Assalamualaikum
Kalau dah angin nak update entry datang, i update terus jer.Cerita lama banyak lagi tertunggak. Entah bila la i nak publish..hehe. Atas permintaan CIK NUR (hehehe, padahal memang akan keluar jugak entry makanan ni kan), sebabnya menu kitorang sama la semalam iaitu AYAM MASAK LEMAK.
Ayam Masak Lemak. Ada 2 ketul jer sebab abah beli dekat Bazar Ramadhan ni. Banyak-banyak nanti membazir. Harga dia tak tahu la plak, i tahu makan jer.hehe
Sayur Masak Pedas Kulit Tembikai. Kulit Tembikai ini bukan yang hijau tu yer, tapi yang bahagian putih-putih tu. Daripada buang boleh buat lauk-pauk tau. Ini nenek i yang buat. Orang tua ada saja idea dia kan.
Telur Dadar Menyenggeng
Paprik ni menu hari ketiga. Tapi mama kan buat banyak, so ada lebihan. Panaskan balik sampai dah tak berkuah.hehe
Kerang masak kicap cicah air asam. Nyummy. Cousin i yang bagi di beli dekat BARAM jugak ni
Tembikai. Ini bukan fruit dessert yer, tapi kami makan bersama dengan nasi. Juga cousin i yang jual tembikai ni. Nak makan hello hello jer.
Ada lagi Ikan Patin Masak Tempoyak ni. Kalau ikutkan portion asam pedas ni, memang banyak mama i buat siap boleh makan untuk 4 hari. Dan sememangnya betul, hari ini masih ada lagi. Adik i, Najwa tak pernah puasa makan lauk ni. I tak boleh tengok dah kena cari menu lain plak. Nasib hari ni mama buat sup tulang/daging. Sedapnya.!
Kuih AKOK. Korang pernah makan tak. Sedap sangat ni. Pemberian dari pak saudara i.
Rojak Ayam abah beli dari BARAM jugak. Makan malam-malam sikit lepas terawih.
Ketupat pulut kan kegemaran abah. Beli lagi ni sebab hari ketiga laku. Tapi semalam tak sentuh pun sebab banyak sangat nak makan. Jadi, hari ni goreng balik lah.
Semestinya air adalah perkara utama yang buat terliur di bulan Ramadhan ni kan. Semalam just buat Air Bandung Kosong jer. Plan nak buat Air Sirap Limau tapi tak menjadi limau lambat sangat balik..ehehehe
Konklusinya, rumah i semalam banyak makanan-makanan orang bagi jer. Kan best hidup macam ni, saling memberi orang kata. Hidup berjiran membawa berkat.
Thanks for reading this entry..!
wah banyaknya menu.. :)
ReplyDeleteooo kulit tembikai pun blh buat lauk yer.. baru tau :-)
Aaah..kulit tembikai pon boleh bt..sedap..cuba lah..hehe
Deletewahhh..meriahnya puasa..juadah yang pelbagai..^_^
ReplyDeleteaah..meriah duk kg cmni la...amalan bertukar2 juadah..=)
Deletesedp..sedap.sedap..
ReplyDeleteerrah..nur singgah sini pukul 2.32pm..
tgk lak air bandung tuuuu...
mmg terliorrr......!huhuh
hehe..sabo je la cik nur kan..
DeleteKetupat pulut my peberet..x sabar nak mkn puas2 masa raye nanti.
ReplyDelete