Friday, August 10, 2012

Juadah Berbuka Puasa 15 Ramadhan

Assalamualaikum

Banyak dah entry lauk pauk rumah i yang tak seberapa ni tak update. Mood nak update blog kelaut je sekarang. Tak bestnya i tak ada lagi baju raya dan tudung raya ni. Tadi keluarlah kejap ke bandar nak cari baju, berkenan dah dekat satu baju tu tapi kan mahal ya ampun, sehelai RM250. Bajet i lebih kurang RM150 jer, kalau baju 100 tudung dalam 50 kan. Dah ada berkenan kat tudung tapi sebab baju tak beli lagi tak ada mood la plak nak beli. Ni buat rasa malas nak beli baju raya ni. Agaknya i pakai baju sedia ada jela dulu kot. haha. Malas nak fikir dah.

Lupakan masalah negara i jab, kita tengok juadah berbuka family i dulu yer.hihi. Masakan kampung je korang, masakan bandar takder. Tapi kali ni tak semua juadah sempat ni, al-maklumlah penyakit tiba-tiba datang. Mana yang sempat jer i snap.

 Mama i buat Tomyam Ayam Kuah Putih. Nyum nyum. Ratah jer tak makan dengan nasi takper.
 Gulai Daging Kawah di atas dapur. 
 Telur Rebus dan Telur Masin. I tak dapat makan ni, kena berpantang. Kalah orang beranak nak kena pantang-pantang segala ni
 Air Tebu Hitam.Tapi dorang ni tak tapis, banyak habuk-habuk tebu ada. Spoil...!
 Nekbat pembuka selera bersama kurma
Ayam Panggang adik i beli. Tak makan waktu berbuka, makan malam-malam sikit. Gambar dalam oven je sempat, luar punya tak sempat dah kena serbu.

Itulah sedikit sebanyak juadah berbuka puasa hari tu.Hari ni korang berbuka apa? Mama i buat Nasi Ayam hari ni, air pulak i dah buat Sunquick jer, malas dah nak fikir nak buat air apa. Tapi my dad nak pergi bazar beli air tebu. Lantaklah, rumah i beli banyak-banyak pun confirm habis..haha

Thanks for reading this entry...!


7 comments:

  1. Replies
    1. hehe..yeke...oven ni baru lagi, beli 2 ramadhan ari tu kebetulan yg lama dah rosak..:)

      Delete
  2. wahhh... sedapnyee... ni yang buat tak sabar nak bebuka nih : )

    ReplyDelete
  3. ada kurang tak ezcema kat muka tu errah?

    ReplyDelete

Thanks for Comment