Wednesday, February 1, 2012

Cheritera hati 1st Giveaway

Assalamualaikum

Giveaway dari empunya blog Cheriterahatyhaney
.
Hadiahnye pun best jugak...

Tempat Pertama:
1 produk Avail Beauty + 2 Shawl Inner Polkadot + Brooch

Tempat Kedua :
 Produk Avail Beauty + 1 Inner Shawl Polkadot + Brooch

Tempat Ketiga :
1 Shawl Inner Polkadot + Produk Avail Beauty.

Saguhati (untuk 2 orang pemenang) :
Produk Avail Beauty

I nak tag semua follower=)

Dateline: 3 Februari..
sempat lagi if nak join..

***Ini kali kedua i join giveaway...yang first dulu tak der rezeki..
harap-harap kali ni bertuahlah...
AMIN..

Vanilla Coklat

Assalamualaikum

Kejap je kan hari ni dah masuk 1 Februari..lagi beberapa hari je dah nak start semester baru..rindu nak jumpa kawan-kawan, lecturer dan orang-orang dekat U..dan pagi ni, i buka je blog, my follower dah bertambah, genap 100 orang..thanks semua rakan-rakan blogger...

Nak dijadikan cerita, i baru saja tengok cerita Vanila Coklat ni..sebelum ni selalu je tengok iklan tapi tak pernah nak mangikuti dramanyar..Bosan tak tahu nak buat apa semalam, terlayan pulak Vanila Coklat ni..
Rupanya cerita ni best jugak..Sweet sangat tengok Zara dengan Aamir..Izara Aishah la yang memang comel sangat berlakon citer ni..Muda-muda lagi kena kahwin ikut pilihan mak ayah..Ayah si Amir sanggup tau berlakon buat-buat sakit sebab nak suruh diorang kawin..Ahaha..lantaklah dorang..Tapi zaman sekarang ada lagi ke orang yang suka dengan pilihan ibu bapa??? mesti nak cari sendiri kan..bagi i, tak kisahlah pilihan siapa pun..tak kahwin pun xper..hehe

Habis je cerita ni kat Tv, i terus buka tonton..tapi kan  dah tak boleh tengok episod 1 dan 2..sedih betul la tonton ni..cerita tengah berjalan lagi kat tv tak payahlah close lagi kan..Macam i, Episod 7 baru tengok..nak lah tahu cerita awal-awal dia camana..ermm..kena try cari kat website lain la ni..xpun kat you-tube..kot-kot ada..

Anyway...Happy Wednesday and have a nice day...
Bye-bye

Tuesday, January 31, 2012

Pulut Durian

Assalamualaikum..

Ini cerita petang kelmarin yer y'alls..Semalam i duk gebang-gebang bilang sama itu mama mau buat pulut doyan kan..

So, inilah dia..
Hee...sorry, bukan yang ni tau..actually nak makan dengan durian macam dekat gambar ni..ikut style pulut durian Kelantan, tapi mama letak semua dah durian dalam periuk..=(
sumber gambar : google

Jeng jeng jeng...






 Pulut durian ni baru i yang punya..hehe...punyalah banyak gambar letak padahal yang sama jer...jemput makan meh...

Semalam i bagitau nak kongsikan resepi mama i, tapi mama i buat cepat sangat..tak sempat nak ingat details letak dalam kepala ni...sempat duk merelip jer.. I ada jumpa resepi dari blogger masakan yang famous ni CIK MAT GEBU...lebih kurang je cara dia tu.. so, boleh refer sini lah jugak..senang untuk i kalau nak buat sendiri nanti..

Resepi Pulut Durian...
 cik mat gebu panggil serawa..i panggil serawa kalau yang ada letak telur tu..hehe.


BAHAN KUAH SERAWA :-)

1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu
***resepi cik mat  pakai tepung gandum, mama i tak letak...atas masing-masing kot nak olah camana bagi sedap lagi..


BAHAN PULUT :-)

500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 ml santan cair
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul
***masa mama kukus pulut, i tak tengok...senang je rasanya nak kukus pulut tu..kukus macam biasa pun boleh...nak sedap cuba lah resepi cik mat ni..


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...

Ok, selamat mencuba..

***petang ni mood berkebun datanglah..jom tanam kangkung ...!!!

Quote of the DAY #3


Life goes on. Probably not the way you wanted it to be, 
but always the way it's supposed to be




 ***We are able to plan but only God determines***

Me and Them


Monday, January 30, 2012

Pulut Durian in the Making

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..
Terliur tak dengar tajuk entry ni..hihi..ni belum pun makan lagi tapi dah kecur air liur nak rasa pulut durian petang nanti..

I baru je balik dari membeli bahan-bahan untuk buat pulut durian..Durian dah ada, ambil dari kebun je..just pergi beli santan, gula melaka dan pulut...kalau tak ada tu macammana nak jadi pulut doyan ye tak...Petang nanti  dalam pukul 5 mama i nak buat pulut durian..yabedabeduuuu....sumpah lama giler tak makan pulut durian ni...alang-lang pergi beli bahan-bahan tu , i sempat rembat jagung manis dan susu cair..i nak buat ais jagung..fuhh, sedapnyer..yum yum yum..

Tak sabar rasanya..nak makan, nak belajar buat..hee..nanti i kongsikan resepi pulut doyan mama i kay...

***sorry, picture tak ada, coz tak buat lagi..nanti dah siap i jamu y'alls dengan gambar2 yer..


Fabric Flowers Close-Up

Assalamualaikum..

Gambar-gambar di bawah ni adalah sebahagian daripada bunga-bunga yang i buat tempoh hari..boleh lihat dalam entry ni  yang mana semuanya gambar-gambar yang telah bercampur dengan bunga-bunga lain..
Jadi, hari ni i nak kongsikan bunga ni secara close-up sikit..

Bunga ni i buat 3 layer.. biar nampak kelopak-kelopak bunga tu .for this flower i guna smarties button 
Bunga yang sama cuma yang ni i guna butang 2 lubang..
Dah berkawan baik=)
Ini juga i buat 3 layer..kelopak paling besar adalah warna hijau lumut, 2nd layer warna hijau muda n kelopak paling kecil warna cream...
Geng serumpun....sebapa tapi mak lain-lain..
Bunga-bunga yang sesat..tetiba je buat warna ni..layankan jelah..
Dah siap, bolehlah nak gubah letak dalam pasu-pasu comel..Kat atas ni I just letak dalam pasu-pasu yang ada sementara menyiapkan adik beradiknya yang lain..hehe

Juara Anugerah Juara Lagu 26

Assalamualaikum

Juara AJL milik Hafiz..Tahniah HAFIZ.....whoaa..sempoi giler hafiz tadi buat performance tapi pakai baju macam nak gi jogging je..walaupun tak glam macam finalis lain, it's worth ok..dapat merangkul 2 kategori lagi..

My Beribu Sesalan juga tak kurang hebatnya..Congrats jugak kepada TRIO hebat ni, Ning Baizura, Jac dan Shila Amzah kerana dinobatkan sebagai naib juara.

Abang Superman pula meraih tempat ketiga menerusi lagu Karma.

Ok, ini adalah senarai  lagu yang telah berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 26 sebentar tadi. Let's cekidautttt........
Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz
CONGRATULATION....!!!