Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday # King and Queen

Assalamualaikum
Tadi duk belek gambar-gambar lama terjumpa gambar ni..Tengok tarikh tu 12 Mac 2010 dan sekarang dah 21 Mac 2012... Dah 2 tahun gambar ni ...sekejapnya masa berlalu....Rindu saat ini..!!!

Our dinner two years ago with  masquerade theme...Ehh, sedondon plak dengan adik Keri...
sama hitam sama menawan...hikhik...

Serius rindu dengan kisah dulu-dulu...hanya dengan gambar je buat i dapat nak flashback semula..sebab itu i suka ambil gambar..kalau tidak, kepala i memang tak dapat nak ingat segala memori lama...bila tengok gambar-gambar lama, sedikit terubat kenangan yang dirindukan itu...

***and thanks for doa kawan-kawan semua bila i cakap hari tu i ada kuiz kan...
Syukur Alhamdulillah, i dah buat yang terbaik dan i dapat yang terbaik jugak..
hope for the next, i dapat buat dengan lebih baik lagi..Insyaallah...

Wordless Wednesday # Memoir of Malacca

















Tuesday, March 20, 2012

Balai Cerap After One and Half Year

Assalamualaikum...


Kaki i jejak ke sini setelah sekian lama...Special nya tempat ini ialah boleh lihat semuanya dari atas bukit ni...Kalau malam-malam lagi cantik, nampak cinonet-cinonet jer kereta-kereta kat atas jalan..Macam semut sebab kecik sangat dari jauh...Tak ada yang berubah cuma dulu-dulu tak ada bangku, now dah ada dah..boleh lah nak duduk atas tu dari duduk lepak atas rumput ....Tapi tadi i duduk atas rumput jugak..tak ada tempat...ramai sangat student foreigner..dorang siap buat pesta lagi kat atas ni..sampai i pun syok sama melihat dorang berjoget...

Semak Keputusan SPM 2011 Mulai 21 Mac 2012

Assalamualaikum...

Dup dap dup dap dup dap....

Heyyy..jangan gelabah yer adik-adik..even tak nak ambil tahu pun kena jugak ambil tahu...Ini penentu masa depan korang...Sebab apa akak cakap macam ni...eh akak pulak kan....:p ......sebab kadang-kadang apa yang korang rasa korang dapat sikit je sebenarnya tuah korang pasti korang akan dapat lebih nanti....
Miracle happen..who knows kan....

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang samaCalon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012


Semak keputusan  SPM 2011 melalui SMS 

 
SPM [No KP] [No Angka Giliran SPM]
Hantar ke 15888

 
CONTOH:
SPM
941211025839
ABC123456789

 Dan hantarkan SMS ke 15888


***Sedar tak sedar dah 7 tahun meninggalkan zaman sekolah menengah....Rindu dengan kawan-kawan form 5..walaupun i sempat sekolah situ beberapa bulan je, but i ambil SPM dekat situ...so, memang banyak sangat kenangan manis..Paling tak boleh dilupakan i buat bas sendiri...haha..kemain kau buat bas...!!!bas apa tu...???? tutttt tuttt...talian dah putus...hahaha


Semoga jumpa lagi...
I love this word...kenangan seorang kawan yang masih segar di ingatan...
Insyaallah...ada rezeki jumpa lagi....!!!

Sometimes people are.........

Assalamualaikum...

Nothing to update today...
hukhuk.2 hari tak ada entry baru kan...i miss u guys...
nanti la i try untuk bercerita panjang lebar...mood melayang-layang sekarang ni...
buat itu tak kena, buat ini tak kena...aishhh...kepala pun macam dipijak-pijak jer...kenapalah manusia ni tak faham sangat...please stop to talk about myself....tak ada cerita menarik pun tentang diri i ni...so please lah...jangan nak sibuk hal orang...jaga hal sendiri dulu boleh..???
source : google image

Kan dah teremo sendiri...
ok-ok, cool nazirah...yes nazirah sekarang kena cool-cool jer...
tapi macammna nak cool kalau masih dikelilingi dengan orang-orang macam ni...???
can u tell me how...i want to ignore it but hmmmm..
sometimes i feel all people's in the world are blame to me..
all...!!! all....!!!

Try to stay at my position and you will know how difficult my life ...
because there are people who appreciate myself,
 i tried to get up and face to face with all of you.

Thanks to those who support me from that day until today...
I MISS YOU....

Sunday, March 18, 2012

Lawak Ker : Tidak Mahu Ke Sekolah

Assalamualaikum..

Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi, Ahmad masih lagi lena dibuai mimpi. Ibunya lantas mengejutkan dia untuk segera bersiap ke sekolah.

Ibu : Ahmad...Ahmad....Bangun nak. Lekas bersiap pergi ke sekolah, nanti kamu terlambat.

Ahmad : Ala mak. Ahmad tak mahu pergi ke sekolah.

Ibu : Apa? Kamu tidak mahu pergi sekolah? Baik, berikan mak dua sebab kenapa Ahmad tidak mahu ke sekolah.

Ahmad : Pertama sekali, semua murid tak suka Ahmad. Cikgu pun tak suka Ahmad

Ibu : Itu bukan alasan bagi Ahmad untuk tak ke sekolah. Cepat bangun sekarang !

Ahmad : Kalau begitu, sekarang mak pula berikan dua sebab mengapa Ahmad harus ke sekolah?

Ibu : Begitu pula jadinya? Bertuah punya anak. Baiklah dengar baik-baik. Pertama! Ahmad sudah berusia empat puluh lima tahun. Kedua, Ahmad Pengetua Sekolah !

Dr Chef Ezani in Covergirl NUR April 2012

Assalamualaikum...

I really love to buy magazines....Kalau dulu-dulu i memang suka sangat-sangat..sampai dah boleh jadi koleksi..Lepas tu koleksi-koleksi tu pun dah kemana..Bila dah sorang-sorang duk pinjam pastu tak reti nak bagi balik..So, kegilaan i nak membeli tu dah jadi kurang...I akan beli bila i dah bosan dah tak ada benda nak buat jer sekarang...Dan jika magazines tu betul-betul menarik minat i...

Semalam semalam tangan gatal i ni dah terbeli NUR...Mula-mula i tak nak beli pun..Lama i duk tenung siapalah empunya covergirl yang cantik sangat ni..Quite familiar...I tak baca pun yang tulisan-tulisan kat tepi tu...Boleh pulak kan...Lepas dah beli baru perasan kat tepi tu ada tulis nama EZANI...haa..Doktor gigi yang menjadi JUARA MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM PERTAMA lah...

Picture : NUR facebook

Cantik kan..dah lah brilliant..pandai masak pulak...almost perfect for a girl...i wish i pun akan pandai masak...hehehe...

***Beli Remaja yang Tiz Zaqyah jadi covergirl pun belum habis belek lagi...ni nak habiskan NUR bulan depan baru habis kot..:p

7 Petala Cinta

Assalamualaikum....

Selamat menghabiskan cuti hujung minggu buat semua...Ehh, dekat Terengganu dah start sekolah balik dah dan hari Ahad hari bekerja sudah....Kat Johor ni masih mood hujung minggu...Weehuu..tak ada hujung minggu sangat pun..assignment ni perlahan kayuh baru...Bila lah nak masuk gear 4 ke 5 ke biar laju sikit...

Okeii...semalam i pergi nonton wayang ya mas.mbak semua...Jangan dibilangin i pergi nonton filmnya Indonesia ya kerna enggak sama sekali..Waduhh sihh...Ini semua gara-gara akak duk sebelah i tegur i ni orang Indonesia ke...Alahai kak, jangan macam tu..I'm original Malaysian tau...Ke ada y'alls tengok muka i ni macam orang Indonesia????Ya ampun....

7 Petala Cinta..
Agak bertahun i tak pergi menonton wayang ni...Dan semalam i pergi tengok...Tengok pulak cerita Romantic Islamic yang diberi nama 7 Petala Cinta...Ada part i boleh ketawa, dan ada part memang sangat menyentuh jiwa...Boleh nangis you...Akak kat sebelah i pon yang dah kahwin boleh sama-sama nangis dengan i...I ni iyerlah tengok cerita sedih sikit, nangis..Cakap sikit nangis...How come ye nak mengatasi..???Puas dah jadi orang lemah ni...

Nanti la i review cerita ni yer...kalau nak tahu sikit sebanyak sini sinopsis dia..
kat bawah ni...=)

7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.

Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

TRAILER

Nak tau lebih lanjut kenalah pergi tengok sendiri kan..hehehe...


***sebenarnya nak tengok cerita lain, tapi dah malam sangat, so cerita ni main rembat je sebab yang ni paling awal...overall, i enjoy this film even i nak ending dia lain sebenarnya...tapi tak sangka pulak Hamka lepas

kan Saidatun Nafisa tu kat Attar....Oh sweet...