Wednesday, July 25, 2012

Menu Berbuka Puasa 3 Ramadhan

Assalamualaikum

Sila jangan marah i sebab upload gambar-gambar makanan. I bukan nak membuat korang terliur ke apa but ini sekadar perkongsian yang mana korang tak ada idea nak masak apa petang nanti boleh la masak kan.Yeah, selama 30 hari ni ada orang jenis hari-hari nak tukar selera, tukar lauk kan. Macam family i tak kisah pun makan lauk yang sama 2 3 hari. Selalunya mama i masak banyak so lauk yang lebih tu boleh panaskan dan makan lagi untuk esoknya.
Ikan patin masak asam pedas tempoyak. 
 Ikan keli berlada. Ini Najwa beli time pergi BARAM (Bazar Ramadhan)
 Sayur Paprik Ayam.
Ikan goreng, ayam goreng dan ikan kering. Ringkas je juadah kami
 Kuih pulut sekaya. Memang sedap. 3 biji RM1
Ketupat pulut. Kegemaran abah i. Sedap dimakan dengan gulai daging or ikan goreng
Tiga jenis air untuk iftar 3 Ramadhan. Air Bunga Kekwa, Air Soya dan Air Bandung. Semua habis before pukul 10. hehe.

Ok, itu saja menu berbuka i dan family pada hari ke-3. Ringkas-ringkas je belum ada ayam percik dan ayam golek lagi. Alhamdulillah, apa yang ada itulah rezeki kami. Kenyang jugak kan.

Thanks for reading this entry...!

Menu Berbuka Puasa 2 Ramadhan

Assalamualaikum

Salam 5 Ramadhan. Sekejap je kan dah masuk hari ke-5 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Hari ini apa juadah berbuka korang? Mama i buat sup daging petang nanti. Aduhai tapi dah menumis dah rempah sup tu. Sungguh tertusuk hidungku ni sekarang. Wangi yang amat. 

Hari kedua berpuasa, menu dekat rumah i simple as ABC. haha. Kerana 1 family penat, my mom just buat mee goreng jer. Lauk gulai daging time iftar 1 ada lagi, so panaskan saja dan masakkan nasi. Senang, rumah i ni jenis tak semenggah sangat nak makan apa. Jenis makan saja apa ada depan mata. hehe
 Pengat pisang pemanis mulut
Roti bakar
Bersalut 4 jenis jem ni. Memang jem la.
Nekbat sohor dari Terengganu. Main menu 1 jer, tapi appetizer kemain dua tiga jenis
 Mee goreng 2 bungkus untuk 4 orang. My dad je makan nasi sebab dia berbuka mesti makan nasi
Hiasan di pinggan dan ulaman di mulut
Mee goreng 2 Ramadhan
 Makan pulak bersama keropok keping Terengganu. Sedap, nipis je.
Dan Air Soya yang selalu dihatiku.

Petang ni nak buat puding agar buih berkuah. Tapi mama i nak buat puding karamel. So, mana dessert yang akan menang? Kita tunggu sajo la angin rajin petang nanti..hehehe

Thanks for reading this entry...!

D.I.Y : Bunga Ros dari Kertas

Assalamualaikum

Cara mudah membuat bunga ros menggunakan kertas. Senang sahaja siapa-siapa pun boleh buat nih. I pun nak buat ni nanti . Saja-saja projek mencantikkan sudut-sudut di rumah. Lagi-lagi nak dekat raya kan, habis lah sudut ni sudut tu penuh dengan bunga. Yang tengah mencari idea nak deko cantik-cantik tapi bajet kurang bolehlah tengok tutorial dekat atas ni. Budak tadika pun boleh buat ni, takkan kita yang dah besar tak dapat buat kan. Tinggal rajin dan malas jer. Guna kertas terpakai pon boleh. Mana-mana buku tak guna, majalah tak guna tu, boleh jer nak gunting buat bunga ros ni. Tak perlu keluar modal banyak pun kalau guna idea macam ni. Betul tak?

Thanks for reading this entry...!

Tuesday, July 24, 2012

Sakan Beraya dengan Safi Rania | Jelita Tanpa Mengira Usia

Assalamualaikum

Sebenarnya i malu nak tunjuk produk apa yang i pakai untuk kulit muka i. Tapi dah ramai orang tanya, dari dulu sampai la sekarang, jadi i ingat i nak share la jugak dekat korang. I malu sebab i pakai produk murah jer tak macam kawan-kawan i yang lain, Garnier la ,Loreal la, SKII la. Serius segan jer nak tunjuk yang sendiri punya..hahah

Dan lagi satu i ni memang rajin membeli tapi nak pakai secara istiqomah tu memang payah la. Yang i pakai pun hanya produk di bawah. Krim, serum, krim malam siang semua i ada, tapi i just pakai PENCUCI MUKA SAFI RANIA ni jer.Yang lain menjadi hiasan di atas meja.
I memang dari form 1 lagi dah menggunakan produk keluaran SAFI ni. SAFI RANIA ini pulak i baru pakai start Februari 2012 iaitu baru saja beberapa bulan. Muka i ni tak boleh kot pakai produk mahal-mahal sebab i pernah guna barangan kawan i, habis naik jerawat. Sensitif ya ampun la muka i ni. 
I berani tukar produk Safi Rania ni pun sebab ia di bawah satu bumbung dengan SAFI yang i selalu guna iaitu produk keluaran UNZA. Tapi  i pemalas nak jaga muka segala ni so kulit muka i sekarang dah kasar. Now, pencuci muka SAFI RANIA i dah habis yang i beli sekali dengat SET SIANG SAFI RANIA masa Februari lalu. Kiranya i boleh pakai selama 6 bulan, tambah tolak sekali time i tak cuci..huahuahua. PEMALAS punya budak. Jadi, i beli baru jenis yang picit ni jer. Senang. Harga dia RM17.30. Maybe yang ini i boleh pakai sehingga 8-10 bulan.Mana tahu, lepas raya i dah malas nak tenyeh.haha
Dan sempena nak raya ni, i kena jadi rajin la duk tenyeh pencuci muka, krim dan serum segala.  Hope jadi flawless gitu bak wajah jelita tanpa megira usia ROZITA CHE WAN yang menjadi duta SAFI RANIA GOLD ni. Tak gitu? hehe

Tunggu la nanti i bagi testimoni pakai krim, serum dan pencuci muka ni. Sekarang hari-hari rajin tenyeh, Itu pun lepas ma membebel kulit muka i macam pasir dah. Padahal baru dua hari rajin.haha

Thanks for reading this entry...!

Nekbat Kegemaran Warga Terengganu

Assalamualaikum.

1 hari menyepi tanpa entry baru. Rentetan dari jalan-jalan ke bandar pada hari kedua berpuasa hari tu, terus badan jadi lemau dan penat jer. Iya, panas yang sangat terik pada pagi, tengahari dan juga petang. Dan akhirnya dalam pukul 4.45 petang camtu, hujan lebat pun turun bersama guruh, kilat serta petir yang kuat. Terpaksa merehatkan diri dari kepenatan tu sebab tu blog tidak berupdate. hewhewhew

Ok, NEKBAT ini merupakan kuih pembuka selera pada 2 Ramadhan yang lalu. Masa keluar time tu, terus abah pergi beli nekbat ni dekat pasar. Korang pernah dengar NEKBAT?
Inilah dia rupa nekbat. Nekbat ni bentuknya sama dengan kuih bahulu. Cuma ianya tawar dan perlu dimasak dahulu. Nekbat ini nak masak senang jer. Beli nekbat yang belum dimasak dekat pasar, then balik rumah boleh masakkan bersama air dan letakkan gula secukupnya. Anggaran gula ialah 1 biji nekbat 1 sudu gula. Kalau ada 6 biji 6 sudu gula lah. Nak wangi lagi boleh tambahkan daun pandan. Memang sedap dengan aroma daun pandan ni. Kemudian masaklah sehingga nekbat ni kembang. Nekbat ni setahu i memang kuih warisan negeri Terengganu. Glamour di musim  Ramadhan ni, memang sedap. Kalau hari biasa payah nak jumpa. 

Korang pernah makan NEKBAT tak?

Thanks for reading this entry...!

Sunday, July 22, 2012

Apabila 2 Blogger Hebat Bercerita Tentang Bazar Ramadhan Taman Melawati, Ampang

Assalamualaikum

Bulan puasa ni kalau tidak bercakap pasal makanan jangan harap la kan. Mesti fikir nak makan apa lah berbuka nanti. Esok puasa malam ni dah fikir nak makan apa.korang la tu kan.haha

Geram dan geram bila tengok gambar makanan dari blogger hebat musim ini iaitu Eyriqazz dan Sharinginfoz. Kedua-duanya menceritakan hal yang sama iaitu Bazar Ramadhan Taman Melawati, Ampang. Tinggal berdekatan rupa-rupanya. Memang buat kecur air liur dengan gambar makanan yang kalau boleh semua nak makan.Nasib bila buka blog, perut dah kenyang. Kalau tak ku gagahi juga untuk masak ayam panggang di oven baruku..hehe.


Thanks for reading this entry..!

Oven Pensonic Baru

Assalamualaikum

Alahai penatnya terasa hari ini. Sudahlah tidak terkejut bangun sahur gara-gara tidur lambat, boleh pula berjalan ke bandar di kala panas yang sungguh terik. Al-maklumlah hari ini negeri Terengganu diberikan cuti sempena kemenangan SUKMA, jadi i dan family apa lagi langkah panjang jer ke bandar.

Actually pergi bandar ni pun sebab kami dah plan nak beli oven baru. Yeay. semakin bersemangatklah nanti nak buat kek, bakar ayam, buat kuih raya dan macam-macam lagi lah. Beli juga toaster baru, beli kain langsir dan juga barang basah untuk masak juadah berbuka petang nanti. Sungguh sangat penat. Ni nak update blog pun rasa tak larat. Tapi dek kerana ingin menjadi blogger tegar tetap gagahkan diri jugak..hehe. Gambar nantilah tak sempat nak transfer lagi. Sesungguhnya i sangat penat.

Gambar ihsan google.Rupa dia macam ni lah..Pensonic jer dulu. Testing testing.

Ok, nanti i update lagi. Nak rehat dulu nanti nak tolong mama masak plak. 
Selamat berbuka yer rakan-rakan.

Thanks for reading this entry...!

Menu Berbuka Puasa 1 Ramadhan

    Assalamualaikum
Menu dekat rumah i semalam biasa-biasa jer. Lauk kampung semestinya ori. Memasak sekali tapi kitorang bahagi-bahagi lauk dan makan di rumah masing-masing.
Dimulakan dengan kurma.
Kurma Waseem Yusuf Taiyoob
Pembuka selera, Puteri Mandi dan .............lupa plak yang putih tu apa
Gulai daging
Ikan Timun panggang dan ikan goreng
Lada jarum, petai dan telur masin.Tak boleh tinggal yang ni nanti slow je makan nasi.hehe
Tembikai
Budu dan lada jarum serta durian. Sedapnya...
Pucuk Ulam Raja
Teh Ais dan Air Tebu
Mee goreng dari Kak Nah, my cousin

Itu saja menu berbuka kami semalam. Biasa-biasa je. Yang penting kita kena lah bersyukur kan. Dekat luar ana masih ramai yang tidak dapat menikmati makanan seperti ini.

Hari ini menu apa ya? I nak ke bandar ni, my dad mahu beli ikan patin. Yeah, maybe ikan patin masak tempoyak menjadi menu hari ni. Sama-sama kita tunggu..hehe

Thanks for reading this entry...!