Saturday, September 22, 2012

FABulous 2012 di Pulai Spring Resort, Skudai Johor Bahru

Assalamualaikum

Walau agak dah terlewat i cerita pasal ni (sangat-sangat lewat ok) tapi dari ianya terperap dalam folder laptop ni, i gigihkan jugak lah nak tempek-tempek gambar yang ada sepanjang FABulous 2012 ni.

Kalau dari kamera i sendiri memang tak sah lah kalau tak ada gambar makanan, confuse betul lah kenapa i minat sangat. Tak ambil gambar orang pun takper, janji gambar makanan tu ada. Haha.! 

Sebagai pembuka entry i post dulu lah the menu. Hihi. Gambar orang-orang nantilah yer. Sebab gambar menu ni memang dah lama edit time cuti lagi, tunggu nak click publish jer.
 Antara menu yang ada
 Kan i dah cakap memang dah lewat entry ni keluar, hampir 4 bulan lamanya.
 Me and the gang punya table
 Maaf Connie Mol. Ambil picture u sebab tak ada gambar full set-up meja ni.:)
 Juga ini. Event dinner ni berlangsung di Dewan Kencanapuri dalam kawasan Pulai Spring Resort. Dekat sangat, just belakang UTM Skudai ni jer.
Senarai Menu. Tema menu ni adalah ala-ala Chinese Style.Mari kita tengok gambar close-up menu di atas.
 Four Varieties of Hot and Cold Dish Combination.
 Sangat-sangat sedap terutamanya yang macam sushi tu. Overall combination dish ni memang kena dengan selera i. Nak lagi nak lagi...!
 Hot and Sour Soup. 
Tak tahu apa isi dalam tu tapi macam ada rasa tauhu yang dipotong halus-halus, yang lain tak dapat dikenalpasti. Bagi i sedap tapi bila makan banyak-banyak rasa muka pulak. Makan panas-panas memang best. Tapi ada kawan i tak lalu makan soup ni sebab rasa dia macam masam-masam camtu. Lain orang lain citarasanya kan.
 Crispy Fried Chicken.
Yang ini kalau tak habis bukan manusia lah. Haha, tak cukup sepinggan jer.  Isi ayam sangat lembut. 10 bintang i bagi.
 Steamed Red Snapper Fish Pattaya Style
Asal nampak makanan jer berebut-rebut kena sambar. Meja orang lain tak habis lagi, meja kitorang selamat duk diam-diam dalam perut dah. I tak tahu nak describe cane, sedap memang sedap. Tapi tulah mana cukup seekor jer. Haha.!
 Buttered Prawns
Kalau tak bersama daun kari tu maybe lagi sedap. Rangup dan memang cukup-cukup jelah. Juga enak dan sedap.
 Three Kind of Mushrooms with Greens
I memang gemar makan mushroom but perut dah penuh so dish ni memang tak dapat dihabiskan. Kawan-kawan lain pun macam tak in dengan selera dorang, so tak berapa nak licin pinggan ni.
 Yang Zhou Fried Rice
Nasi goreng sejuk dah. Very simple, bahan-bahan pun tak banyak. I boleh cakap rasa dia so-so jelah.
Segar, nyaman dan sedap. Cuma manis sikit lah.

Satu je yang tak puas hati. Servis semua ok. But cara hidangkan menu tulah. Kita kan jenis kalau makan mesti nak makan sekali dengan lauk pauk. Tapi di sini dorang serve 1 persatu menu bermula dari menu pertama di atas dan akhirnya nasi goreng lah. Lepas habis satu menu, dorang hidangkan menu seterusnya pulak. Kiranya we all dah kenyang ratah semua lauk-pauk tup tup last sekali baru jumpa nasi. Time tu makan nasi kosong jelah. Kenapalah tak hidangkan sekaligus kan, baru aman damai sikit perut kitorang. Hihi. 
Okes, gambar i wajib lah ada. Muka excited nak makan guna Chopstick. Berterabur.!

6 comments:

  1. kite tak join pun dinner FAB ni. hahaha. pehh makanan hebat2 jugak ek..

    ReplyDelete
  2. wahh, byk mamam kt sini.. mcm tau2 sy blom dinner, huh...

    ReplyDelete
  3. nyum..nyum..nyum... nampak cam sedap aje..

    ReplyDelete
  4. uu..mashrom tu.. nur xboleh mkn..uuu...

    ReplyDelete

Thanks for Comment