Wednesday, March 7, 2012
Majlis Perasmian Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012 dan Lawatan Kerja Inisiatif NKRA
Assalamualaikum
6 Mac 2012 di perkarangan Majlis Perbandaran Kulai...
Entry teaser dulu lah yer, banyak picture dengan kawan-kawan belum collect lagi..
Thanks for reading :)
Tuesday, March 6, 2012
Sumber DEMIHAFIZ
Assalamualaikum..
Update from previous entry
Untuk memudahkan lagi pembaca memahami keadaan sebenar OP Hafiz, di sini Errah dengan rasa tanggungjawab ingin berkongsi risalah 'SUMBER DEMIHAFIZ' yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kepada para pembaca..Special thanks to Mr Sheikh Ghazali yang telah mengirimkan risalah ini melalui email kepada Errah...:)
As u can see...
Ok, mungkin kecik sangat kan..takpe, Errah cuba taip satu-satu yer...
OP MOHD ABDUL HAFIZ ABU TAHIR
OP Hafiz dilahirkan 23 tahun yang lalu pada Ogos 24hb 1988
di Hospital Kota Tinggi, Johor di dalam keluarga Abu Tahir dan Tumirah yang
mempunyai 7 adik beradik. OP Hafiz ialah anak yang kelima..selain 2 lelaki dan 3
perempuan. Seorang kakak telah meninggal dunia semasa berumur 5 tahun. OP Hafiz
dibesarkan di persekitaran FELDA. Bapa beliau merupakan peneroka FELDA Semencu,
Kota Tinggi sejak 1977.
OP Hafiz mendapat pendidikan awal di SRK dan SMK Semencu
sebelum dipilih melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi,
Kuala Lumpur pada tahun 2002. Beliau berada selama 4 tahun di MTD dan
ditempatkan di kompeni F. Selepas Perbarisan Tamat Latihan di MTD pada akhir
tahun 2005, beliau melanjutkan pelajaran tingginya di Universiti Teknologi
Petronas pada tahun 2006 sehingga pertengahan 2011 untuk Sarjana Muda
Kejuruteraan Kimia. Beliau berada pada tahun ke3 dan terakhir dan dianggap
mahasiswa yang cergas dan cerdas. Beliau hanya ada satu kertas amali sahaja
untuk diduduki.
TAK SEMENA-MENA....TRAGEDI MELANDA
TRAGEDI
Tragedi melanda pada petang Selasa, Mei 24hb 2011. OP Hafiz
dan beberapa kawan sedang bermandi-manda di Pantai Tanjung Balau, Bandar
Penawar, Kota Tinggi. Beliau terjun beberapa kali dari suatu cenuram. Pada
terjunan ke3 atau ke4, beliau tidak timbul. Mujur kawan-kawan dan orang yang di
pantai sedar akan keadaan yang berlaku. Bergegas mereka tarik beliau dari dalam
air laut. Beliau kaku dan kesejukan, kedua belah tangannya bengkok, tak boleh
bergerak, masih sedar tetapi percakapannya raban. OP Hafiz serta merta dihantar
ke Hospital Kota Tinggi. Memandangkan keadaan kritikal, OP Hafiz telah
dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
MIMPI NGERI RAWATAN
Pada Jun 9hb 2011, OP Hafiz menjalani pembedahan di Hospital
Sultan Ismail selama lebih kurang 7 jam yang mencemaskan. Keluarga Abu Tahir
dan Tumirah berada dalam keadaan gundah gulana yang tidak terperi..tidak tahu
apa yang akan berlaku. Mereka hanya ‘pasrah’ kepada ALLAH. Pembedahan Berjaya.
“Anterior plating” dipasang dan penggraftan tulang dilakukan.
OP Hafiz telah didiagnos mengalami ‘fraktur ledak C6 dengan
deficit neurologi, cedera kepala yang ringan beserta pendarahan intracranial
dan ulser tekanan pada kawasan gluteus.” Merujuk laporan surgery, oleh Dr Wan
Noor Azliana Mamat, Jabatan Ortopedik..”..Diagnosis seperti tersebut di atas
boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan kesudahannya tidak pasti. Kita perlu
menunggu selama sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menentukan samaada pesakit
boleh peroleh fungsi normal atau hampir normal atau pesakit akan lumpuh
sepanjang hayat.” OP Hafiz telah berada di hospital selama 2 ½ bulan.
MASA DEPAN OP HAFIZ?
OP Hafiz kini terlantar di katil dan separa lumpuh di rumah.
Keadaan medikalnya amat kritikal. Hidupnya tidak keruan. Pemikiran bahawa
“lumpuh dan terlantar sakit di katil sepanjang hayat “ merupakan mimpi ngeri
dan amat menakutkan OP Hafiz dan keluarga tersayang.
Universiti Teknologi Petronas amat prihatin. UTP telah
membiayai segala kos pembedahan, perawatan hospital dan pembelian kelengkapan
dan aksesori perubatan untuk keselesaan OP Hafiz..yang berjumlah sekitar
RM25,000/=.
Beberapa sumbangan telah diterima daripada OP(OP=bekas
penuntut Maktab Tentera DiRaja) sebanyak RM6,820/= , kebanyakannya daripada
usaha murni OP yang lebih muda dengan melakukan beberapa kegiatan amal
bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga OP Hafiz.
NAMUN..OP Hafiz perlukan lebih dari ini.
Tabung “SUMBER DEMIHAFIZ”
Tabung ini diwujudkan khas untuk mengutip derma dan
sumbangan untuk membiayai keperluan perubatan dan keperluan hidup OP Hafiz. OP
Hafiz perlukan anda sekarang untuk membantu beliau. Rayuan dibuat untuk derma
dan sumbangan kepada Tabung ini.
Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun
Bank:
SUMBER DEMIHAFIZ di Bank CIMB
No Akaun : 14160001103109
Thanks for reading this entry..hope you guys can spread this and share to others too...
Assalamualaikum..
Thanks for reading this entry..hope you guys can spread this and share to others too...
Assalamualaikum..
STPM 2011 Keputusan Cakap-Cakap
Assalamualaikum
Tak tahu kenapa i rasa nak share 'keywords' yang dicari oleh pengunjung blog i hari ini....hari ini dah lah i tak buka sangat blog ni, tetibe balik dari perasmian oleh TPM tadi tergerak hati nak buka Nuffnang...I sangat malas nak buka sebabnya line sangat slow..kalau buka pun buat sakit hati jer...sebab tak keluar-keluar...asyik-asyik problem loading.....
Kira first time ni ...anda bertuah..!!!!cepat tuntut keputusan STPM dengan i...=)
Cepat cakap kenapa keputusan cakap-cakap, bukan keputusan khabar angin ke, keputusan borak-borak ke...ehehe...i plak dah over mengarut ni...ok, abaikan...
Kadang-kadang apa yang korang cari boleh buat i geli hati tau..nanti la i godek-godek cari yang lepas-lepas apa yang korang duk cari..macam tak ada mengena tapi last-last sampai jugak korang ke blog ni..anyway, thanks tau korang and mr google yang membuatkan korang sampai ke sini..sorrylah i tak sempat nak buat air..lain kali nak datang, call dulu ek...(^-^)
Patutlah korang cari ek, esok kan keluar keputusan rasmi STPM...so, dah tak ada keputusan cakap-cakap yer dik, keputusan yang buat korang tak boleh bercakap adalah kot esok....
Good luck yer semua calon-calon STPM 2011...Insyaallah usaha korang akan berbayar dengan keputusan yang cemerlang esok...AMIN...
6 Mac 2012
Assalamualaikum....
Ke mana i semalam tanpa menhapdate blog langsung...???hehe...semalam adalah hari bersuka ria...eh, dak aihhh...Pukul 2.30 petang, i ada group meeting untuk discuss tentang assignment kitorang yang nak kena hantar Jumaat ni...So, discuss-discuss semua dan cari maklumat sikit, maklumlah dekat studio wifi agak laju..cambest je kan duk cari-cari bahan assignment...
Selesai mencari, pulanglah ke kamar beradu kan...Baru je i sampai bilik, tetibe kawan i, Cik Wani Bbnn duk mesej tanya nak pergi naik kuda tak...???Ohh,excited punya pasal kelam kabut i siap-siap...Tapi time kitorang pergi tu dah pukul 6 dah...Sampai-sampai je pakcik yang jaga kuda tu cakap dah nak tutup dah 6.30 nanti..Jadi, sempatlah bagi makan kat kuda-kuda tu jer..Adui, orang tak pernah pergi dekat dengan kuda kan, berteriak ramai-ramai kitorang semalam..Bising bango...haha..So, senep-senep picture jelah kitorang, tapi pic -pic tu nantilah i share yer..
Dan semalam pun i berpuasa jugak..Kebetulan masa on the way balik, baru tau jugak Wani puasa sama..Jadi, kami berbuka berdua la dan yang lain balik ke bilik masing-masing dah...After berbuka, i pergi bilik dia..Solat semua kat sana..Ingatkan lepas tu nak balik, last-last dah terlayan movie, hambek ko..terlekat i sampai tidur sana..pagi ni baru balik ke bilik....
Ok, itu cerita semalam yer...I nak cerita tentang tarikh hari ini...Tentang kehilangan seorang yang amat bermakna dalam kehidupan i dan juga family...
Hari ini genap 2 tahun pemergian arwah nenek...Nenek(tok wan dalam bahasa Terengganu) yang bertudung oren tu...I tak sempat jumpa tok wan masa dia masih bernafas lagi..Time tu dah ada dekat uni dan malam ketika mama call i, masa tu i tengah ada kem dekat FRIM, Kepong....Walaupun duduk dalam hutan, siapa tak nak balik kan bila dengar berita macam ni...Cepat-cepat bagitahu dekat Mus and then Zaki dan Abg Adli hantar i dekat stesen bas Putra...Diorang jugak pinjamkan i duit untuk beli tiket bas...Ekceli i dah suruh dorang berhenti ATM, tapi kelam kabut time tu dengan jalan agak jam, tak sempat nak singgah...nasib baik ada abang-abang yang baik hati ni..Thanks to both of you...!!!
Tok wan i dulu-dulu tiap-tiap minggu akan duk rumah i..senang dia nak pergi bandar sebab family i memang tiap-tiap hari akan keluar...Dan rumah i adalah rumah terakhir yang menjadi tempat persinggahannya di antara rumah anak-anaknya yang lain...Banyak sangat kenangan bersama arwah...Tok wan juga yang datang ikut family i semasa i mula-mula mendaftar di UTM ni..Bila tengok video-video lama rasa sebak di dada...Terasa macam ada je lagi...I miss u...
Semoga tok wan tenang di alam sana...Amin...
***sambung buat assignment jab lagi and then pukul 2 nak pergi jumpa Tan Sri Muhyiddin Yassin...=)
Monday, March 5, 2012
Jumpa Senior Lama...
Assalamualaikum...
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati...
Walah, berpantun pulak yer...itulah menandakan perut i ni dah sendat giler-giler...kenyang sangat makan tadi...Orang berbuka masa azan Maghrib tapi i pukul 8.30 baru jumpa makanan...Duk fikir-fikir nak makan apa macam entry ni tadi, last-last makanan ini jugak yang i hadap...
Ini dia... Nasi Ayam Penyet Restoran Pinang...Punyalah tadi fikir nak makan macam-macam kan, last-last ini jugak yang menjadi pilihan hati...Seriously i memang tak pernah puas makan ni...Sambalnya yang marvellous, pedas kaw-kaw orang kata (dahlah i memang tak boleh dipisahkan dengan pedas-pedas ni), so memang kena lah dengan selera i... Dekat Restoran Pinang ni tak pernah putus-putus orang datang..Memanjang je ada orang...Lebih-lebih lagi student UTM la sebab dekat jer...
Nak cerita ni....
Tadi kan, masa makan i dah nampak dia ni..memang i tak rasa i silap orang sebab i memang kenal sangat-sangat dia ni..Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa, dalam 8 tahun tak silap i, so tak nak lah confident sangat kan...i biarkan jer.. bila tengah-tengah makan tu, i tengok semula tempat dia and the geng, eh dah takder dah dorang...
Jai i pun sambung makan lagi... tengah syok-syok makan, i nampak orang berjalan ke arah meja i..i angkat muka, nak senyum tapi takut silap orang...last-last dia mai datang kat meja dan tanya i ni dari sekolah teknik ker..???...bila masa plak i ni sekolah teknik ..nampak benor dia memang tak ingat, tapi just ingat muka je kot...sebab tekaan dia tak betul, dia tanya i balik sekolah mana..i jawablah..baru la dia ingat..maklumlah i ni pun banyak sekolah, nak ingat muka sorang-sorang pun memang ambik masa..tapi dia ni memang i ingat sangatlah..batch i memang banyak degil dulu, so dia memang kenal sebab time tu dia presiden...muka wanted...!!!
Now, dia dah jadi cikgu dah...Tahniah-tahniah..Mula-mula i ingat dia jadi lecturer UTM, sebab dia kata dia duk dekat sini jer..Rupanya dah jadi cikgu kat Kangkar Pulai..Tak tanya lah banyak-banyak sebab i tengah makan time tu dan dia pun dah nak balik...Anyway, rasa happy sebab yelah dah lama tak jumpa senior-senior ni dan tak sangka pulak boleh jumpa dekat sini...dekat Terengganu tak adanya nak terserempak kan...Rezeki berpuasa..=)
Tapi kan, i tak tahu lah kenapa tahun ni i jumpa ramai sangat orang-orang yang i tak pernah jumpa lepas habis sekolah kat situ dulu...Mari sedih plak sebab sekolah ni adalah sekolah paling best di antara 8 buah sekolah i semasa sekolah menengah...Jangan heran yer, i bersekolah dekat 8 buah sekolah sepanjang form 1 sehingga form 6...sebab i memang suka pindah randah ni..haha..suka menyusahkan orang dan diri sebenarnya...kalau duk universiti ni pun boleh main tukar-tukar, dah lama dah setiap sem i duk utara, selatan, timur semualah...
Disebabkan i rindu sangat dengan sekolah ni, i nak tempeklah sebarang dua gambar yer...
Gambar zaman dulu-dulu...kabur jer bila kena scan
12 orang yang mewakili perkhemahan di Pulau Kapas...pengalaman yang memang i tak boleh lupakan..terjun di tengah-tengah laut sambil buat gaya pelik-pelik...rindunya...
With my cikgu yang super duper sporting...Cikgu Soo
Bergambar kenangan dengan peserta dari sekolah lain..Actually, banyak sekolah yang terlibat, tapi disebabkan laut bergelora time ni ramai yang tak dapat pergi..Sekolah i pergi awal sikit, so air laut tak bergelora sangat...
The gadis-gadis...Kelakarnya kita dolu-dolu
Kawan-kawan yang best..
My BFF, Sah di Masjid Terapung Kuala Terengganu...
I dulu bendahari kelab..tengok yang belakang tu semua takut nak turun sebab tak bayar lagi duit jamuan...haha..Antara pengelat-pengelat yang liat nak bayar duit tapi bila time makan laju je semua...
Uwaa, i rindu sangat dekat sekolah i ni..Selepas pindah sampai sekarang i tak jejak kaki lagi..
Hope one day i akan sampai jugak...
Good morning and Assalamualaikum...
12 orang yang mewakili perkhemahan di Pulau Kapas...pengalaman yang memang i tak boleh lupakan..terjun di tengah-tengah laut sambil buat gaya pelik-pelik...rindunya...
With my cikgu yang super duper sporting...Cikgu Soo
Bergambar kenangan dengan peserta dari sekolah lain..Actually, banyak sekolah yang terlibat, tapi disebabkan laut bergelora time ni ramai yang tak dapat pergi..Sekolah i pergi awal sikit, so air laut tak bergelora sangat...
The gadis-gadis...Kelakarnya kita dolu-dolu
Kawan-kawan yang best..
My BFF, Sah di Masjid Terapung Kuala Terengganu...
I dulu bendahari kelab..tengok yang belakang tu semua takut nak turun sebab tak bayar lagi duit jamuan...haha..Antara pengelat-pengelat yang liat nak bayar duit tapi bila time makan laju je semua...
Uwaa, i rindu sangat dekat sekolah i ni..Selepas pindah sampai sekarang i tak jejak kaki lagi..
Hope one day i akan sampai jugak...
Good morning and Assalamualaikum...
Sunday, March 4, 2012
Nak Makan Apa Petang Niii....???
Assalamualaikum...
Hujung minggu camni apa aktiviti y'alls..??Adakah macam i ,bangun pagi mandi-mandi, basuh kain baju pastu kemas bilik....buang sampah semua pastu on laptop and then online...puas online capai buku satu dua, last-last tertidur...aduhaiii..bosan sungguh la rasa...nak keluar tahap kemalasan sangat tinggi..apatah lagi hari ni cuaca sangat panas terik....ditambah lagi hari ini i berpuasa...so, dalam fikiran i sekarang terbayang-bayang jer makanan yang akan dijadikan santapan malam ni...Tapi puas duk fikir-fikir rasa macam semua nak makan...perut gajah memang camni...agagaga...!!!
Nak tahu tak i sangat rindu masakan mama...Aduhh..tak dapat den nak menahannya bila terkenang-kenang jer ni...Kalaulah rumah sekangkang kera je, berdesupp i balik sekarang jugak...
I teringin nak makan nasi putih pastu lauk-lauk kampung ...Tak kisah lauk apa-apa pun yang penting mesti ada budu...owh, rindunya dekat budu...my feveret forever...tak toleh kiri kanan dah kalau i dapat jumpa budu ni..makan nasi kosong dengan ikan kering pun jadi..siap tambah berkali-kali kau...ditambah dengan ulam-ulaman yang cukup umphhh...nak balik rumah lah camni..asal makan jer ingat rumah...asal rumah je ingat makan...
Nah, i hidangkan y'alls dengan masakan mama i yang dia selalu masak..and of course kesukaan i...
Sup kateh...i tak tahu la negeri y'alls panggil apa, tapi i panggil ni sup kateh...family i memang suka sangat dengan sup-sup ni...
Ikan goreng..lamanya i tak makan ikan..sejak duk sini tak makan ikan pun lagi..ikan sangat mahal...grrr...
Paprik campur my mom...Rindu giler...
Omen....kacang panjang masak kicap dan telur masin....
Budu....i miss u damn much..!!!
Ulam-ulaman yang super power...fresh dari pokok....
Petai..nyum nyum nyum...
Penambah selera..
Sambal kicap, jeruk lada dan lada jarum untuk dipenyet dengan budu....
Ok, i dah tau i nak makan apa kejap lagi...
jeng jeng jeng....nantilah i cerita balik...
Assalamualaikum...
Sup kateh...i tak tahu la negeri y'alls panggil apa, tapi i panggil ni sup kateh...family i memang suka sangat dengan sup-sup ni...
Ikan goreng..lamanya i tak makan ikan..sejak duk sini tak makan ikan pun lagi..ikan sangat mahal...grrr...
Paprik campur my mom...Rindu giler...
Sup tulang, seafood paprik dan asam pedas tempoyak ikan patin....aishh...menguji keimanan...
Sepupu sepapatku...selera benor deme ni...nampak tak pokok cili tu, haa..kami tanam atas rumah jer..senang nak petik...Omen....kacang panjang masak kicap dan telur masin....
Budu....i miss u damn much..!!!
Ulam-ulaman yang super power...fresh dari pokok....
Petai..nyum nyum nyum...
Penambah selera..
Sambal kicap, jeruk lada dan lada jarum untuk dipenyet dengan budu....
Ok, i dah tau i nak makan apa kejap lagi...
jeng jeng jeng....nantilah i cerita balik...
Assalamualaikum...
Semak Keputusan STPM 2011 Mulai 7 Mac 2012
Assalamualaikum...
Semakan online dan sms Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2011 akan diumumkan Rabu 7/3/2012. Bagi yang tak berkesempatan untuk ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan, anda boleh membuat semakan keputusan STPM 2011 melalui online dan SMS dengan mengikuti cara di bawah:-
Cara Semak keputusan STPM 2011 melalui SMS:-
-Taip STPM jarak RESULT jarak NO. KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.
-Cth STPM RESULT 800207111111 sms ke 15888
Cara semak Online Keputusan STPM 2011 :-
-Layari laman web di bawah untuk membuat semakan keputusan melalui online
-Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia MPM:- http://www.mpm.edu.my
Semakan keputusan boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut
Credited to: http://www.nescafeais.com/semakan-keputusan-stpm-2011-2/#ixzz1o7crPTn6
Credited to: http://www.nescafeais.com/semakan-keputusan-stpm-2011-2/#ixzz1o7crPTn6
Calon-calon STPM 2011 mesti tengah berdebar-debar kan sekarang..Like me beberapa tahun yang lepas..I am one of students amongs u yang ambil STPM ...Kekadang ramai yang beranggapan student STPM ni adalah pelajar yang terpinggir ...I juga pernah mengalami nasib yang sama ...nak nangis kalau boleh sebab antara 8 orang my BFF, i sorang je yang tak dapat masuk universiti or matrikulasi...Sedih sangat coz i dari kecik lagi orang cakap harapan family...yes, i score my very best dalam exam yang i ambil...tapi ambil STPM memang buat i down giler-giler...
Orang selalu tanya i kenapa ambil STPM sedangkan result i dalam SPM lagi bagus dari kawan-kawan i yang lain...pertanyaan tu memang buat i geram sangat-sangat....sangat..!!!suka hati i lah nak belajar mana kan...yang penting bukan tempat tapi apa ilmu yang korang leh dapat ...
Dulu, after dapat jer result SPM, lagi seminggu i nak kena pergi kem PLKN...tahu tak bagaimana rushing i ni duk isi borang IPTA time tu...masa tu i guna manual, guna borang ...online-online ni tak top lagi dekat sekolah i dulu..Dan i memang jenis kelam-kabut, bayangkan hanya ada masa 1 week untuk i siapkan semua tu dengan nak pergi postnya..dengan nak settle urusan PLKN nya..sampaikan i tak perasan yang i silap...silap...i silap tulis my i/c dan juga my name...Ya Allah, masalahnya i sedar after i balik cuti apa tah masa menjalani PLKN tu...hancur hati nak dapat tempat dekat universiti...Call KPT pun, KPT kata tak ada info pun tentang permohonan i...sedih kan, kawan-kawan semua dah dapat belajar tempat best-best...About matrik, hrmm..i ni dulu boleh tak hantar borang matrik sebab i tak nak masuk matrik..orang kata tough...entah, fikiran budak-budak dulu yang suka buat keputusan last minute...
Dan STPM menjadi hala tuju i...Mula-mula masuk memang tak tahu nak gambarkan perasaan tu macammana..Dengan kawan-kawan baru, sekolah baru, persekitaran baru, pelajaran baru dan semua baru lah....Tapi lama-lama i dapat terima semua tu..Belajar pun best jer..tak ada sangkut-sangkut... Syukur Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran yang tinggi, i juga dapat menjadi top 10 pelajar STAR..
So, adik-adik kalau anda tak berpeluang menjejakkan kaki ke mana-mana selepas SPM, jangan rasa down even result SPM anda top sangat...Rezeki ALLAH dah tentukan, cuma kita saja yang perlu perbaiki dan usaha lebih...
SEMOGA CALON STPM 2011 MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DAN BERHATI-HATI KETIKA MENGISI BORANG PERMOHONAN UPU
***disebabkan taknak pisang berbuah 2 kali, i suruh kawan i yang isi borang UPU online i..dan i jadi tukang ngecheck...takut sangat nak isi borang-borang ni...!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)
























