Sunday, March 18, 2012

7 Petala Cinta

Assalamualaikum....

Selamat menghabiskan cuti hujung minggu buat semua...Ehh, dekat Terengganu dah start sekolah balik dah dan hari Ahad hari bekerja sudah....Kat Johor ni masih mood hujung minggu...Weehuu..tak ada hujung minggu sangat pun..assignment ni perlahan kayuh baru...Bila lah nak masuk gear 4 ke 5 ke biar laju sikit...

Okeii...semalam i pergi nonton wayang ya mas.mbak semua...Jangan dibilangin i pergi nonton filmnya Indonesia ya kerna enggak sama sekali..Waduhh sihh...Ini semua gara-gara akak duk sebelah i tegur i ni orang Indonesia ke...Alahai kak, jangan macam tu..I'm original Malaysian tau...Ke ada y'alls tengok muka i ni macam orang Indonesia????Ya ampun....

7 Petala Cinta..
Agak bertahun i tak pergi menonton wayang ni...Dan semalam i pergi tengok...Tengok pulak cerita Romantic Islamic yang diberi nama 7 Petala Cinta...Ada part i boleh ketawa, dan ada part memang sangat menyentuh jiwa...Boleh nangis you...Akak kat sebelah i pon yang dah kahwin boleh sama-sama nangis dengan i...I ni iyerlah tengok cerita sedih sikit, nangis..Cakap sikit nangis...How come ye nak mengatasi..???Puas dah jadi orang lemah ni...

Nanti la i review cerita ni yer...kalau nak tahu sikit sebanyak sini sinopsis dia..
kat bawah ni...=)

7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.

Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

TRAILER

Nak tau lebih lanjut kenalah pergi tengok sendiri kan..hehehe...


***sebenarnya nak tengok cerita lain, tapi dah malam sangat, so cerita ni main rembat je sebab yang ni paling awal...overall, i enjoy this film even i nak ending dia lain sebenarnya...tapi tak sangka pulak Hamka lepas

kan Saidatun Nafisa tu kat Attar....Oh sweet...

6 comments:

  1. berbaloi tak tgk tu?? kalau best sgt, saya perhilah tgk pulak..hehe~~ :P

    ReplyDelete
  2. lain orang lain pengamatan..hehe..bg errah cerita ni best ...ada byk pengajaran yg kita leh dpt...

    lagi 1 sebab dibelanja...so, nak kata rugi duit tu takde lah...hehehe

    ReplyDelete
  3. ooo, patutlah..hehe~~ org belanja mmg best~~ :p

    ReplyDelete
  4. ermm..macam best..tapi cik nur jarang tgk wayang..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. errah pun ni dah lama beno xtgok..kawan2 ajak kita ikut la jugak

      Delete

Thanks for Comment