Tuesday, October 23, 2018

Diy Hantaran Pertunangan Tema Pink dan Ungu

Assalamualaikum

Bila dah selalu buat hantaran untuk customer kan, bila time sendiri serius blur sangat2. Sampai warna bunga pun tak tahu nak warna apa. No plan, just capai yang rasa ok di mata. Pilih2 dan bayar. Serius kalau untuk orang lain senang sangat nak decide, redha je la kan i pilih pink untuk u. 
 Hokaido kek by bakedbyrusdiah. Actually nak buat sendiri je kek tapi minggu tu sangatlah tak larat sebab sepakej dapat demam, batuk dan selsema. Senang order jela. Creampuff kuih2 untuk tetamu pun order dari dia. Tapi semua tu pon tak sempat nak ambil gambar.
Gambar hantaran lagi lah ini jer yang ada. Gambar close up yang elok sikit langsung tak ada. Ha tengokla betapa bila majlis sendiri tak dan nak ambil gambar pon. Kalau yang customer full la memory hantaran nak bergambar.

We olls pakat nak 5 5 dulang je tak nak la banyak2. So, erah sediakan sirih, tuala pink u haha, coklat, buah dan kek. Kalau boleh nak bagi makanan je semua.

From him. Tema ungu. Cincin, Kain pasang, sirih, buah , brownies n congobars. Simple2 je ramai yang pertikai kenapa 5 5. Sebab biasa perempuan 7 lelaki 5. Apa2 lah yang ni semua adat je, style erah jenis tak kisah pon. Dah orang tua kata kena ada ikut jelah kan.

Tunggu next hantaran kahwin nanti la pulak ye...😆😆😆

Thursday, October 18, 2018

Diy Mini Pelamin Pertunangan

Assalamualaikum....

Masih lagi dalam mood nak bercerita pasal e-day tempoh hari. Actually, kalau ikutkan erah tak nak pun pelamin2 ni sebab kalau boleh nak buat simple2 je dah. Tapi mama cakap tak nak tempah pun buatlah asal ada (tebeng2 sikit untuk ambil gambar buat kenangan)
Maka akurlah kita sebab mama kita lagi excited. Beli kain jersey warna krim kat Amni Kemaman ni, dalam 3 helai yang setiap satunya 3 meter. Mama yang sponsor adalah dalam rm30 ++. 
Bunga hijau atas tu yang dah sedia ada kat rumah. So jimat tak payah beli. Yang putih tu rak mulig Ikea, sebab tak nak nampak kosong sangat so tambah bunga dan beli lagi 3 meter kain tirai tu.

Hari pertunangan tu. Secoet je pun tempatnya. Kerusi tu pinjam yang mak saudara dan karpet coklat yang sepupu. Ok settle bab pelamin diy yang sangat2 simple ni.
Last but not least, bunga tangan tu pun buat sendiri dari lebihan bunga. Asal ada je kan.
Hehe tapi ok la ada jugak yang puji cantik so tak sia2 la diy mini pelamin ni sendiri kan.

Wednesday, October 17, 2018

Officially I am Someone Fiancee !!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur, one step closer. Semoga Allah akan permudahkan urusan selepas ni pulak. Amin
Sekadar ingin mencoret detik bahagia pada petang 6 Oktober yang lepas untuk kenangan akan datang. Majlis pertunangan ni memang sebolehnya nak buat simple but sweet gitu. Haha,tapi sweet ke? Sweat adalah kan debar tahap apa tah.

 Segalanya dari pelamin adalah diy dan baju pun baju raya jer just tambah lace sebab tak nak nampak plain sangat. Tapi bab makan memang meriah.

Macam2 kalau boleh nak buat tapi apakan daya mana ada orang sangat nak menolong, family erah kecik je dan orang lain pun ada komitmen family masing2.

Tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan puji makanan semua sedap. Lepas majlis habis terbongkang keletihan. Syukur dah lepas 1 majlis. Tunggu tahun depan pulak kalau sempat erah update.


Terima kasih kpd family, saudara mara terdekat, dan my bff yang datang dan juga family bakal zaujku yang menjayakan majlis ni. Lain2 nanti kalau free erah story lagi. Banyak lagi ni bab hantaran, pelamin, juadah makanan. Haha untuk kali ni cukup setakat ni dulu. Ini pun sebab tengah bosan kalau tak tak adanya nak update. Jadi kena bosan selalu ke ni? Haha.

Sampai jumpa lagi. Terima kasih yang baca erah membebel sampai habis ni.😁