Tuesday, March 6, 2012

Sumber DEMIHAFIZ

Assalamualaikum..

Update from previous entry

Untuk memudahkan lagi pembaca memahami keadaan sebenar OP Hafiz, di sini Errah dengan rasa tanggungjawab ingin berkongsi risalah 'SUMBER DEMIHAFIZ'  yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kepada para pembaca..Special thanks to Mr Sheikh Ghazali  yang telah mengirimkan risalah ini melalui email kepada Errah...:)

As u can see...
Ok, mungkin kecik sangat kan..takpe, Errah cuba taip satu-satu yer...

OP MOHD ABDUL HAFIZ ABU TAHIR


OP Hafiz dilahirkan 23 tahun yang lalu pada Ogos 24hb 1988 di Hospital Kota Tinggi, Johor di dalam keluarga Abu Tahir dan Tumirah yang mempunyai 7 adik beradik. OP Hafiz ialah anak yang kelima..selain 2 lelaki dan 3 perempuan. Seorang kakak telah meninggal dunia semasa berumur 5 tahun. OP Hafiz dibesarkan di persekitaran FELDA. Bapa beliau merupakan peneroka FELDA Semencu, Kota Tinggi sejak 1977.
OP Hafiz mendapat pendidikan awal di SRK dan SMK Semencu sebelum dipilih melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun 2002. Beliau berada selama 4 tahun di MTD dan ditempatkan di kompeni F. Selepas Perbarisan Tamat Latihan di MTD pada akhir tahun 2005, beliau melanjutkan pelajaran tingginya di Universiti Teknologi Petronas pada tahun 2006 sehingga pertengahan 2011 untuk Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Beliau berada pada tahun ke3 dan terakhir dan dianggap mahasiswa yang cergas dan cerdas. Beliau hanya ada satu kertas amali sahaja untuk diduduki.

TAK SEMENA-MENA....TRAGEDI MELANDA

TRAGEDI
Tragedi melanda pada petang Selasa, Mei 24hb 2011. OP Hafiz dan beberapa kawan sedang bermandi-manda di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Beliau terjun beberapa kali dari suatu cenuram. Pada terjunan ke3 atau ke4, beliau tidak timbul. Mujur kawan-kawan dan orang yang di pantai sedar akan keadaan yang berlaku. Bergegas mereka tarik beliau dari dalam air laut. Beliau kaku dan kesejukan, kedua belah tangannya bengkok, tak boleh bergerak, masih sedar tetapi percakapannya raban. OP Hafiz serta merta dihantar ke Hospital Kota Tinggi. Memandangkan keadaan kritikal, OP Hafiz telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

MIMPI NGERI RAWATAN
Pada Jun 9hb 2011, OP Hafiz menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail selama lebih kurang 7 jam yang mencemaskan. Keluarga Abu Tahir dan Tumirah berada dalam keadaan gundah gulana yang tidak terperi..tidak tahu apa yang akan berlaku. Mereka hanya ‘pasrah’ kepada ALLAH. Pembedahan Berjaya. “Anterior plating” dipasang dan penggraftan tulang dilakukan.
OP Hafiz telah didiagnos mengalami ‘fraktur ledak C6 dengan deficit neurologi, cedera kepala yang ringan beserta pendarahan intracranial dan ulser tekanan pada kawasan gluteus.” Merujuk laporan surgery, oleh Dr Wan Noor Azliana Mamat, Jabatan Ortopedik..”..Diagnosis seperti tersebut di atas boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan kesudahannya tidak pasti. Kita perlu menunggu selama sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menentukan samaada pesakit boleh peroleh fungsi normal atau hampir normal atau pesakit akan lumpuh sepanjang hayat.OP Hafiz telah berada di hospital selama 2 ½ bulan.

MASA DEPAN OP HAFIZ?
OP Hafiz kini terlantar di katil dan separa lumpuh di rumah. Keadaan medikalnya amat kritikal. Hidupnya tidak keruan. Pemikiran bahawa “lumpuh dan terlantar sakit di katil sepanjang hayat “ merupakan mimpi ngeri dan amat menakutkan OP Hafiz dan keluarga tersayang.
Universiti Teknologi Petronas amat prihatin. UTP telah membiayai segala kos pembedahan, perawatan hospital dan pembelian kelengkapan dan aksesori perubatan untuk keselesaan OP Hafiz..yang berjumlah sekitar RM25,000/=.
Beberapa sumbangan telah diterima daripada OP(OP=bekas penuntut Maktab Tentera DiRaja) sebanyak RM6,820/= , kebanyakannya daripada usaha murni OP yang lebih muda dengan melakukan beberapa kegiatan amal bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga OP Hafiz.
NAMUN..OP Hafiz perlukan lebih dari ini.

Tabung “SUMBER DEMIHAFIZ”
Tabung ini diwujudkan khas untuk mengutip derma dan sumbangan untuk membiayai keperluan perubatan dan keperluan hidup OP Hafiz. OP Hafiz perlukan anda sekarang untuk membantu beliau. Rayuan dibuat untuk derma dan sumbangan kepada Tabung ini. 

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank:

SUMBER DEMIHAFIZ di Bank CIMB
No Akaun : 14160001103109


Thanks for reading this entry..hope you guys can spread this and share to others too...
Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Thanks for Comment