Perempuan.
Dia menangis. Dia ketawa. Dia merungut. Dia membebel. Dia berduka. Dia sayang. Dia cinta. Emosi dan perempuan sahabat yang sangat karib. Susah hendak dipisahkan. Perempuan tu fragile. Memang ada perempuan nampak gagah luaran tapi dia tetap perempuan. Hatinya masih lembut. Hatinya masih sensitif.
Perempuan.
Tentang suka. Tentang jatuh cinta. Sering sahaja dia tersilap percaturan hati. Fikirnya lelaki itu cinta,dia tunggu untuk sekian lama namun hanya hampa. Lelaki bagi mereka biasa tapi bagi perempuan setiap kata kata manis, perbuatan baik, perhatian dan pujian itu tanda kau suka atau mungkin kau buat dia jatuh cinta.
Perempuan.
Dia belagak kuat di hadapan semua padahal hatinya telah hancur luluh merana. Namun dia tahu dia tak boleh tunjuk lemah selamanya. Dia harus kuat hadapi dunia. Pura pura kebal dengan segala. Hadap semua dengan senyuman palsu semata. Berjalan megah untuk melindungi diri yang jatuh tertiarap di hujung sana.