Guling sana guling sini.
Misshhh u missh uuuuuuuuu...Arghh, rindu nak terbongkang depan tv, duk sini mampu download movie jer=(
 Motif letak gambaq ni? Ntah, nak edit tadi jumpa yang ni. Keluarga number 2 kami. Ada lagi satu family sulung, tengoklah ada masa lebey-lebey sok lusa i cari gambaq2 yanga ada.
Kenal sapa ni?
 Hah, ni budak yang nak balik rumah sangat-sangat. Nak jer balik tapi tengok keadaan kerja yang bersusun tak mampu i. Nanti tak terbuat kalau dah balik. So, ada orang nak tumpangkan kita balik Terengganu raya haji ni? Pelisssss tak mo raya kat sinnnnnnnnnnnnnnniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 3, 2012

Macam-Macam Cerita

Assalamualaikum

Minggu Keempat di Skudai

Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Beberapa minggu ni memang sibuk sangat-sangat dan lepas-lepas ni lagilah nak kejar dateline kerja semua. Everyweek sentiasa ada assignment dan memang sangat mencabar. Biasa kalau ada pun, minggu akan datang kena submit, but now everyweek u. Memang jadual kerja yang nak submit sepanjang hari dalam seminggu tu. Dari Isnin hingga Khamis, setiap kerja berlainan wajib disiapkan. I dah buat yang termampu, so berserahlah dengan apa hasilnya.=)

Ok, hurmm. Nak cerita apa lagi yer. Otak pun dah jem, blog pun dah bersawang dengan hebatnya. But, syukur masih ada kunjungan yang tak putus-putus dari korang. Ada yang add fb, dan macam-macam soalan yang ditanya. Salah satunya, akak jual kek kat mana? Awak ada buka kedai ni ke? Kedai apa? tettttttttttt..biarlah i dan reader i jer yang tahu. 

Ni cerita lain lak, i ni jenis huru-hara sikit. Jenis yang tak tetap pendirian. Sekali nak buat ini, sekali nak buat itu. Last-last naluri pertama jugak yang menang. Bila fikir balik, nyesal awal-awal lagi tak buat sehabis baik. Actually  ni pasal cari supervisor tesis. Dari sem lepas lagi dalam hati dah tetapkan nak buat bahagian transport, dan awal-awal jumpa lecturer pun memang cari lecturer transport. Tapi biasalah pertama kali jumpa takkan la approve lagi tajuk tu. Ada la penambahbaikan yang kena buat.

Dalam pada tu, i cuba beralih angin ke tourism. Jumpa jugak dah lecturer tourism, dan memang dah dapat idea nak buat. Sekali nak gi buat appointment semula, sampai ke minggu-minggu depan lecturer tu tak ada kat uni. So, tukar angin balik ke transport semula. Dua hari bersengkang mata cuba buat yang termampu, esoknya cepat-cepat pergi jumpa. Alhamdulillah, tajuk tu dah approve by lecturer dan dia suruh i buat cepat-cepat dan guna manual tesis terus. But, banyak lah jugak yang kena baiki. Nanti ada presentation tuk defend our research proposal, takutnya nak sampai ke stage tu. Harap aku mampu. Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak aku? Moga semuanya dipermudahkan.

Ada kelas kejap lagi pukul 9. Kelas Dr N tapi dia tak ada, kena operate. Makanya kelas i nanti dekat library. Ada orang library nak tunjuk pasal search info guna PSZ Portal. 

Miss my angels~

Monday, October 1, 2012

Jalan-jalan ke Zoo Johor

Assalamualaikum.

Terimalah entry bergambar jer dulu. Tak larat nak buh caption ag. Nanti i continue~
















The hectic sem i ever had. Doakan i kuat tuk lalui. Papai~masih banyak kerja menanti

Tuesday, September 25, 2012

@Johor Land Berhad, Bandar Dato' Onn

Assalamualaikum

Live from KFC Jusco Taman U. Haha, curi line TM Secret Recipe. Dari pukul 3 petang lagi i dan Farihah kat sini. Sambil buat assignment law, sambil cari maklumat, sambil tengok orang, sambil makan. Arghhh, peningnya kepala. Macam-macam nak kena fikir. Memang dugaan belajar yang sangat dasyat. 







Studio oh studio. Tension lah camana nak dapat maklumat nih. Semalam pergi Johor Land ingat bolehlah dapat maklumat sikit tapi nampaknya kena gali sendiri la. Apa mau jawab nanti..Arghhh, tension lagi sekali..!

Monday, September 24, 2012

Dinner Nasi Ayam Penyet di Restoran Pinang

Assalamualaikum

Lepas geram sebab lama sangat tak makan nih. Mula-mula borak-borak kosong jer pasal ni, last-last dari cakap kosong tu dah membawa kitorang perasaan terliur yang membuak-buak. Maklumlah dah lebih 3 bulan++ tinggalkan bumi Johor. Dan diet i terbabas lagi. Kesian, asyik makan jer. Bila mau kuyusss nih.
Pandai baca kan
Baru je letak punggung, abang otak-otak ni datang bawak bekas ni. Tapi sorry bang i nak makan nasi ayam penyet jer.hehe!
Satu set lengkap Nasi Ayam Penyet. Ini dari Restoran Pinang, kalau Bibik banyak lagi aksesorinya.
Sepinggan RM5.
Wajiblah mintak sambal lebih kan.
Jeling kamera dulu before makan. Haha, tabiat dah.!
Alhamduliilah kenyang sangat-sangat. Air kitorang tak beli sebab dah ada CoolBlog
Tepi restoran ni pun ada burger bakar. Dah macam trend pulak sekarang semua pakat nak niaga ni.
Masa i datang penuh ni tinggal meja yang i duduk ni je kosong. Lepas i habis makan semua dah blah.
Restoran Bibik pun sedap. Bersebelah jer dengan Pinang ni. Kalau kat Johor ni memang bersepah kedai makan Jawa tinggal cari dan cuba jer. Siapkan duit sekali yer. =)

Kejap lagi nak pergi Johor Land. Tension weh studio.!