Tuesday, April 10, 2012

Mee Sup Warung Nasi Lemak Mak Ani

Assalamualaikum...

Bila dah berada dekat rumah ni kan..kerja utama i tak lain dan tak bukan ialah makan dan makan...Mana taknya bila dah tinggal lama-lama dekat tempat lain, perkara yang selalu i bandingkan ialah pasal makanan..Mana nak sama dengan tempat kita sendiri kan...memang tahan mengidam berbulan-bulan...

Dan entry kali ini pun masih berkisar tentang makanan..
 Yeay...ini dia mee sup kegemaran i...Datang dari Warung Nasi Lemak Mak Ani atau lebih dikenali dengan Kedai Nyamuk dan juga Bowoh Lemboh kalau dekat Chukai ni...Orang Chukai yang tak kenal kedai ni meh sini nok bagi direction..Kedai ni senang je nak cari...Ia terletak selepas traffic light Majlis Perbandaran Kemaman...Kedai dia warna kuning dan bawah bukit sikit..sebab tu dipanggil kedai bawah lembah..:)
Mee sup dia ni memang lain dari yang lain..Tak tahu macammana dia buat..sebab kuah dia warna kekuningan..dan kuahnya juga pekat tak macam tempat lain supnya cair bole( cair sangat). Lagi satu dia punya sambal lada memang menepati citarasa i lah yang sangat suka makan pedas-pedas ni...Ayam dia pun lain macam diperap dengan rempah sup tu...Sedap sangat...Harganya pun berpatutan, RM4.50 sahaja bersesuaian dengan kuantiti mee supnya yang sangat banyak...
I beli bungkus je tadi..Kebetulan pergi bank masuk duit..Nak balik tu lalu jalan belakang...Tak rasa pun nak beli mee sup ni...Entah camana sampai je dekat traffic light terus rasa nak singgah..Aroma dia tu kuat sungguh..sampai melekat i ke situ...hehe

Kedai dia banyak lagi menu..Yang famous mestilah Nasi Lemak dia..sebab tu nama kedai pun Warung Nasi Lemak Mak Ani...Memang sedap..Tapi i kan dah dari kecil lagi jatuh cinta dekat mee sup dia..so i main rasa-rasa jer yang family order...hihi...Tak pernah bertukar menu lagi kalau pergi kedai ni..=)

13 comments:

Thanks for Comment